Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Bersama, Shila Bertudung Dengan Sharnaaz

Ahad, 12 Ogos 2012

Setelah beberapa hari memakai tudung atau berhijab, Shila Amzah pastinya individu yang amat berbahagia ketika ini diatas tindakannya. Segala pihak termasuk keluarga, peminat-peminat dan orang tersayang atau kekasihnya juga berasa amat gembira sekali. Sharnaaz Ahmad adalah orang yang cukup berbangga mendapat kekasih yang bertudung sebelum dinikahkan kelak.

Sharnaaz Ahmad yang memetik portal GUA mengatakan yang dia berharap kekasihnya, Shila tidak akan menoleh kebelakang lagi selepas ini untuk menanggalkan tudung. Dan pengharapan ini pastinya sesuatu yang menyakinkan kita semua, Sharnaaz Ahmad seorang kekasih yang baik. Isnyallah bakal suami mithali gitue~

“Apabila Shila buat keputusan untuk berhijab, sudah pasti saya menjadi orang paling gembira. Saya gembira kerana Shila melakukannya dengan kerelaan hati sendiri. Bukan kerana paksaan daripada keluarga, mahupun daripada saya. Shila buktikan dia boleh buat yang terbaik untuk dirinya. Sebagai teman lelaki, saya akan sentiasa beri sokongan kepada dia,

Saya pesan kepada Shila, kalau hendak buat apa-apa, biar buat betul-betul. Jangan buat macam budak-budak yang tidak tetap pendirian. Lagipun dia kena ingat, umur seseorang itu akan terus meningkat, jadi lebih baik fikir secara matang. Ini adalah proses untuk dia memperbaiki diri dan buktikan kepada mereka di luar sana bahawa dia boleh buat yang terbaik. Saya tahu ramai juga yang tidak yakin atau percaya dengan perubahan Shila ini. Paling penting, dia kena lakukan dengan sepenuh hati, “ ujar Sharnaaz. -sumber GUA

Shila Amzah Nekad Bertudung! Syukurlah

Selasa, 7 Ogos 2012

Sebelum ni ada admin postkan yang Shila Amzah mengenakan tudung pada dirinya di post ini. Episod itu berlaku pada awal bulan puasa Ramadan yang kita jalani saat ini. Tapi dikhabarkan yang entry itu merupakan gambar Shila hanya suka-suka pakai tudung.

Namun setelah suka-suka memakai tudung berkenaan, maka Shula nekad untuk memakai tudung Insyallah untuk jangka masa yang panjang. Gambar-gambar Shila memakai tudung banyak di muatnaik di dalam laman sosialnya.

Shila memberikan ujian pada dirinya sendiri yakni dengan membuat 15 hari ujian percubaan bertudung, namun segala ujian itu dirasakan membawa perubahan yang sungguh drastik pada dirinya. Hari bersejarah itu berlaku apabila Shila mahu keluar berbuka puasa dengan kekasihnya aka buah hati, Sharnaaz.
"Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya." -mStar

Gamabr Shila Amzah Bertudung

Isnin, 30 Julai 2012

Shila Amzah atau lebih dikenali dengan nama Shila OIAM dikatakan sudah bertudung. Gambarnya bertudung sudah pon tersebar di internet. Wallahualam samada ini perubahan yang terus atau hanya di bulan suci Ramadan sahaja. Kita harapkan ianya berterusan. Biasalah mungkin kekasihnya, Sharnaaz yang mampu membimbing Shila untuk dijadikan bakal isteri solehah, mana tahu kan. :)

gambar forum Cari Gossip

Gambar baju pengantin Shila Hamzah

Khamis, 29 Mac 2012

Wah bukan main cantik lagi gaun pengantin yang diperagakan oleh Shila Hamzah ni. Yang kita tahu dia sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Tapi soal kahwin mereka belum lagi putuskan apa-apa, yang dibawah ini gambar Shila untuk majalah jek. Bukan untuk perkahwinan mereka ek. :)

Shila, Sharnaaz akui bercinta, siap pegang tangan!

Sabtu, 11 Februari 2012

Teka-teki mengenai kisah cinta pasangan artis Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah akhirnya terjawab apabila mengumumkan status hubungan cinta mereka. Pasangan tersebut yang ditemui pada pelancaran slot terbaru TV9, 9X baru-baru ini.

Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.

"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.

"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya. -Via
-bercinta dihebahkan kepada media, cerai nanti pun macamtu juga ker, keke..

Shila Hamzah dituduh sebagai PEMBUNUH!

Jumaat, 3 Februari 2012

Berita panas yang mungkin bakal disensasikan atas sebab-sebab kelogikan dan boleh jadi kes jenayah juga. Baru-baru ini ada seorang Twitter yang mengakui dirinya sebagai @kami_anti (dalam erti kata lain anti kepada Shila Hamzah) dimana account ini menyatakan yang Shila seorang pembunuh. Eik? apa sebab ni.

Ceh cerita-cerita. Akaun ini telah dibuat pada majlis AJL 26 yang lalu, dan ini dilakukan atas usaha membela kawannya yang mana meninggal dunia akibat sebuah pergaduhan kerana Shila. Tidak dapat disahihkan kebenaran cerita ini memandangkan dahulunya akaun ini adalah bekas peminat Shila dan kini melemparkan pelbagai tuduhan yang kurang pasti asas dan motifnya untuk membenci Shila Hamzah.

Yang peliknya, akaun Twitter pula dijadikan tempat tuduh menuduh, p la balai polis buat laporan kalau itu menjadi satu berita yang benar, dan diselesaikan di mahkamah.

Shila Hamzah, Sharnaaz bercinta?

Khamis, 12 Januari 2012

Shila Amzah tidak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya sebelum ini. Kini Shila mengakui dirinya sangat selesa bersama dengan Sharnaaz Ahmad dan hubungan mereka pula kini melepasi status hanya kawan.

Pengakuan berani mati Shila yang ditemui Kosmo membuktikan memang benar ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku antara dirinya dan Sharnaaz. Malah akuinya, hubungan mereka mendapat restu ibu bapa Shila serta diketahui oleh keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang juga.


Sharnaaz adalah orang yang terlibat dalam klip video lagu Patah Seribu nyanyian Shila.

Selebriti di Istana Negara yang baru

Isnin, 12 Disember 2011

Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita.

gambar Fb Shila Hamzah

Kereta mewah ND Lala pecah, disamun!

Sabtu, 10 Disember 2011

Penyanyi dan pelakon yang juga usahawan e-dagang, ND Lala, kerugian hampir RM4,000 apabila disamun sekumpulan 15 remaja lelaki yang menaiki 10 motosikal di stesen minyak Petronas di Jalan Genting Klang, berhampiran Danau Kota, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 3.30 pagi itu, ND Lala dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di Danau Kota ke Cheras dan berhenti di stesen minyak untuk ke tandas.

“Apabila kembali ke kereta dan sedang membaca khidmat pesanan ringkas (SMS), saya lihat sekumpulan lelaki menaiki sedang berkumpul di jalan besar sebelum mereka tiba-tiba membuat pusingan U dan menuju ke arah kereta saya.

“Mereka menggunakan topi keledar mengetuk cermin sisi penumpang sebelah pemandu hingga retak dan meminta saya menyerahkan wang, telefon bimbit dan beg duit serta mengugut ingin membunuh saya.

“Selepas mengambil semua barangan itu, mereka melarikan diri apabila sebuah lori yang membawa bekalan minyak masuk ke dalam stesen petrol berkenaan,”
ND Lala yang bersyukur kerana tidak dicederakan oleh kumpulan remaja bermotosikal itu, kemudiana membuat laporan polis di Balai Polis Setapak. -Via

Noh, Shila, Lah - Kami Anak Malaysia

Isnin, 29 Ogos 2011

Video 'Kami Anak Malaysia' dibawah ini adalah hasil kiriman seorang yang mahu dikenali sebagai 'alalif' dan juga ber-channel di Youtube alaliftarmidzi. Pemuda ni merupakan salah seorang produser/editor kepada video yang dikirimkan kepada izyan.com. Memang tidak dinafikan, video amatuer ini sememangnya memberikan mesej yang pelbagai. Sebagai seorang perantauan, mereka menyedari semangat kemerdekaan dan 1Malaysia itu masih lagi menebal dihati mereka. Semangat ini lah yang jarang kita lihat, apatah lagi mereka tidak berpijak dibumi kelahiran sendiri.

Melihat daripada video nyanyian gandingan Noh Hujan, Shila Hamzah dan juga Lah, mungkin anda menyangka ianya seperti biasa-biasa, tapi video ini mungkin mempunyai satu fahaman yang sungguh besar memandangkan lokasi pengambaraannya yang cukup internationale. Cukup kreatif sungguh. Terima kasih kepada 'alalif' dan juga krew-krewnya. Kami bangga masih memiliki muda-mudi seperti kamu. :)

ND Lala pergi umrah, Shila hantar ke airport

Selasa, 15 Mac 2011

Khabar berita baik ini disampaikan sendiri oleh Shila OIAM menerusi laman Facebook miliknya. Shila dan juga adik beradiknya telah menghantar ayahanda tercinta yang juga seorang penyanyi, ND Lala ke KLIA untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan umrah beberapa hari yang lalu. Shila pun kelihatan bertudung ke KLIA, tudung seperti tudung yang dipakai Yuna pula. Dengar-dengar Shila ni diantara remaja yang berjaya dalam kerjayanya di Malaysia, betul ke?

Shila OIAM, Haziq Zikri suam-suam cinta

Sabtu, 16 Oktober 2010

Penyanyi Shila OIAM mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama. Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat. Sebelum ini, Shila dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.

"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya. Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini,"
"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk. Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya. -mStar

Kekasih Shila, Hanafi atau Hafiz?

Ahad, 29 November 2009

Anak dara kepada penyanyi, ND Lala, Shila yang berusia 19 tahun kini makin mula matang mecari teman hidup. Di antara yang dikatakan berminat, Hanafi, gitaris utama Estranged dan Hafiz, perantara riang 'School Attack'. Bila ditanya tentang kesahihan cerita yang diterima, Shila hanya tergelak besar.

"Ayat kelakar lah. Shila berkawan dengan ramai orang dan antaranya, Hanafi dan Hafiz. Mereka berdua kawan baik Shila. Hanafi selalu bagi Shila 'tips' bermain gitar. Kita berkongsi minat yang sama dalam muzik, contohnya, kami berdua peminat besar Paramore. Kita selalu bercakap pasal muzik, tak timbul langsung cerita 'I like you'. Kami pun tak pernah keluar sama. Sebenarnya, Shila rapat dengan semua ahli Estranged."
Dan Hafiz, yang dilihat GUA ada menghadiri pelancaran album sulung Shila beberapa bulan lepas?

"Hafiz seorang teman baik. Shila kenal dia bila adik Shila sertai 'Idola Kecil'. Tapi dia lebih rapat dengan adik Shila dari Shila. Bila dia dan adik keluar, Shila dan mama pun ikut sama. Mungkin sebab itu orang kaitkan dia dengan Shila. Takkan nak gosipkan dia dengan adik Shila. Pernah sebelum ini ada yang bertanya jika dia berminat pada Shila tapi dengan memek mukanya, dia kata tak berminat," ujar Shila tersenyum.

Shila Nafi Ada Skandal Dengan VIP

Selasa, 17 November 2009

Naib juara kepada musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million (OIAM), Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 19, sanggup mengetepikan soal cinta demi kerjaya nyanyiannya. Shila sedar belum sampai masanya dia bercinta lebih-lebih lagi kerjaya dunia hiburannya sedang mula berkembang.

"Biarlah saya fokus kepada kerjaya saya dulu. Memang ada di kalangan artis dan orang biasa yang ingin memikat saya. Tetapi saya lebih mengutamakan kedua-dua ibu bapa dan kerjaya saya," kata Shila yang enggan menamakan lelaki-lelaki tersebut.
Ditanya sama ada Datuk atau Tan Sri merupakan antara yang cuba menawan hatinya, Shila menafikannya sambil tersenyum. Tidak menghairankan jika ramai lelaki cuba memikat Shila yang jelita ini. Selain bersuara lunak, anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala ini bernilai komersial.

Hadiah HariJadi Shila OIAM

Sabtu, 15 Ogos 2009

OIAM musim ke-2 sudah berlalu. Naib juara OIAM musim ke-2, Shila baru sahaja menyambut harijadinya ke-19 pada 13 Ogos lalu. Dan ini adalah suatu yang amat mengembirakan dalam hidupnya apatah lagi mendapat tahu bahawa pelancaran album sulung yang berjudul 'Bebaskan' terkena pada hari lahirnya disamping hadiah daripada ayahnya tersayang berupa camera digital G10 Canon Semi SLR. Lepas ni bolehlah Shila amik gambar2 dan tayangkan di blog ini. hikhik.