Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zahiril, Shera Aiyob tunai umrah (7 gambar)

Rabu, 25 Februari 2015


Baru-baru ini pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob telah mengerjakan ibadah Umrah selama 12 hari. Namun kepermegian mereka tidak diikuti bersama anak sulun mereka Nadi Anaqi, dan kemungkinan dijaga oleh nenek dan atuknya.

Shera Aiyob bertudung/berhijab (6 gambar)

Isnin, 8 Disember 2014

Shera Aiyob dikatakan kini sudah berhijab aka bertudung. Ini dibuat oleh Shera untuk sebuah drama bersiri Dalam IradatMu di TV AlHijrah. Tidak dipastikan ianya kekal atau sementara.

Isteri kepada Zahiril ini telah membuat satu tindakan tepat dimana foto-foto lamanya yang tidak menutupi aurat kini telah dibuang di dalam laman sosial miliknya.

Semoga kita doakan yang ianya menjadi satu kekal buat diri Shera.

Gambar Terkini Anak Shera, Zahiril

Selasa, 27 Ogos 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada pasangan selebriti, Shera Aiyob dan juga suaminya, Zahiril Adzrin yang kini berusia 2 bulan lebih.

Nadi Anaqi kini memiliki rambut yang tebal dan mata yang bulat. Comel memang comel sebab seperti biasa lumrah keadaan bayi yang kecil. :)

Nama Anak Zahiril, Shera

Jumaat, 28 Jun 2013

Berita kelahiran cahaya mata sulung selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob pada 19 Jun 2013 lalu kini dikhabarkan sudah ada nama pada anak sulung berkenaan.

Menurut portal MediaHiburan semalam, mereka sepakat meletakkan nama Nadi Anaqi pada anak mereka itu.
"Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut," -Shera.

Tahniah! Shera Aiyob Selamat Melahirkan Anak

Khamis, 20 Jun 2013

Tahniah kepada pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan juga isterinya, Shera Aiyob diatas perkhabaran yang Shera kini selamat melahirkan anak sulung berjantina lelaki.

Berita gembira ini dikongsikan bersama oleh Zahiril melalui laman sosial Twitter miliknya, @ZahirilAdzim pada tarikh 19 Jun 2013 bersamaan hari Rabu.

Zahiril Adzrin, Shera Aiyob ke Istanbul

Isnin, 7 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar trip percutian ke Istanbul oleh Zahiril Adzrin dan juga isterinya, Shera Aiyob.

Melihat daripada gambar ini, mungkin bukan sekadar bercuti sahaja kot malahan terdapat juga kelibat pengarah, Erma Fatima yang memungkinkan mereka di sana untuk berlakon.

Shera juga dikhabarkan kini sudah hamil berusia 2 bulan.

Shera Aiyob Disahkan Hamil

Isnin, 12 November 2012

Ini adalah khabar berita baik daripada pelakon, Shera Aiyob apabila dikhabarkan sudah hamil dan berita ini disampaikan sendiri isteri kepada pelakon, Zahiril Adzim di laman sosial Twitter miliknya.

Kehamilan Shera masih lagi di peringkat awal lagi. Shera dan Zahiril berkahwin pada bulan November 2011 yang lalu. tahniah diucapkan atas perkhabaran baik punyer~




Gambar Perkahwinan Zahiril dan Shera

Ahad, 20 November 2011

Tahniah kepada pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang dikhabarkan berkahwin baru-baru ini. Mereka bertunang pada 1 Mei yang lalu. Majlis akad nikah yang penuh bermakna itu diadakan di kediaman Shera Aiyob di Taman Tasik Indra, Ipoh, Perak pada jam 9.30 pagi dengan tema perkahwinan dalam taman. Mengenai hantaran pula, Zahiril akan menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1, 001 manakala Shera akan membalas dengan 13 dulang hantaran. Gambar belum ada, tapi kad perkahwinan dorang ada. updates: 20112011

-gambar Via | Via