Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Suki Law yang lahir 1 Disember (4 gambar)

Isnin, 22 Disember 2014

Tahniah untuk Suki Low yang selamat melahirkan anak sulung dia dengan Ethan Chong (pengurusnya) pada 1 Disember yang lalu.
Ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan pada masa sama amat memenatkan kerana waktu tidur saya tak menentu. Tapi saya sedar ia dilalui semua ibu yang melahirkan anak," ujar Suki yang dipetik daripada Berita Harian.

Tahniah, Suki kini hamil/mengandung!

Jumaat, 19 September 2014

Tahniah buat penyanyi yang juga finalist OIAM, Suki yang difahamkan dia kini hamil/mengandung anak sulung dia dengan suaminya, Jeremy Choog. Mengikut info yang diterima, usia kandungannya kini sudah berusia 6 bulan.

Jantina kandungan berkenaan adalah dijangkakan lelaki. -mStar

Suki OIAM Kahwin 12.12.12

Khamis, 6 Disember 2012

gambar malaysiandigest.com
Penyanyi kelahiran program Realiti, One In A Million (OIAM), Suki Low yang mencari rezeki di Taiwan dan Hong Kong bakal berkahwin dengan Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang pada tarikh 12.12.12 (12 Disember 2012) sehari sebelum harijadinya yang ke-23.
"Saya akan mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Disember ini, iaitu sehari selepas sambutan hari lahir saya.

"Jejaka yang sudah saya kenali selama empat tahun, Jeremy Chong bakal memikul tanggungjawab sebagai suami saya,

"Saya sudah lama dengan Jeremy malah sehingga ke mana-mana juga saya akan ditemani dia. Adalah lebih baik sebenarnya kami mempunyai ikatan yang sah kerana pada masa yang sama keluarga saya juga lebih lega untuk melepaskan saya dengan suami sendiri.

"Jika dibandingkan umur mungkin saya muda namun setelah enam tahun bergelar anak seni ada sisi kematangan dalam diri saya yang membezakan saya dengan mereka di luar sana," katanya.-sumber