Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zack X-Factor selamat berkahwin (10 gambar)

Isnin, 23 Februari 2015

Mengikut sebuah portal gosip tempatan, khabarnya pelakon Zachary atau nama popularnya Zack X-Factor telah selamat berkahwin dengan pasangannya, Jeniffer Caterina Gilbert.

Kemungkinan mereka kahwin pada Tahun Baru Cina yang lalu yakni 20hb Februari yang lalu. Tahniah buat kedua-duanya.

Nasha Aziz Akui Solo, Nur Iman Kawan Rapat!

Ahad, 10 Mac 2013

Nasha Aziz akui yang dirinya kini solo dan menafikan yang gambar mesra dengan Nur Iman Tang pada sambutan ambang tahun baharu yang lalu adalah sekadar kawan mesra atau kawan rapat sahaja.

Bahkan yamg amat mengejutkan, aksi mesra itu adalah biasa bagi Nasha untuk sesiapa yang mengambil berat dan menyayangi. Pelik dan banyak rahsia nampaknya Nasha ni.
“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama. Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya.

“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya.

“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, -Nasha Aziz sumber Blog Budiey

Nasha Aziz di Tahun Baru Cina

Isnin, 18 Februari 2013

Nasha Aziz buat masa ni dalam perancangan dalam mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya, Nur Iman Tang. Tapi tak tahu bila dan terus menjadi tanda tanya memandangkan usia Nasha juga tahun ini adalah 42 tahun.

Usia dah semakin meningkat, namun penampilan Nasha juga tidak banyak berubah, masih lagi cantik dan manis sama seperti usianya 30-an yang lalu. Gambar terbaru bersempena Tahun Baru Cina yang lalu, mungkin merayakan sekali kot dengan bekas agama kekasihnya itu.

Gambar Adam Corrie dan Isteri

Khamis, 14 Februari 2013

Pelakon Adam Corrie atau Corrie Lee, merupakan seorang pelakon muallaf yang sering melakonkan watak gangster atau jahat dalam setiap lakonannya. Mungkin Adam Corrie lebih dikenali dalam filem KL Gangster yang dipopularkan oleh lakonan Aaron Aziz dahulu.

Walaupun membawa lakonan berwatak jahat namun Adam Corrie bukan lah orang jahat diluar set, malah dikatakan dia kini lebih kepada belajar dan menekankan konsep Islam dalam hidupnya. Menghadiri dan mengikuti ceramah-ceramah semasa dan bergiat aktif dalam urusan memajukan dakwah Islam.

Terbaru sempena Tahun Baru Cina, Adam Corrie dan isterinya sempat beraya ke keluarganya yang masih dengan agama asal mereka.

Gambar Nora Danish di Tahun Baru Cina

Selasa, 12 Februari 2013

Gambar dibawah adalah gambar Nora Danish yang menghadiri satu majlis kalau tak silap perasmian beberapa buah filem keluaran MiG produksi milik David Teoh dan sekaligus untuk meraihkan Tahun Baru Cina.

Ramai juga selebriti yang hadir seperti Intan Ladyana, Farid Kamil, Fezrul Khan dan beberapa lagi selebriti MiG. Namun melihat penampilan Nora, memang sungguh menarik perhatian. Melentik juga bentuk badan dia sekarang ni. Ada apa-apa rahsia ke. Hehe. -gambar Instagram Nora Danish

Gambar Nasha Aziz , Nur Iman di Ambang 2013

Khamis, 3 Januari 2013

Mesra sangat Nasha Aziz dengan kekasih hatinya Nur Iman Tang ketika ambang 2013 yang lalu. Gambar ini sempat diambil ketika mereka berdua siap berpelukan bagai suami isteri. Namun tidak dipastikan mereka sudah bernikah atau belum, sebab berita perkahwinan mereka yang akan dijadualkan setelah selesai pergi ke Kota Makkah tahun 2010 itu masih lagi tiada jawapan. Apa-apa pun kita enjoy dulu kepada sesiapa yang merindui Nasha Aziz. -gambar RotiKaya.

(aik tangan tu menjalar pula.. hehe)

Cara Pierre Anrea Sambut Tahun Baru

Rabu, 2 Januari 2013

Sambutan hari tahun baru Masihi memang banyak cara dan ragamnya, ada yang cara Islamik ada juga bukan cara Islamik. Tidak ketinggalan pelakon, Pierre Andre menyambut sambutan tahun baru masihi dengan cara ceramah atau soal agama dengan para ustaz-ustaz, majlis berkenaan berlangsung di Selangor yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan beberapa orang ulama lainnya.

Sambutan New Year, Fasha Sandha Jejai

Isnin, 2 Januari 2012

Sambutan tahun baru 2012 yang sudah pon berlalu, mungkin ramai yang g sambut, seperti satu tradisi yang wajib diraihkan. Begitulah yang berlaku kepada pasangan sensasi, Jejai dengan Fasha Sandha bersama Thalia di Rootz dipetik melalui laman Facebook Fan Fasha Sandha. Kalau nak ditengokkan, pasangan ini tetap romantis. Apataknya, jap lagi dorang mo kawen kan. Hope jadilah. :)