Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hairi Othman kini jadi tabligh.. Alhamdulillah

Rabu, 24 Ogos 2016

Bayan subuh hari ni disampaikan oleh Hairi Othman@ Leftenan Adnan.. Alhamdulillah beliau baru balik Dr 4bulan IPB (India,Pakistan,Bangladesh) bersama 3rakan Artis beliau,Tai Apa Celop,Hantu boceng.

Banyak Perubahan apabila dia blk Dr sna dan menceritakan pengalaman beliau Jd artis kmdn terlibat dgn Usha dakwah..

Sangat Ajib usaha dakwah,Siapa saja Allah boleh ubah walaupun pandangan zahir kita nampak seseorang itu mustahil boleh berubah tp dengan Dakwah xde yg mustahil sprti mna dzmn nabi Saw para shbt yg aslnya sgt jahiliah boleh Jd Sbaik2 umat dgn perantaraan dakwah.

Semoga Allah pilih kt semua jadi tentera2 pembantu agama Allah, Amin.

sumber: Facebook Hafiz Abdulwalid

Pierre Andre Akui Masuk Jemaah Tabligh

Selasa, 20 November 2012

Ucapan Pierre Andre ketika majlis ASK 2012 minggu lalu ada lah ucapan yang mengejutkan dimana dia menyampaikan buat pertama kali dalam bentuk Islamik.

Gara-gara daripada ucapan itu, dia mendapat pujian yang tidak terkata melalui laman sosial mahupun pribadi.

Namun difahamkan mengikut akhbar Kosmo, Pierre mengakui yang dirinya kini mendalami ilmu agama dan sering mengikut jemaah tabligh.
Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh (jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang). Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," kata Pierre.

Aishah, Faizal Dah Cerai?

Isnin, 8 Ogos 2011

Terkejut juga mendengar berita daripada Joyah kat Utusan edisi kelmarin, yang Aishah bekas penyanyi dangdut zaman era 80-90-an telah pun bercerai dengan suaminya Faizal Sazali Zulkifli, pada 19 Mei lalu. Perceraian itu didakwa berlaku hanya melalui SMS. Berita ini tidak lah sebenar yang disangka, cuma masih samar-samar lagi. Sebab kenyataan rasmi pun belum ada. Nak harapkan Joyah, mungkin susah sikit nak percaya.

Mana nak percaya, suami Aishah ni seorang yang kiranya kuat agama. Takkan lah cerai dalam masa yang singkat. Tapi itulah, bab-bab cerai ini memang agak susah nak diperatakan, sebab dan puncanya pun kita tahu. Kita harap lah sebuah masjid yang didirikan April 2010 di Thailand itu takkan runtuh begitu sahaja. Dan itu pastinya benda pertama yang kita pelihara ketika berumahtangga nanti.
[via]