Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Suhaimi tayang gambar spender, nak malu apa?

Ahad, 28 Ogos 2016

Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan isterinya.

Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut?

Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam.

Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri.