Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Syuk Balas dituduh bersikap tamak?

Khamis, 9 Mac 2017

Sudah 2 bulan Syuk Balas menjadi deejay Radio Hot FM, ada khabar yang tak senang menceritakan yang dia bersikap tamak kerana mendapat tawaran di stesen itu.

Shuk bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan, sebaliknya menyifatkan keputusannya menerima tawaran tersebut punca pendapatan stabil untuk keluarga.

“Alhamdulillah, kerjaya sebagai pelawak, pelakon dan pengacara berjalan lancar seperti biasa dan memperoleh pendapatan stabil untuk menyara keluarga.

“Bagaimanapun apabila mendapat tawaran daripada Hot FM, saya fikirkan peluang terbaik untuk mengukuhkan kewangan keluarga apatah lagi kini saya sudah mempunyai anak,

“Itulah faktor utama yang membuatkan saya bersetuju untuk menyertai stesen radio ini.

“Apabila saya membuat keputusan untuk berumah tangga dan berkeluarga sekali gus datang dengan satu tanggungjawab baharu. Jadi saya perlu merancang masa depan kami anak-beranak dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Utusan Online.

Video parodi Fattah, Neelofa oleh Syuk, Jihan

Jumaat, 20 Januari 2017

Dalam program Meletop baru-baru ini, Jihan Muse dengan Shuk SYJ ada membuat satu video parodi yang mencuit hati berkisahkan mengenai hubungan diantara pelakon Fattah Amin dengan Neelofa.

Sampai tergelak Fattah Amin dibuatnya. Neelofa sepertinya ada ketika itu, tapi tak nampak mukanya.

Isteri Syuk SYJ selamat melahirkan anak.. jantinnya (gambar baby)

Khamis, 3 November 2016

Isteri kepada pelawak terkenal Shuk SYJ iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24, selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu jam 10.05 malam.

Isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka secara normal di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor.

Syuk selamat menjadi suami (3 gambar)

Isnin, 21 Disember 2015

Tahniah pelawak, Syuk dan pasangan melangsungkan perkahwinan hari ini. Lokasi di Kg Ulu Sapi Beluran Sandakan, Sabah.