Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar akikah anak Syed Aiman, Linda Rafar (20 gambar)

Selasa, 10 Mei 2016



Hujung minggu lalu berlansungnya sebuah majlis akikah buat anak ketiga, Syed Rezaliif Bin Syed Kamaruzaman bagi pasangan bahagia, Linda Rafar dan Syed Aiman didalam satu majlis yang cukup sederhana.

Photoshoot Syed Rizaliif anak Linda Rafar, Syed Aiman (5 gambar)

Ahad, 8 Mei 2016

Anak comel Linda Rafah, Syed Aiman (6 gambar)

Selasa, 12 April 2016


Anak comel yang selamat dilahirkan Linda Rafah ini belum lagi didedahkan namanya, namun beberapa keping gambar anak hasil hubungan dengan Syed Aiman ini telah dimuatnaik di Instagram baru-baru ini.

Linda Rafah selamat melahirkan anak ke-3 (2 gambar bayi)

Ahad, 10 April 2016

Linda Rafar selamat bersalin anak lelaki ketiga kira-kira tengah hari semalam.

Linda selamat melahirkan cahaya mata baharu mereka di Hospital Gleneagles, Ampang pada jam 2.05 petang menerusi kaedah pembedahan dengan berat 2.85 kilogram.

Baby shower Linda Rafar bertema telekung.. (18 gambar)

Isnin, 4 April 2016


Linda Rafar dan suaminya, Syed Aiman baru-baru ini telah mengadakan majlis 'baby shower' dan doa selamat. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Lebih unik, majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran rakan dan keluarga selain turut menampilkan tema bertelekung buat wanita. Semuanya kelihatan manis-manis belaka. -Forum Cari

Syed Aiman, Linda Rafar sangat romantik (7 gambar)

Jumaat, 26 Februari 2016

Linda Rafah, Syed Aiman bakal rujuk kembali.. Alhamdulillah..

Jumaat, 2 Oktober 2015

Dengar khabar baik yang Linda Rafar dan bekas suaminya, Syed Aiman bakal berusaha untuk merujuk kembali untuk kebaikan anak-anak mereka.
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”

“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,”

“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” kata Linda memetik sisipan Utusan

Linda Rafah, Aiman sah bercerai.. ini punca dia..

Sabtu, 12 September 2015

Linda Rafar akhirnya muncul di Mahkamah Rendah Syariah semalam untuk menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada Jumaat.

Linda tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani oleh tiga kenalannya.

Terdahulu, Linda memberitahu akan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal menghadirkan diri kerana tidak sihat.

Linda mendedahkan suaminya, Syed Aiman melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu.

Linda Rafar, Syed Aiman bercerai...

Rabu, 9 September 2015

Linda Rafar, 37, mendakwa suaminya Syed Aiman, 40, melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi.

Linda ketika dihubungi Harian Metro berkata, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.

Anak lelaki Linda Rafar meninggal dunia (3 gambar)

Ahad, 6 Julai 2014


LINDA Rafar menyiram air mawar pada pusara Allahyarham anak ke-2 lelakinya, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, sebelum solat Zohor tadi. -Bharian

MamaDahMulaRinduAnakMama #AlfatihahForMemen #memenAhliSyurga Tunggu mama kat sana sayang BigHugs..Can'tStopThinkingOfUBabyBoy..UrSoSpecialSayang..Ppl & Allah LoveuSoMuch.. -Instagram LindaRafar
Gambar kenangan arwah Rezaimen Keiflin, hasil perkahwinan pertamanya terdahulu dengan pelumba kereta terkenal Keifli Othamn. Linda kini berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman.

Anak Linda Rafar Kena Demam Denggi

Khamis, 13 Jun 2013

Dikatakan anak kepada Linda Rafar hasil perkahwinan pertamanya terdahulu dengan pelumba kereta terkenal Keifli Othamn, tidak dipastikan samaada anak sulung Rezaril Keiflin, 13, atau anak bongsu Rezaimen Keiflin, 10 tahun di mana anak Linda ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana sesak nafas selain daripada ada jangkitan di dalam tekak dan paru-parunya minggu lalu.

Ada yang bersependapat, ianya simptom denggi. Apa-apa pun semoga sembuh semula. Linda kini merupakan isteri kepada pelakon, Syed Aiman. Instagram Linda Rafar


Gambar Syed Aiman dan Linda Rafah

Isnin, 18 Februari 2013

Dah lama tak melihat pasangan suami isteri diantara Syed Aiman dengan Linda Rafah, tip sekarang anak pon dah semakin membesar, dan rumahtangga mereka juga semakin bahagia hendaknya.

Dah jarang mereka keluar di kaca tv untuk slot drama atau filem, mungkin dah ada kerja persendirian kot. -gambar Forum Cari