Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Ady Putra Melancong

Selasa, 26 Mac 2013

Memang sudah menjadi hobi dikalangan artis untuk pergi melancong. Tak sah kalau tak melancong luar negara. Ady Putra juga merupakan seorang kaki melancong yang rata-rata sudah menjelajahi tempat menarik di luar negara dengan membawa kamera DSLR miliknya.

Bahkan pengambaraan Ady di Sydney dan Taj Mahal ini merupakan salah satu percutian yang menarik sekali, banyak Negara telah dilawatinya, tapi sayangnya namun hanya beberapa keping gambar sahaja yang diberikan tontonan umum.

Dikesempatan lain pula, dia menemui YBh. Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Daphne Iking terima hidayah di Taj Mahal, peluk ISLAM

Sabtu, 26 Februari 2011

Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," kata Daphne.
Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India. Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut. -sumber mStar

PS- Syukur Alhamdulillah. Hidayah Allah ada dimana-mana, namun terpulang kepada individu untuk menilai atau memahami erti makna yang sebenar. Selepas ni bolehlah kita lihat Daphne pakai tudung pula. hihi. :)