Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Saerah dah berbaik dengan bekas suami?

Isnin, 28 September 2015

Dengarnya Siti Saerah yang diceraikan talak 3 oleh bekas suaminya, Saiful Anuar pada 27 Oktober 2014 yang lalu kini berbaik semula dimana dia dan bekas suaminya apabila keluar bersama-sama anaknya Umairah dan ahli keluarga yang lain ke Bukit Gambang Safari serta memuatnaik video memaparkan Saiful di latarbelakang video

Dan bakal menyambut ulang tahun ke-4 mereka dengan dikurniakan tiga orang anak, Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Semoga mereka berbaik-baik untuk kepentingan anak mereka juga dimasa akan datang. :)

Saerah berpisah dengan anaknya (sedih)

Jumaat, 23 Januari 2015

Dengarya, Siti Saerah tidak akan lagi bersama dengan anak pertamanya Ummi Umairah yang berusia 4 tahun. Ini dibuktikan dengan kehadiran Ummi Umairah ke sekolah hari pertamanya,

Siti Saerah kini teprisah sejauh 400km iaitu di Kuantan dengan 2 lagi anaknya, Ahmad Daiyan, 3, dan Ahmad Aisy, setahun yang dijaga bekas suaminya.

Bila Dato' Siti Nurhaliza dandan anak Siti Saerah (5 gambar)

Jumaat, 12 September 2014

Baru-baru ini, Dato' Siti Nurhaliza dan adiknya, Siti Saerah serta anaknya, Umi Umairah telah dijemput untuk program tv yang dinamakan 'Bersama FBI' yang dihostkan oleh Faizal Bin Ismail.

Di dalam rancangan itu, Siti telah mendandan anak buahnya itu. Memang kelihatan cekap dan kemas bila Dato' Siti berdandan. Boleh lepas ni buat perniagaan berdandan pula kan. :)

Gambar Anak Siti Sairah Edisi September

Isnin, 30 September 2013

Ni gambar anak kepada penyanyi Siti Sairah Umai dan Ahmad yang kini masing-masing masih lagi kecil. Perkembangan terkini memang tiada apa-apa cuma nak beritahu Siti Sairah hamil anak ke-3.

Jum layan edisi September 2013 gambar mereka ni. :) -instagram SitiSairah

Gambar Anak Siti Sairah Edisi Julai

Isnin, 29 Julai 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada penyanyi, Siti Sairah yang kedua-duanya perempuan berusia dua tahun lebih, Umai dan seorang lagi lelaki berusia setahun lebih. Siti Sairah kini juga sedang hamil anak ke-3. Jom lihat gambar perkembangan mereka yang terkini ini. -Instagram sairahtarudin

Siti Saerah Hamil Anak ke-3

Jumaat, 7 Jun 2013


Memetik laman sosial Instagram semalam yang menyatakan adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, dan juga seorang penyanyi, Siti Saerah yang kini dikatakan hamil anak ke-3. Gambar menunjukkan gambar 'scan' anak ke-3 berkenaan. Tahniah diucapkan. -gambar MediaHiburan
"Alhamdulillah... terima kasih ALLAH "-Saerah

Gambar Saerah dengan Anak, Kini Bertudung

Selasa, 12 Mac 2013

Tidak mahu mengungkit kisah lama, adik kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah kini dikatakan sudah bertudung dan mungkin sudah lama dalam memakai tudung.

Beberapa gambar Instagram dapat dilihat diantara dia dengan anak-anaknya yang semakin membesar. Yang perempuan, 2 tahun lebih dan juga yang lelaki yang kini sudah berusia setahun lebih.






Gambar Siti Saerah dan Keluarga

Ahad, 21 Oktober 2012

Kisah hidup Siti Saerah adik kepada Dato' Siti Nurhaliza memang jarang sudah kita dengar, selepas bernikah dengan lelaki pilihannya, sepi tanpa ada apa-apa sebarang aktiviti nyanyian mahupun show.

Dan terbaru, tip top perkembangan terbaru anak dia juga semakin membesar, dan badan Saerah juga naik tanpa di duga. Apa-apa pun semoga bahagia disamping keluarga yang tersayang.

Siti Saerah selamat melahirkan anak ke-2

Rabu, 21 Mac 2012

Tahniah kepada penyanyi dan juga adik kepada Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah kerana melahirkan anak ke-2. Difahamkan bayi berkenaan berjantina lelaki dan dilahirkan pada waktu senja di hospital berdekatan Kuantan pada 18 Mac yang lalu. Tahniah sekali lagi kepada Siti Saerah dan keluarga. :)

gambar mirip Siti Saerah dengan seorang bayi?

Selasa, 5 April 2011

Dalam rancangan Galaksi di TV9 minggu yang lalu memaparkan seorang yang mengambil gambar telah mendakwa gambar yang diambilnya seolah-olah mirip kepada adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah yang sedang dukung bayi?. eik? bayi? jangan fikir yang bukan-bukan dulu erk, sebab gambar yang diambil ni kemungkinan hanya kebetulan jerk kot. tak pun memang Siti Saerah dukung anak kepada makcik sebelah tue kot. Memang banyak andaian disini boleh difikirkan. Mustahil lah juga kan Saerah dah beranak sampai anaknya besar macam ni da oi. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat komen Saerah nanti macamana. *Next updates..

Gambar perkahwinan adik dato' Siti Nurhaliza

Rabu, 9 Mac 2011

Mungkin adik Siti Nurhaliza yang bernama Muhammad Ali yang berusia nak 30 tue kot yang nikah. Sebab kurang info mengenai gambar ni. Sekadar gambar yang diberikan kepada penulis. Tapi penulis 'confirm'kan yang Muhammad Ali lah yang kahwin tu. Hehe. Seperti biasa, seluruh ahli keluarga Siti termasuk suami, Datuk K, Saerah dan Saida serta suaminya turut hadir. Apa-apa pun semoga berbahagia kepada adik Siti sehingga selamanya.







































Siti Saerah selamat melahirkan anak? biar betik!

Sabtu, 12 Februari 2011

Terkejut juga apabila gosip kononnya Siti Saerah sudah selamat melahirkan anak sampai ke telinga pengarang portal selebriti GUA. Pelik tidak kerana adik kepada penyanyi nombor satu Negara Dato’ Siti Nurhaliza itu baru saja empat bulan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Saiful Anuar. Lihat reaksi Kakak Saerah, Saida dan Siti Nurhazliza sendiri..

“Mana dengar cerita ni? Pada mulut Ida, dia sudah pun bernikah dan yang penting dia dah selamat jadi isteri orang. Ida malas nak komen benda-benda macam ini. Ida cuma doakan, dia bahagia dengan suami hingga ke akhir hayat.” jelas Saida.

"Kini Saerah sudah memiliki kehidupannya sendiri. Kita biarkan dia dengan kehidupannya. Kita harus mendoakan yang terbaik buat Saerah dan suaminya." Jelas Siti Nurhaliza. -Gua

pernikahan Siti Saerah, Siti Nurhaliza tak datang!

Khamis, 18 November 2010

Sewaktu majlis pernikahan Siti Saerah dan Saiful Anuar yang diadakan di kampung Siti Nurhaliza iaitu di Lipis, semua adik beradik Saerah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan tersebut. Namun kakaknya, Siti Nurhaliza seorang saja yang tidak hadir (Bukan ke Siti sangat rapat dengan Saerah?) Dengarnya, sewaktu majlis diadakan, Siti ada terlibat dengan satu majlis yang tidak dapat dielakkan. Yelah, dah nama pun penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu jadual Siti telah pun ditetapkan dari awal. -Facebook Rozi Abdul Razak
















Siti Saerah dah kahwin

Khamis, 11 November 2010

Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu. Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.span class="fullpost">

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang. Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujar. -Kosmo