Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar perkahwinan Tunku Tun Aminah, Dennis (30 gambar HD)

Isnin, 14 Ogos 2017


Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan.

TMJ guna 'haha' untuk kenyataan rasmi

Sabtu, 14 Februari 2015

Apabila TMJ Guna`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda semalam.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Sekitar majlis resepsi diraja TMJ (30 gambar)

Selasa, 11 November 2014

Majlis Resepsi di Raja yang berlangsung diantara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di perkarangan Istana Besar, Johor Bahru.

Ramai tetamu yang hadir dan juga tetamu kenamaan diantaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemain-pemain bola sepak JDT turut hadir. -gambar Facebook rasmi Johor Darul Tazim

Sekitar majlis pernikahan TMJ, Khaleeda (8 gambar)

Isnin, 27 Oktober 2014

Gambar bakal isteri TMJ?

Sabtu, 5 Julai 2014

Heboh memperkatakan dimana ada sekeping gambar yang beredar di laman sosial menampilkan Tunku Ismail (TMJ) dengan seorang wanita bernama Khaleeda (kanan berbaju putih) yang berusia lingkungan 20-an ketika berada di satu perlawanan bola sepak tempatan.

Difahamkan menurut laporan BHarian, TMJ akan melangsungkan perkahwinannya pada Oktober tahun ini. Ianya dibuktikan lagi dengan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.

Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor. Namun buat masa ini belum ada kenyataan rasmi mengenai hal ini.

Menjadi persoalan sekarang kemana hubungan TMJ dengan Nur Fazura ek?

Plat Nombor W1N Harga RM748,000!

Ahad, 26 Januari 2014

Hujung minggu ni kita bercerita mengenai orang luar pula, orang luar kali ni bukan calang-calang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berjaya mendapatkan nombor plat W1N (win) dengan harga yang membuatkan anda terbeliak biji mata, RM748,000.00!!.

Cinta Fazura dan Anak Sultan Berputik Semula?

Isnin, 17 Jun 2013


Memetik sumber portal Murai semalam, yang Fazura dahulu sudah putus cinta dengan seorang anak Sultan yang dikenali ramai, tak mahu disebut namanya nanti korang tahu-tahu lah sendiri ok.

gambar lama di antara Fazura dengan T** di Singapura

Tapi itu kisah dahulu, kini dengar cerita yang mereka berdua sudah bertaut kembali. Auch romantik sungguh. Dengarnya lagi, kisah mereka bersama semula setelah diadakan satu perlawanan bola sepak diantara team 'mana' dengan team 'tak tahu' pada awal bulan Jun ini. Ha teka jangan tidak teka.. Gambar dah ada buat klue.

Uncle Seekers buat hal lagi? kena tahan!

Sabtu, 7 Julai 2012

Uncle Seekers ni adalah seorang pengamal paranormal yang mula dikenali ramai setelah menerbitkan rancangan realiti pencarian hantu dan juga filem paranormalnya sendiri. Tak juga dilupakan, kisah blognya yang menjadi perhatian akibat dek membongkar status tahap VVIP. Kali ni pula Uncle ni dah makin terkenal lagi, apabila ditahan kerana memburukan Sultan Johor. Korang tak caya? ni baca kat lampiran akhbar Harian Metro yang ditepek oleh Gosip Cari ni. Hu.