Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kutipan filem Abang Long Fadil 2 terkini, wow!

Isnin, 18 September 2017


Dengar khabar yang filem Abang Long Fadil 2 mendapat kutipan yang tidak diduga sekali. Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu meraih kutipan RM16 Juta dalam masa hanya tiga minggu ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu Abang Long Fadil satu masa dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, namun jumlah ditayangkn semakin meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem ini berjaya menduduki tangga ke-5 dari senarai kutipan terbanyak filem-filem tempatan selama ini. Masih belum boleh kalahkan filem abangnya, Syamsul Yusof iaitu Munafik.

Filem Mat Moto arahan Syafiq Yusof tidak relevan?

Selasa, 24 November 2015



Siapa tak kenalkan adik kepada Syamsul Yussof iaitu Syafiq Yussof juga telah mengarah beberapa filem seperti SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan baru-baru ini mula tersebar sebuah filem arahan Pekin yang turut menjadi pengarah bersama, iaitu Syafiq Yussof dalam filem 'Mat Moto' dibawah naungan Skop Production.

filem Abang Long Fadil kutip berjumlah.....

Rabu, 4 Jun 2014

Tahniah kepada pengarah filem Abang Long Fadil, Syafiq Yusof dimana filem hasil arahanya itu berjumlah RM2.1 juta untuk 4 hari ditayangkan. Filem ini ialah kesinambungan daripada kisah KL Gangster, yang membabitkan watak Abang Long Fadil dan Malik yang ditahan dalam penjara.

Berbeza dengan KL Gangster yang lebih serius, filem ini pula berunsurkan komedi. Ia dilakonkan oleh Zizan, Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sofi Jikan dan ramai lagi.

Filem yang dibina hasil naugan Skop Priductions milik ayahnya, Datuk Yusof Haslam cukup berbangga dengan hasil kutipan berkenaan. Andaian Datuk Yusof, angka itu akan menaik sekiranya tiada faktor '18PL' oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” -Datuk Yusof. petikan Bharian

Lagi gambar persandingan Syamsul, Syafiq

Rabu, 23 April 2014

Lagi gambar terbaru dan jelas dari photographer media untuk pasangan pengantin anak produser terkenal, Datuk Yusof Haslam selamat bersanding serentak. Syamsul Yusof, 30, dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 29, dan pasangan Syafiq Yusof, 22, dan isterinya, Aeisah Zainal, 22.

Majlis meriah itu diadakan di di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, KL -gambar MiGonline

10 Gambar resepsi Syamsul dan Syafiq

Sabtu, 19 April 2014

Pasangan pengantin anak produser terkenal, Datuk Yusof Haslam selamat bersanding serentak di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, KL.

Kelihatan dalam gambar pasangan Syamsul Yusof, 30, dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 29, dan pasangan Syafiq Yusof, 22, dan isterinya, Aeisah Zainal, 22. -gambar bicaramakdara.com | hMetro | MiGOnline







Syafiq Yusof selamat bergelar suami (3 gambar)

Isnin, 7 April 2014

Adik kepada Syamsul Yusof dan anak kepada Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof telah selamat bergelar suami kepada tunangnya, Aeisha Zainal pada pagi hari Sabtu lalu, sekitar jam 10 pagi.

Majlis berkenaan diadakan di surau Tabung Haji, Kuala Lumpur. Tahniah diucapakan kepada pengarah muda ini.

Syamsul, Syafiq Disandingkan Bersama-sama

Rabu, 22 Januari 2014

Dengarnya anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul (dengan Puteri Sarah) dan Syafiq (dengan Aiesyah) akan disandingkan serentak pada bulan Jun 2014 nanti selepas mereka berdua selamat dinikahkan sebelum bulan itu nanti.

Tambahan lagi memetik portal mStar, majlis berkenaan dikatakan akan diadakan dengan keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan melakukan dua kali majlis.
"Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir.

“Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” -Datuk Yusof

Gambar Syafiq Yusof Bertunang

Isnin, 24 Disember 2012

Adik kepada pengarah filem, Syamsul Yusof telah memberitahu dalam laman Twitternya sebelum adiknya yang juga seorang pengarah filem termuda, Syafiq Yusof akan bertunang dengan wanita pilihan hatinya Aiesyah Zainal pada 23 Disember, semalam.

Memang tidak dinafikan mungkin Syamsul kesibukan kerja menjadi pengarah filem, jadi mungkin jodoh dan calonnya lambat sedikit untuk dicari, sabar lah ya Syamsul, jodoh mu tetap ada, Insyallah.

Gambar Perkahwinan Lisa Surihani, Shaheizy Sam

Selasa, 9 Ogos 2011

Episod Lisa Surihani dan Shaheizy Sam kahwin ni bukanlah betul-betul, ini semua adalah adegan dalam filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan pengarah muda dan juga anak Datuk Yusof Haslam merangkap adik Syamsul Yusof, Syafiq Yusof yang kini berusia 18 tahun. Selain melibatkan pelakon-pelakon Star, pelakon baru juga turut dilaburkan, Neelofa. Filem ini merupakan filem yang unik sebab diarahkan oleh pengarah muda dan mentaliti anak muda. Nak tahu hasilnya macamana? saksikan di pawagam nanti.

[via]