Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saharul Ridzwan, isteri honeymoon di Singapura, Indonesia (10 gambar)

Jumaat, 30 September 2016

Video HD sekitar perkahwinan Saharul Ridzwan, Qaabila Deena

Ahad, 25 September 2016

Mia Ahmad dedah sebab tidak hadir ke perkahwinan Shaharul

Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dulu pernah bercinta namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kini Saharul Ridzwan sudah pun bergelar suami kepada Deena Emir. Perkahwinan mereka telah pun berlangsung minggu lalu.

Namun Mia Ahmad tidak kelihatan pada hari bermakna Saharul itu. Dengar khabar Mia tidak diundang ke majlis berkenaan.
Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah ‘naik’ pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat.

Sekitar resepsi perkahwinan Saharul Ridzwan, Qaabila (46 gambar HD)

Ahad, 18 September 2016


Sekitar pernikahan Saharul Ridzwan, Qaabila (50 gambar HD)


Saharul Ridzwan selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam. -mStar Online

Sekitar khattam al Quran bakal isteri Saharul Ridzwan (6 gambar)

Rabu, 14 September 2016


Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini.

Rakan artis SOKONG perkahwinan Hafidz Roshdi? PANAS!

Rabu, 4 Mei 2016

Baru-baru ini kecoh dimana Michael Ang dan rakan-rakannya mengenai pelakon lelaki yang baru berkahwin, Hafidz Roshdi dimana mereka sedang membalas komen-komen yang mengutuk rupa isteri pelakon tersebut seperti katak dan mengatakan mereka akan bercerai.

Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.

Ish ish ish.. -Forum Cari

Mia Ahmad, Mira Filzah bergaduh?

Jumaat, 19 Februari 2016

Dengar khabar hubungan Mia Ahmad dengan Mira Filzah dingin. Ini akibat ada desas desus dimana Mia Ahmad putus cinta dengan Syarul Ridzwan disebabkan Mira.

Dan ini respon Mia.
"Saya tiada masalah dengan Mira. Kami baik-baik saja dan tiada istilah bermasam muka dengan gosip yang timbul. Tidak ada apa untuk saya jelaskan lagi mengenai isu ini. "Biasalah, lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Jadi saya memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini," katanya kepada BH Online.
Tambah Mia, dia turut menyedari gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan

Mira Filzah, Syarul Ridzwan bercinta? ya ke..

Sabtu, 14 November 2015


Pengacara cantik, Mira Filzah digosipkan menjadi punca perpisahan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Bagi Mira dia menafikan dia sebagai punca terhadap gosip berkenaan.

Dulu memang ada kaitan diantara Mira dan Syarul dimana dibuktikan beberapa keping screenshot Twitter tahun 2011 yang mereka saling berhubung. Namun itu semua kisah lama yang bagi Mira tidak perlu lagi diungkit kembali.

Mia Ahmad, Syarul Ridzwan putus cinta..

Rabu, 19 Ogos 2015

Mengikut satu sumber, hubungan cinta diantara Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan kini dah putus. Ini ditambah dengan akitiviti pemadaman gambar manis dan romantik mereka dilaman sosial Instagram.

Dan sepertinya bayangan itu memberikan hint yang mencukupi membuktikan dakwaan si sumber. Buat masa ini belum ada pengakuan rasmi dari Mia mahupun Syarul

Namun ramai pengikut mereka di instagram memberikan doa dan harapan agar hubungan mereka kekal hingga menjadi suami isteri.

Mia Ahmad akui bercinta dengan Syarul Ridzwan tapi... (10 gambar couple)

Jumaat, 29 Mei 2015

Akhirnya Mia Ahmad mengakui yang dia dengan Syarul Ridzwan kini adalah sepasang kekasih. Namun pengakuan ini sebenarnya adalah.

Kekasih Syarul Ridzwan (5 gambar)

Selasa, 3 Februari 2015


Dengarnya ini adalah kekasih kepada pelakon Syarul Ridzwan. Cukup lawa dan anggun dengan keadaannya yang bertudung. Semoga bahagia dan dipercepatkan kahwin lah ye.

Kereta Syarul Ridzwan terbalik kemalangan, keadaannya...

Jumaat, 12 Disember 2014

Dikhabarkan yang pelakon, Syarul Ridzwan menimpa kemalangan jalan raya apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terlanggar bahu mengakibatkan kereta jenis Honda City itu terbalik di jalan Sungai Ujong (jalan dari Linggi, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur) kira-kira jam 5 petang semalam

Kejadian berlaku selepas Syarul selesai menjalani pengambaraan drama Street Vendetta.
"Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas.

"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," -Syarul petikan portal mStar.