Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Perkahwinan Tam Spider
Khamis, 12 November 2009
majlis perkahwinan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam dan isterinya, Aida Mustafa yang berlangsung di Dewan Komuniti di Pekan Nanas, pada 8/11 di Pontian amat meriah sekali dengan kehadiran hampir 1000 lebih yang diundang mahupun tidak. Berkonsepkan tradisional dan moden, majlis bersejarah penyanyi itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M.Nasir.
Anak lelaki Tam, Aliff, 15, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Norleen Isa, turut hadir pada majlis tersebut. Ini merupakan perkahwinan kedua Tam setelah 11 tahun menduda. Sebelum itu, Tam dan Aida selamat dinikahkan di sebelah paginya di Masjid Jamek Pekan Nanas.
Tam yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dengan perkahwinan tersebut.
Anak lelaki Tam, Aliff, 15, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Norleen Isa, turut hadir pada majlis tersebut. Ini merupakan perkahwinan kedua Tam setelah 11 tahun menduda. Sebelum itu, Tam dan Aida selamat dinikahkan di sebelah paginya di Masjid Jamek Pekan Nanas.
Tam yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dengan perkahwinan tersebut.
Pertunangan Tam Spider dan Aida
Ahad, 23 Ogos 2009
Dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi dan merangkap penyanyi vokalis Spider, Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Keluarga kedua-duanya telah mengadakan majlis pertunangan mereka berdua secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu. Tanpa kehadiran wartawan-wartawan hiburan.


"Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Kata Tam.Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Tambahnya lagi, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam. Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.
Tam Spider Masa Kanak-Kanak
Rabu, 3 Jun 2009
Tam Spider masa kanak2 memang comel. Bukan nak kata apalah, memang tak ader penafian, siapa-siapa time kanak2 memang masa tue dia dianggap comel. Lah sekarang ni, Tam dah besar dah. Rambut pun dah berkali lipat panjang. Hehe. Jangan marah Abang Tam. Sejak keluarkan album Bintang 12 awal tahun ini, kumpulan Spider sepertinya jarang buat show lah. Ngeh3.









