Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Elizad diburukkan oleh bekas PA-nya (10 gambar)

Khamis, 16 Februari 2017

Kononya tampil seorang saksi mendakwa bekas pembantu peribadi (PA) pelakon Siti Elizad telah memburukkannya di laman sosial Twitter.
"Cerita dia macam ni. Aku dapat cerita ni pun menerusi kawan aku yang merupakan peminat Elizad.

"Sekitar bulan Disember lepas, ada kenyataan yang dibuat oleh Elizad yang melibatkan PA di sebuah akhbar. Kata Elizad, dia mahu mencari PA yang tidak panas baran.

"Membaca kenyataan yang dibuat oleh Elizad, si bekas PA ni pun mengamuklah. Habis terkeluar luahan hati kat laman Twitter. Ha, yang aku bagi ni screenshot amukan bekas PA Elizad.

"Kalau baca kau sendiri pun tak percaya. Aku terkejut sampai sekarang. Aku malas nak ulas panjang, kau boleh baca sendiri," kata Mr. Qalif kepada AstroGempak.

2 tahun tiada zuriat, Siti Elizad dikecam?

Rabu, 8 Februari 2017

Siti Elizad meluahkan rasa terkilan apabila dituduh sengaja menghalang dirinya sendiri untuk hamil walaupun selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Malah Elizad seakan-akan hilang sabar apabila sesetengah pihak termasuk netizen memberikan komen negatif termasuk membabitkan keluarga dan suaminya, Shamsul Baharin.

"Bagi yang pandai-pandai cakap saya tak nak anak, mereka tahu atau tidak apa yang berlaku?

"Orang tuduh saya tahan rezeki. No! Saya tak tahan rezeki dan memang tengah mencuba, tapi perlukah semua hal dalam kain nak cerita kepada orang?

"Semua wanita pasti nak anak, tapi kalau belum ada rezeki nak buat bagaimana?

"Saya tak suka orang bercakap pasal suami. Mereka kata macam-macam kononnya dia 'tak pandailah'... melampau!

"Jangan suka bercakap mengenai hal orang kerana satu hari nanti pasti akan terkena pada diri sendiri, keluarga atau orang sekeliling anda," luah Elizad kepada mStar Online.

Sekitar majlis resepsi Siti Elizad (19 gambar)

Isnin, 13 April 2015

Walaupun sudah bergelar suami isteri yang sah pada 11 Januari lalu, Siti Elizad dan suaminya Shamsul Baharin tetap meneruskan majlis resepsi mereka yang berlangsung hujung minggu lalu  di The Sacred Garden Kuala Lumpur. -gambar Bharian

Soal sudah bernikah, Siti Elizad menipu?

Selasa, 7 April 2015

Memetik portal Hmetro semalam, Siti Elizad mengakui dirinya sudah bernikah secara senyap-senyap dengan Shamsul Baharin pada tarikh 11 Januari lalu di Majid Wilayah Persekutuan. Ini ditegaskan lagi oleh Elizad dimana akur dengan permintaan ayahnya yang ketika itu kurang sihat.

Sebelum ini media diberitahu yang mereka akan berkahwin pada 11 April ini dan hari yang sama majlis resepsi diadakan, namun ianya kemungkinan hanyalah majlis bersanding sahaja.
“Saya minta maaf terpaksa merahsiakan pernikahan itu demi memenuhi permintaan keluarga,”

“Saya mengaku memang sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja.

“Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara yang wajib saja,”

“Kalau diikutkan saya rancang untuk buka cerita sebenar pada 11 April nanti. Tapi tak sangka pula perkara ini sudah terbocor.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” -Siti Elizad

Siti Elizad akhirnya bakal berkahwin pada...

Jumaat, 3 April 2015

Dua kali pernikahan ditunda, memetik portal Bharian, Siti Elizad akhirnya akan memutuskan bakal bergelar isteri kepada Shamsul Baharin (duda anak 2) pada 11 April ini.

Majlis berkenaan katanya akan diadakan secara sederhana dan berlangsung di Masjid Wilayah.
"Sebab asyik tertunda, saya sendiri tak berani nak bagi tarikh tepat majlis nikah. Tapi Alhamdulillah kami sepakat memilih 11 April ini. Harap dipermudahkan apa yang dirancang. Insya-Allah.

"Cuma seperti saya katakan sebelum ini atas permintaan keluarga terutama bapa yang mahu acara nikah hanya untuk keluarga dan saudara mara sahaja. Untuk resepsi pastinya teman media akan diundang meraikan perkahwinan kami,"

"Saya tak rasa perkahwinan ini membebankan. Kahwin itu jatuh hukum wajib kepada sesiapa yang mampu. Rezeki Allah itu luas dan saya tak perlu takut serta percaya dengan janji-Nya. Lagipun ramai saja artis yang ada nama dan sudah pun berkahwin .

"Siapa tahu selepas kahwin nanti, Tuhan akan beri lebih daripada apa yang tidak terjangka. Saya rasa dirahmati... bersyukur. Saya impikan perkahwinan ini nanti akan sampai ke jannah. Doakan kami ya!," katanya.

Siti Elizad bakal berkahwin dengan duda anak....

Rabu, 25 Februari 2015

Siti Elizad mengakui yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya yang juga berstatus duda dua anak. Lelaki berkenaan bekerja di sebuah syarikat automotif permotoran berkuasa tinggi, Harley Davidson.

Nama lelaki berkenaan adalah Shamsul Baharin Rahman, yang berusia 43 tahun.

Menurut Elizad dia mengenali lelaki berkenaan sudah lama dan mahu mengakhiri perkenalan itu dengan sebuah ikatan yang sah.