Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak ke-3 Ajak Shiro yang comel terkini (6 gambar)

Isnin, 7 Disember 2015

Comelkan anak ke-3 Ajak Shiro ni, Nada Soffea yang lahir pada 25 Mac lalu. Jom layan gambar terbaru dia.

Ajak Shiro romantik juga orangnya.. cuba lihat.. (6 gambar)

Jumaat, 3 April 2015


Ingatkan pelawak ni tak romantik, tapi mereka jugalah orang-orang yang sering berkarya untuk jadi orang yang disayangi. Ajak Shiro telah meluahkan kata-kata manis kepada isterinya baru-baru ini bersempena hari jadi isterinya itu.

Shahrol Shiro, Jep Sepahtu Bergaduh?

Sabtu, 15 Februari 2014


Aiseh tak sudah-sudah salah faham yang berlaku di kalangan selebriti tempatan ni. Terbaru melibatkan Shahrol Shiro dengan Jep Sepahtu yang dikatakan dingin.

Tidak dipastikan apa penyebab utama, ada sumber mengatakan yang Shahrol ni mulut leser dan ada juga yang mengatakan Jepp ni ego dia tinggi.

Korang baca lah ni artikel, klik untuk zoom kan.

Tahniah kepada Sepahtu, Shiro dan Bocey

Sabtu, 8 Februari 2014

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu kerana berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) semalam yang berlangsungd di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sepahtu mendapat RM500,000 berserta tropi. Mereka mengalahkan 4 pelawak lain yang hebat-hebat belaka.

2. Shiro - RM250,000 & trofi
3. Bocey - RM150,000 & trofi
4. Jambu - RM50,000 & trofi
5. Nabil - RM15,000 & trofi

Secara pribadi, persembahan Sepahtu taklah selawak mana juga, mungkin faktor undian luar yang menyebabkan mereka menang. Bagi admin lawak Shiro dengan Bocey memang lagi best. Tapi itulah nasib mereka mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Namun cukup membanggakan pelawak baru boleh mengatasi kehebatan otai lama. :) -gambar mStar

Politik Dalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Terjawab

Khamis, 5 Disember 2013

Filem pertama lakonan gandingan pelawak Shiro dengan Ustaz Azhar Idrus menerusi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Admin ada pergi menonton filem ni Jumaat lalu, kat dalam panggung tu tak sampai 20 orang yang tengok.

Tapi sebab nak lihat penampilan Shiro ni, jadi admin pergi lah menonton. Lihat punya lihat, memang lawak juga, tapi babak terakhir sepertinya ada sedikit unsur2 politik.

Bab2 politik ni, admin tak nak campur, kang ramai yang hantam admin pula kan. Memang banyak persoalan filem yang mengaut untung RM1.4 juta (4 hari), antara persoalan2 yang dijawab oleh laman rasmi Metro Wealth Picture adalah:
1. Bayaran Ustaz Azhar Idrus Bayaran yang diberi berpatutan mengikut nama Ustaz Azhar Idrus itu sendiri. Kami ingin memasukkan seberapa tinggi nilai komersial yang boleh di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan bukan kesalahan Ustaz Azhar Idrus untuk menerima bayaran tersebut kerana ianya adalah setimpal dengan imej Ustaz Azhar Idrus yg mampu memberi aura kepada filem tersebut dan ternyata aura tersebut ada dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Sebagai bukti 4 hari filem Ustaz Mu Tunggu aku Datang ditayangkan, ianya telah berjaya mengutip RM1.4 juta.

2. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menjadi bahan politik. Isu ini adalah sensitif jika dibincangkan. Namun sewaktu menjalankan pengambaran, tak terlintas oleh kami bahawa filem ini dibuat untuk mana-mana pihak. Ia hanya dakwah untuk semua.

3. Komedi di dalam Dakwah. Komedi adalah satu elemen yg boleh menarik mnat semua orang. Semua suka komedi dan ketawa. Kami yakin Ustaz Azhar Idrus adalah calon yang sesuai berdasarkan imej beliau yang berdakwah secara santai. Bayangkan jika filem dakwah ini disampaikan secara seram/aksi, bukan mudah untuk para penonton menerima dakwah & mesej yang ingin disampaikan. Komedi juga subjektif bagi setiap individu. Ada yang komedi ringan pun dah gelak macam bumbung nak jatuh tapi ada pula yang buat lawak sampai bumbung jatuhpun takkan gelak. Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan dapat diterima oleh para penonton.

4. Serangan peribadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Tindakan yang tak wajar diluahkan di media sosial. Ustaz Azhar Idrus adalah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama. Sekiranya kita tak suka pada peribadi & perwatakan ustaz pun, tak sepatutnya kita cakap camtu. Kami anggap nie satu serangan peribadi kepada ustaz. Namun satu keperibadian yang tinggi pada Ustaz Azhar Idrus yang patut dipuji apabila tidak membalas balik apa yang dikatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Motorsikal Ajak Shiro

Sabtu, 7 September 2013


Kalau nak dilihatkan populariti kumpulan pelawak yang baru Shiro kini semakin dikenali. Bahkan banyak tawaran dan juga lakonan yang mereka terlibat.

Ajak adalah orang yang selalu muncul di kaca tv. paling terbaru adalah SuperSpontan 2013 di Astro. Kawan dia seorang lagi tu, Shahrol pula mungkin jarang ada di dalam kaca tv, sibuk buat filem kot.

Jadi rezeki mereka juga melimpah ruah lah kiranya kan. Ni dia motor terbaru Ajak, power tak. Hehe

Video Tanya Spender oleh Sharifah Sakinah

Rabu, 21 Ogos 2013

Ada lagi video yang ntah apa-apa ntah dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di dalam laman sosial Keek. kali ini melibatkan pelawak Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.

Video bukan alang-alang, bercakap pasal seluar dalam atau spender yang mereka pakaikan. Giler siot punya soalan, korang nak jawab dengan jujur atau tidak? atau enggan menjawabnya lagi bagus.

Gambar Anak Ajak Shiro

Ahad, 16 Jun 2013


Dalam tak disangka ahli kumpulan Shiro Raja Lawak dan finalis Maharaja Lawak Mega, Shiro sudah mempunyai seorang anak. Melihat daripada gambar yang dimuatnaik di Instagramnya kelihatan anak itu baru dilahirkan, maksud admin baru beberapa bulan. Mungkin anak sulung kot. Kalau betul tahniah lah.

Azhar Idrus Berlakon Dalam Filem P. Andre

Jumaat, 26 April 2013

Dulu ada sebuah ceramah perdana dimana telah dijemput penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UIA). Dan hostnya adalah Pierre Andre. Dari situ Pierre ada membuat satu tawaran untuk UAI untuk berlakon dalam filem/drama arahannya.

Akhirnya, UAI setuju untuk berlakon dalam file Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bergandingan dengan kumpulan MaharajaLawak, Shiro. Dan ini bukti UAI di dalam set lakonan berkenaan, yang dikhabarkan dibuat di sekitar Kuala Terengganu. -Sumber MiG




Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Jumaat, 8 Mac 2013

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Sabtu, 19 Januari 2013

Tahniah kepada kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Zizan Razak dan Johan yang telah memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung semalam di di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) (Astro Warna).

 Jozan telah mengondol trofi dan wang tunai sebanyak RM500,000 dengan mengalahkan kumpulan Jambu (Yus dan Tauke) di tempat ke-2. Jambu membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM250,000.

Manakala kumpulan Shiro yang masih mentah dalam dunia lawak telah berjaya mendapat tempat ketiga (trofi dan wang tunai RM150,000) dengan mengalahkan kumpulan Boboi (trofi dan wang tunai RM50,000) di tempat ke-4 dan Saywho kumpulan sulung dari negara Indonesia di tempat ke-4 (trofi dan wang tunai RM15,000). -gambar mStar | Murai