Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Syafiq Kyle, Hannah Delisha berpelukkan (video)

Sabtu, 22 Julai 2017



Drama Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan sejak 3 Julai lalu mengundang padah apabila ia menimbulkan kemarahan orang ramai kerana adegan yang dipaparkan iaitu aksi berpelukan dilihat membelakangkan nilai murni seseorang Islam.

Karya adaptasi arahan Eyra Rahman lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha ini turut dikatakan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Selamat tinggal Fattah Amin, Hye Syafiq Kyle! (10 gambar)

Khamis, 13 Julai 2017

Drama Mencintaimu Mr. Photographer yang dikatakan meletup yang sudah masuk minggu ke-3 siarannya. Pelakon drama berkenaan, Syafiq Kyle dan Hannah Delisha membuatkan ramai nitizen menganggap gelombang baru bakal menenggelamkan nama-nama besar seperti Fattah Amin, Fazura dan Neelofa.

Bersih daripada sebarang kontroversi mahupun gossip cinta lokasi, Syafiq dan Hanna membuktikan lakonan mereka begitu berkualiti sehinggakan ramai yang menonton tak kira dimana berada dengan menggunakan smartphone.

Uqasha Senrose pegang tangan Shah Iskandar? WOW

Isnin, 13 Mac 2017

Dengar khabar yang Uqasha Senrose buat kejutan. Dia dikatakan memegang tangan Shah Iskandar di satu program yang dijemput bersama-sama.

Menurut sumber, Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung. Adakah mereka sekarang hangat bercinta?

Jika diikutkan Shah sudah berkahwin. Dan gambar ini juga menimbulkan kemusykilan seribu tanda tanya. AJL zaman bila ke ini?

Uqasha ni dah korang mesti kenal dah, ramai dah yang sentiasa berdamping dengan sebelum ini seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.


Uqasha Senrose terharu dengan kenyataan Syafiq Kyle

Rabu, 1 Julai 2015

Pelakon Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, bagaimanapun berkata, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
“Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.

“Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu,” katanya
Terdahulu Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga. -mStar

Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose

Selasa, 17 Jun 2014

"SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Sambil menolak kisah mengarut tersebut, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Bagi Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Yang membuatkan pelakon berusia 22 tahun ini terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

Fizz Berbohong? Kamal Adli Kecewa!

Jumaat, 29 November 2013

Fizz Fairuz yang dikhabarkan menarik diri daripada mengikuti program Liga Lawak Superstar di TV3 dengan menganggotai kumpulan Apa Kasih Toq telah pergi ke Cardiff, UK untuk menonton Cardiff City menentang Manchester United (MU) bersama-sama dengan Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.

Menurut laporan mStar, Ahli kumpulan Apa Kasih Toq iaitu Kamal Adli kecewa dengan tindakan Fizz itu.

Syafiq Kyle Kekasih Jue Aziz?

Rabu, 9 Oktober 2013

Fenomena artis kahwin dengan usia lebih muda lelakinya memang tidak perlu dinafikan. Memang banyak kejadian seperti ini berlaku.

Terbaru sekali lagi pelakon muda, Syafiq Kyle, 21, mengakui kawan rapat dengan Jue Aziz, 30, namun menafikan yang dia dan Jue bercinta.