Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sherry Ibrahim bergambar dengan ex, Ashraf Muslim

Isnin, 27 Februari 2017

Ada sekeping gambar yang dimuatnaik diantara pelakon Ashraf Muslim dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Sherry Ibrahim di satu majlis Malam Gala FIlem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, telah menjadi perhatian pemerhati media sosial.

Ramai yang tidak menyangka mereka berjumpa dan bergambar bersama, memandangkan isu mereka bergaduh dahulu seperti tiada kesudahan. Dan kini Sherry memberitahu yang mereka sudah berkawan baik dan saling bermaafan.

Ashraf Muslim hubungi bekas kekasih putus cinta?

Khamis, 25 Ogos 2016

Ashraf Muslim menafikan dakwaan dia kembali menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,"

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Sebab popular ke Fattah, Sherry berpisah?

Jumaat, 19 Ogos 2016

Dengar khabar punca perpisahan diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim adalah disebabkan nama Fattah kini semakin popular dan dia memutuskan hubungan cinta mereka disebabkan hal itu.

Ini komen Fattah terhadap dakwaan itu..

Mira Filzah punca Fattah Amin, Sherry Ibrahim putus cinta?

Selasa, 16 Ogos 2016

Kisah percintaan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak kesampaian nampaknya masih lagi menjadi topik hangat.

Sebelum ini ada timbul spekulasi Fattah meninggalkan Sherry kerana mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usaha pengusaha tudung, terbaru ada yang mendakwa pelakon Mira Filzah adalah punca Fattah dan Sherry berpisah.

Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sengaja mencari alasan dengan mengatakan sikap Sherry yang terlalu kuat cemburu dan mengongkong adalah sebab utama beliau ingin berpisah.

Namun, sebenarnya ia hanyalah “sandiwara” Fattah untuk bersama Mira.

Katanya hubungan Fattah dan Mira mula akrab sejak beberapa bulan lepas dan mungkin mereka mempunyai hubungan istimewa, lebih-lebih lag i Fattah yang kini mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebgai Myfastyle telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.

Fattah Amin, Sherry Ibrahim sah putus cinta..

Rabu, 10 Ogos 2016

Memetik portal Bharian, Fattah Amin dan Sherry Ibrahim difahamkan sudah putus cinta setelah 2 tahun bercinta.

Namun punca dan sebab kenapa mereka berpisah secara baik itu tidak dihebahkan kerana ianya bersifat terlalu pribadi.
"Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama.

"Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini.

"Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi," kata Fattah

Sherry Ibrahim terkini, lebih cantik (7 gambar)

Ahad, 5 Jun 2016

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...

Rabu, 23 Disember 2015


Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalanganIzreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Sabtu, 25 April 2015

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari

Fathia, Fattah berpelukan erat (10 gambar)

Khamis, 27 November 2014

Adegan peluk dan romantik ini yang dilakukan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin (pelakon Sngapura) sebenarnya bukanlah betul-betul mereka bercinta, cuma untuk sebuah babak di dalam filem/drama Bercinta.

sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah ini dilakukan di negara teluk iaitu di Kuwait.

Kekasih masing-masing Fathia (Aiman Hakim Ridza) dan Fattah (Sherry Ibrahim) diberitahu tidak cemburu dengan adegan yang dilakukan oleh mereka lakukan kerana ianya adalah kerjaya profesional. -Gambar mStar

Inilah dia kekasih Sherry Ibrahim, masih muda lagi (2 gambar)

Isnin, 6 Oktober 2014

Inilah dia kekasih pelakon Sherry Ibrahim yang juga pelakon, Abdul Fattah Amin. Beza umur mereka agak ketara, iaitu 7 tahun dimana, Sherry berusia 31 manakala Fattah 24 tahun.

Sudah menjadi trend kot pasangang aka kekasih lelaki lebih muda zaman ni. Hehe. Namun memetik portal mStar, kematangan Fattah telah memikat hati Sherry walaupun dia masih muda.

Mereka mula bercinta sekitar bulan Jun yang lalu, namun sebelum itu mereka dipertemukan di satu drama Cinta Ibadah.

Calon isteri ke-2 Ashraf Adalah S....

Khamis, 9 Mei 2013

Semalam memetik portal Murai telah menyebutkan kisah mengenai siapakah calon isteri ke-2 Ashraf Muslim. Dan dengar khabar sebelum itu calon yang diperkatakan adalah bekas kekesihnya sendiri sebelum dia kahwin, namun sepertinya ianya hanya gosip liar yang terkena tempias itu adalah bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim.

Sherry memberitahu yang dia tiada kaitan dan tidak tahu menahu soal poligami oleh Ashraf, dan kemungkinan tidak akan berlaku pada dirinya. Dan akhirnya portal Murai itu memberitahu yang bakal calon isteri Ashraf adalah Sakinah seorang pekerja syarikat penyiaran terkemuka di negara ini.