Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kesudahan pergolakkan rumahtangga Sharifah Shahora, Mukhriz...

Khamis, 6 Ogos 2015

Beberapa minggu yang lalu rumahtangga Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz bergolak apabila muncul orang ke-3 yag menjadi punca kepada pergolakkan itu. Namun kini, masalah itu sudah selesai dengan pengakuan sendiri Raja Mukhriz yang tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan memetik .

Sweet cara pujuk (berbaik) suami Sharifah Shahora..

Rabu, 24 Jun 2015

Memetik laporan mStar semalam, pasangan suami isteri Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz kini sudah berbaik dalam isu sebelum ini dimana suaminya itu dituduh curang.

Namun agak 'sweet' apabila cara suaminya memujuk semula Sharifah ini. Kita harapkan mereka istiqamah dalam memperbaiki tiang-tiang rumahtangga mereka atas berkat bulan Ramadhan ini.
"Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini.

"Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami.

"Mungkin bagi orang luar, mereka nampak keburukan apabila saya dedahkan sikap buruk suami. Tetapi ia berhasil bagi saya. Jika tidak, masalah ini mungkin berlarutan tanpa kesudahan. Saya harapkan bersempena dengan berkat bulan Ramadan ini rumah tangga kami dapat kembali normal,"

"Mungkin kami dah tua membuatkan fikiran kami lebih matang. Rasanya jika saya muda, jalan penyelesaian saya adalah berpisah.

"Atau mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Seperti yang kita lihat sekarang ini ramai pasangan suami isteri yang bertindak melulu sehingga membunuh kerana masalah yang timbul dalam rumah tangga," -Sharifah
Pada 2 Jun lalu, Shahora mendedahkan di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya mengenai kecurangan suami, jurukamera bebas yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Yanie.

Saya sudah hilang sabar! -Sharifah Shahora dedah identiti wanita penganggu

Isnin, 8 Jun 2015


identiti wanita ganggu rumah tangga Sharifah Shahora
Sharifah Shahora menjelaskan yang dia ada sebab tersendiri untuk memuat naik bukti kecurangan suaminya, pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin di laman sosial.

Rumahtangga Sharifah Shahora, suami goyang? (PANAS)

Rabu, 3 Jun 2015

Mengejutkan apabila rumah tangga Sharifah Shahora dengan pengarah sinematografi dan jurukamera berpengalaman, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang dibina sejak 2008 mulai berantakan tahun ini.

Siapa sangka kebahagiaan itu kini hampir diragut oleh orang ketiga yang dikenali dengan nama @madeyanie di laman sosial. Shahora, ketika dihubungi BH Online, tidak lagi mampu mengawal kesabarannya lagi kerana amaran sudah diberikan kepada wanita berkenaan.

Hakikatnya, dia sudah 'meletop'. Akui Shahora, semakin dia berlembut, semakin kencang pula tindakan wanita terbabit yang mahu memporak-perandakan rumah tangga dia dan suami tercinta.
"Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami.

"Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu,"
Ditanya apakah keberanian dia membongkar cerita ini seolah-olah memperlihatkan rumah tangga yang dibina seperti retak menanti belah, Shahora mempunyai pendiriannya tersendiri.
"Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak.

"Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami.

"Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah 'meletop'. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya," katanya.
Shahora dan Raja Mukhir berkahwin pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka kini membela anak angkat.

Sharifah Shahora Timang Anak ke-2 Tanpa Mengandung

Khamis, 13 September 2012

Tiada angin tiada hujan, pelakon Sharifah Shahora yang tidak dikhabarkan mengandung tiba-tiba menimang anak perempuan ke-2 baru-baru ini. Jangan buat andaian yang bukan-bukan dahulu, ini adalah bukan anak kandungnya tapi anak angkat yang diterimanya dengan suami, Raja Mukhriz.

Menurut portal Murai, nama bayi berkenaan adalah Puteri Fiezreen dan berusia 5 hari setelah diserahkan dan bayi berkenaan diberikan daripada sepasang suami isteri yang kehidupannya susah dan rela hati memberikan hak penjagaan kepada Sharifah walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain.

Anak pertama Sharifah, Puteri Fiedra yang berusia 4 tahun juga merupakan seorang anak angkat yang dibesarkan penuh kasih sayang. Sharifah dan Mukhriz mendirikan rumahtangga pada Oktober 2008.

Azwan Ali Jadi Pak Haji

Ahad, 12 Julai 2009

Lawak-lawak Azwan Ali ni, masih ada lagi company nak amik dia berlakon dalam apa-apa jenis drama/filem disebabkan penulisannya di blognya yang teruk sekali di pandangan umum. Terbaru di melakonkan watak sebagai Pak Haji dalam drama yang tidak lagi dipastikan tajuknya, namun melihat dari pandangan sekitar, sepertinya untuk program Hari Raya nanti (hu? awal benor). Azwan pun belum lagi pergi haji, jadi mampu kah dia memain peranannya dalam memakai songkok haji itu? belum lagi memainkan peranan sebenar Pak Haji, dah pegang-pegang bahu Darling (bini orang tue). Apa nak jadi dengan Azwan Ali ni, Diva No.1 dalam mimpinya.

Sharifah Shahora di WHI

Ahad, 24 Mei 2009

Kenal pelakon Sharifah Shahora? ala yang selalu ada kat TV tu, berlakon drama-drama.
Sharifah Shahora juga dulu telah mempunyai hubungan cinta selama enam tahun bersama seorang jurugambar, Raja Mukhriz. Dan pada bulan Oktober 2008 lalu, mereka selamat dihijab kabulkan. Dalam pada itu dia dijemput oleh WHI pada 22 Mei lalu dengan mengupas kisah Ungkit Mengungkit dengan dihadiri oleh Prof. Izzudin (pakar motivasi) dan juga di hostkan oleh Azizah Ariffin dan juga Ifa Raziah. Lihatlah penampilannya pada tahun 2009 ini di WHI.