Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Johan mahu derma RM100k wang spontan kepada...

Selasa, 17 Januari 2017

Johan memberitahu yang dia mahu menyumbang sebahagian wang kemenangan bernilai RM100,000 di program realiti Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria terutama penderitaan kanak-kanak yang menyentuh hati dan perasaannya.

Johan juga mengimpikan mahu membina masjid di tempat yang mahu memerlukan dana di dalam negara.

"Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,"

"Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.

"Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah," katanya memetik BharianOnline

Yatt Amzah meninggal dunia di Syria?

Khamis, 18 Jun 2015

Yatt Amzah menafikan yang dia telah terkorban atau meninggal dunia ketika berada di bumi Syria seperti yang didakwa oleh seorang pemilik laman sosial baru-baru ini.

Yatt Hamzah menyesal bercerai...

Selasa, 31 Mac 2015

Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.

Yatt menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.
"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," -Yatt

Suami Keturunan Syria dan Majlis Akikah Anak Anis Anessa

Rabu, 16 Oktober 2013

Dalam tidak disangka, penyanyi lagu Qasidah Cinta, Anis Anessa sudah mempunyai seorang anak bernama Mohd Kaiser berusia 3 bulan dan berkahwin dengan lelaki berketurunan dari Negara Syria.

Suaminya yang mahu digelar MR.K itu bukanlah jejaka yang bertunang dengan Anis pada Januari 2012 yang lalu. Memetik daripada portal mStar, Anis dan suaminya ditemui ketika majlis cukur jambul atau majlis akikah anak mereka itu.