Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Ayah Aremeer Sofazr meninggal dunia
Isnin, 14 Mac 2011
Berita sedih yang diterima penulis melalui portal GUA ini merupakan satu detik hitam bagi vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer. Ayahanda Aremeer telah kembali ke Rahmatullah kelmarin, 13 Mac 2011. Aremeer yang kini popular dengan lagu Maaf Dari Hati diharapkan dapat menabahkan diri dan juga dapat menerima keadaaan. Kami di warga izyan.com mengucapkan salam takziah kepada Aremeer sekeluarga. Semoga roh ayahanda Aremeer ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Jadikan peristiwa ini sebagai pembakar semangat Aremeer untuk meneruskan kehidupan.
Ainul Shariza, Kekasih One Sofaz
Khamis, 26 November 2009
Band Sofaz yang terkenal di Malaysia dan juga Indonesia kini telah berani mendedahkan ahli-ahli mereka dengan suasana gosip. Yang terbaru bukan vokalis utama mereka, Aremeer, namun si One (tidak tahu nama sebenar) dengan kekasih hatinya yang bernama Ainul Shariza. Kekasihnya ni pada awalnya nampak sopan bertudung, tapi dalam terang-terang dia juga seperti orang lain dalam laman komuniti sosial. Nak hidup bebas dengan buka itu ini. Ngeh3.


Yanie Kekasih Aremeer Sofaz
Sabtu, 14 November 2009
Dari 6 anggota kumpulan Sofaz, tinggal 3 saja yang masih belum berkahwin iaitu vokalis utamanya Aremeer, Zimi dan One. Namun, dari 3 jejaka ini, hati Aremeer sudah pun sebenarnya telah dimiliki seorang gadis bernama Yanie. Malah, hubungan Aremeer dan Yanie ini sudah diketahui pihak media tempatan kerana Yanie juga bekerja dalam industri hiburan di sebuah syarikat rakaman.
Bercerita mengenai perkenalannya dengan Yanie, Aremeer menjelaskan sudah hampir 2 tahun lebih mengenali hati budi gadis tersebut. Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu.
Bercerita mengenai perkenalannya dengan Yanie, Aremeer menjelaskan sudah hampir 2 tahun lebih mengenali hati budi gadis tersebut. Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu."Kami masih belum bertunang lagi. Mungkin kami bertunang sehari sebelum bernikah. Saya tahu apabila bertunang, macam-macam cabaran akan dihadapi. Alhamdulillah setakat ini kami tak de apa-apa masalah. Selisih faham manja manja tu biasalah," ujarnya.Menyedapkan lagi perisa cintanya itu, Aremeer mengakui mencintai Yanie disebabkan karektor beliau yang memahami dan petah bercakap.


