Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

13 Gambar Siti Nurhaliza Membantu Mangsa Banjir

Selasa, 10 Disember 2013

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid juga turun padang bersama-sama memberikan bantuan dan keperluan asas lain kepada mangsa banjir di Kuantan Pahang, negeri tempat kelahiran Siti sendiri.

Diatas kerjasama Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, maka sumbangan dalam bentuk 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu telah diberikan kepada mangsa di bencana alam berkenaan. -mStar

Gambar Dato Siti Nurhaliza di Pelancaran Website

Selasa, 21 Mei 2013

SITI NURHALIZA
Gambar dibawah adalah gambar Dato Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid untuk bersama-sama meraihkan Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza di Sakura Kristal, Taman Melawati

Majlis juga turut dihadiri oleh Zain Saidin dan Awi Rafael. Maklumat lanjut layari.. http://www.simplysiti.com.my | Gambar Budiey

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA


Gambar Siti Nurhaliza di LegoLand

Khamis, 4 April 2013

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada membuat lawatan bersama peminat produk barangan kosmetik SimplySiti ke Legoland Malaysia. Ini bersempena mereka yang bertuah kepada pengguna yang membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma.

Dan lebih 100 pemenang ini dibawa ke Legoland dekat Johor itu bermula jam 6 pagi dari Kuala Lumpur. Selain itu juga Datuk Siti Nurhaliza memberikan cek bernilai RM57,000 kepada Yayasan IJN hasil kutipan menerusi kempen SimplySiti di Hati 2012. -gambar Budiey.com










Gambar Siti Nurhaliza di Grand Finale SimplySiti Star Search

Rabu, 24 Oktober 2012

Baru-baru ini berlangsungnya acara pertandingan akhir untuk produk kecantikan keluaran Dato' Siti Nurhaliza iaitu Simply Siti dalam bersempena 'Grand Finale SimplySiti Star Search' yang berlangsung di The Strand, Kota Damansara.

Turut hadir Dato' Siti Nurhaliza bagi penyampaian hadiah dan juga persembahan beberapa buah lagu. -gambar metrowealthpictures.net | facebook.com/ryaniezmoments

Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sydney Australia

Rabu, 5 September 2012

Lama sudah kita dapat melihat kelibat Dato' Siti Nurhaliza, biasalah selebriti yang sibuk dengan urusan business sana sini. Dan yang terbaru mengenai Dato Siti adalah bersempena dengan percutian 5 hari bersama Dato Siti ke Sydney Australia. Mereka yang terpilih adalah 10 orang yang rata-rata dari pelbagai negeri di Semenanjung.

Mereka terpilih sebab mereka memenangi pertandingan yang di tawarkan oleh syarikat produk kecantikan Dato Siti sendiri, SimplySiti. Dibawah ada beberapa keping gambar Dato Siti ketika percutian berkenaan.









-gambar Ehsan Budiey.com

Siti Nurhaliza di KB Mall

Selasa, 8 Mei 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil ketika Siti Nurhaliza, David Teo, Khairul Fahmi dan Leuniey yang turun untuk uji bakat SimplySiti Star Search di KB Mall, Kelantan. Memang tak perlu dinafikan, Siti Nurhaliza bertudung litup ketika dan berada di negeri Kelantan ni. Ramai mek klate juga yang mengambil kesempatan untuk melihat kelibat Dato' Siti ketika itu. Enjoyed it..

Apek jadi duta produk SimplySiti

Rabu, 28 Mac 2012

Gol Keeper Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat@Apek rupanya telah menjalinkan rakan niaga dengan Dato' Siti Nurhaliza baru-baru ini. Pertemuan mereka yang lalu adalah untuk membincangkan kerjaya sampingan untuk Apek sebagai duta baru produk keluaran SimplySiti, kemungkinan besar, kemajuan SimplySiti untuk mengeluarkan produk untuk lelaki. Produk itu adalah Eau de Parfum Simplysiti (Pure, Memoir dan Precious) dengan harga RM69.90 untuk 50ml. Mak ai, berbaloi ke? lepas ni korang test dan rasailah ye.. :) -Via

Kad Hari Raya edisi Dato' Siti Nurhaliza

Isnin, 22 Ogos 2011

Orang kata kad raya ni dah tak lagi mendapat sambutan memandangkan kini sudah canggih dengan aplikasi online, sms mahupun juga Facebook sebagai tempat melepaskan ucapan Raya. Tapi bagi sesetengah pihak, kad raya adalah sesuatu yang releven untuk digunakan, memandangkan dalam kad raya ada terselit makna yang tersendiri, dan boleh dibuat kenang-kenangan sampai bila-bila. Sebut soal kad raya, SimplySiti juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan kad raya edisi khas, wajah pengasasnya dalam kad raya keluaran mereka.

Namun untuk memiliki edisi khas ini, anda kenalah pergi membeli produk SimplySiti dan baru boleh mendapatkannya, selagi stock masih ada. Hehe.

Dato' Siti Nurhaliza bertudung, Kerjakan Umrah Seminggu

Khamis, 18 Ogos 2011

SimplySiti yang sebelum ini menjadi kontroversi, kini semakin diberikan nafas segar dan tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa, malahan di bulan Suci ini, SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, penaungnya sendiri, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, yang berpakaian serba hitam dan bertudung bagi Dato' Siti.

Tetamu istimewa yang turut diundang adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak dan komposer Yassin, kumpulan nasyid Now See Heart serta Imam Muda pertama, Asyraf. Selain daripada itu, Dato' Siti mengumumkan yang dia dan suaminy akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

[via 1] [via 2]

updates: Produk SimplySiti tidak Halal?

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kecoh dan bakal kepoh apabila produk kecantikan kosmetik kebangaan Dato' Siti Nurhaliza, SimplySiti dikatakan tidak halal. Tidak tahu dari mana asal 'list' ujian dibawah ini yang menunjukkan SimplySiti mengandungi bulu ba** oleh Jabatan Kimia Malaysia. Sebagai pengguna SimplySiti, anda digesa tidak terburu membuat sebarang andaian dan sebarang keraguaan. Sebab ini bukanlah 'list' rasmi dan terdapat seidikit keraguan memandangkan sumbernya yang kurang dikenalpasti.

klik untuk besarkan..

Kita harap Dato' Siti atau pengurusan berkenaan segera berikan penjelasan terhadap isu yang melanda ini. Agar penggunanya tidak berasa sebarang kebingungan di lain hari atau ketika menggunakkannya ketika solat terawih. huhu.

link asal [link] nampaknya sudah taknampak lagi.. Zzz. Mungkin sudah dihapuskan..

updates 6 Ogos 10 PM.. reaksi Dato' Siti Nurhaliza mengenai isu halal berkenaan di Twitter..



kenyataan melalui media..

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut.

Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.

Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up dan kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden

SimplySiti Sdn Bhd

6 Ogos 2011 [via]

gambar Malam Gala SimplySiti di UiTM

Isnin, 11 Julai 2011

Malam Gala SimplySiti 2011 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Cancelor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam baru-baru ini berlangsung dalam suasana penuh warna-warni. Selain menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, persembahan sempena ulangtahun pertama SimplySiti ini turut menampilkan tiga penyanyi popular lain iaitu Amy Search, Aizat dan Ana Raffali. Tidak ketinggalan, bakat-bakat muda dari Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik, Fakulti Muzik dan Fakulti Seni Persembahan, UiTM Shah Alam sendiri. -Gua

Artikel diatas dipetik daripada Gua nak baca lanjut klik jerk link diatas, tapi gambar kat sana sikit jerk. Jadi ada member dari Facebook yang juga student UiTM sempat mengambil gambar suasana di sana kat bawah ni. Jom kita tengok.