Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ibu Sufi AF menipu pulak? dedah bekas suami..

Isnin, 17 Julai 2017


Baru-baru ini ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud melahirkan kekesalan terhadap sikap anaknya.

Bagaimanapun Irma dikatakan masih tidak berpuas hati dan sebuah lagi kenyataan dibuatnya kepada portal Mstar Online. Dedah Irma, penyanyi itu berbohong menyatakan kasih sayangnya semata-mata untuk meraih simpati peminat.

Malah, Irma turut memberitahu dirinya kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Sufi AF derhaka kat ibunya? ini luahan perasaan ibunya... PANAS!

Jumaat, 14 Julai 2017

Dengar cerita yang Sufi Rashid (finalis Akademi Fantasia 2015) dan ibunya, Irma Suriani tengah bergaduh. Ibunya mahu Sufi memohon maaf disebabkan tuduhan Sufi yang dianggap melulu tanpa usul periksa.

Ibunya, tidak teragak-agak membawa masalah ini ke mahkamah jika Sufi enggan memohon maaf.

Sufi AF terima hadiah 'misteri' peminat..

Sabtu, 25 Februari 2017

Penyanyi AF 2015 kelahiran Singapura yang popular dengan lagu Aku Sanggup, Sufi Rashid ini mengakui penah menerima hadiah yang mengejutkan daripada peminat wanita iaitu seluar dalam.

Difahamkan hadiah berkenaan diterima Sufi ketika sambutan ulang tahun kelahiran.

“Macam-macam hadiah yang saya terima, termasuklah seluar dalam. Belum pakai lagi. Rasa segan nak pakai sebab yang bagi tu peminat perempuan,

“Saya rasa pelik juga. Tetapi yang bagi tu berniat baik kot. Rasa speechless pun ada,” ujar Sufi yang turut mengakui, sering menerima hadiah unik dan pelik daripada para peminat.

“Ada yang bagi baju yang pernah dipakai peminat, dan ada juga yang bagi jam tangan. Dia buka jam yang dipakainya dan hadiahkan pada saya. Apa pun, saya terima pemberian mereka dengan hati terbuka,” kata Sufi memetik MediaHiburan.

Sufi AF bertengkar dengan ibunya? (4 gambar)

Rabu, 3 Ogos 2016

Sufi yang juga pelajar AF2015 dikatakan bertengkar dengan ibunya sendiri. Hal ini diyakini lagi dengan beberapa beberapa post yang disampaikan oleh ibu Sufi, Irma Suriana Mahamud.

Post berkenaan sepertinya menyindir dan menasihati Sufi agar kembali ke pangkal jalan.

Sufi AF bersekedudukan dengan teman wanita?

Selasa, 19 Julai 2016

bergambar dengan Siti Nordiana untuk satu majlis

Gosip mengatakan yang penyanyi, Sufi AF telah melakukan perkara keji dimana dia bersekedudukan dengan teman wanitanya.

Namun Sufi menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah semata-mata.
“Ini semua fitnah. Tak mungkin kami tinggal bersama. Namun, saya tidak menafikan dia pernah menumpang di rumah saya selama beberapa hari. Waktu itu kami bukan berdua-duaan, tetapi turut disertai beberapa pekerja saya yang juga saudaranya”

“Saya tidak melakukan perkara itu. Sebagai seorang Islam, saya masih tahu batasan agama. Memang kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak di Singapura lagi. Saya sendiri tidak faham kenapa ada pihak yang ingin membangkitkan isu ini”

“Kami bekerja di restoran yang sama, jadi kadang-kadang kalau pulang dari restoran lewat malam, tidak mungkin saya akan membiarkannya pulang bersendirian,” jelasnya. -Harian Metro,

Tak layak menang sebab dari Singapura, ini komen Sufi AF

Jumaat, 16 Oktober 2015


Respon Sufi AF2015 Bila Ramai Pertikaikan Kemenangannya
Pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik memetik Murai.

Sufi turut tampil untuk memberikan respon mengenai hal itu menerusi portal Murai dimana dia sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.
Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. -Sufi AF

Michael Ang kritik AF!, ini jawapan pedas Edry..

Selasa, 13 Oktober 2015

Pengarah filem/drama, Michael Ang telah mengkritik dan kurang senang pada malam akhir Akademi Fantasia (AF) di laman sosial Twitter miliknya dimana kemenangan pelajar Sufi dan pemilihan lagu ada kaitan dengan KRU Music.

Ramai juga yang difahamkan menghentam balik kenyataan Michael namun buat Michael dia membuat kenyataan itu sebagai gurauan.

Bagi penetua AF, Edry Abdul Halim menganggap kenyataan Michael itu tidak relevan kerana Michael bukan dari aliran orang muzik.
“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," -sindir Edry memetik portal HarianMetro semalam

Sufi Juara AF2015! (3 gambar)

Isnin, 12 Oktober 2015

Tahniah, Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Sufi membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Syamel pula mendapat tempat ke-2 dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Shahrul dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi. -mStar