Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Syarikat pengambaran milik pelakon, Ijoy memfailkan saman terhadap stesen penyiaran Al Hijrah bagi menuntut pembayaran kerja produksi, iaitu rakaman program bual bicara berjumlah lebih RM265,000, dua tahun lalu.

M A Pictures Sdn Bhd milik Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifly Azahari memfailkan saman itu melalui Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ijoy yang juga suami kepada pelakon popular Sharifah Shahirah yang bertindak sebagai plaintif menamakan Al Hijrah Media Corporation sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa M A Pictures atas permintaan defendan telah menghantar satu salinan sebut harga bertarikh 29 Oktober 2015 yang mengandungi perincian lengkap berkenaan perkhidmatan kerja-kerja produksi yang ditawarkan bagi tujuan rakaman program bual bicara 26 episod bertajuk Maqasid Syariah - PNB dengan nilai RM265,600.
Plaintif yang menerima tawaran dari pihak defendan sebagai krew produksi menjalankan tanggungjawab dengan menyiapkan kerja produksi program itu sehingga selesai termasuk menyerahkan semua rakaman itu kepada defendan.

Defendan seterusnya menyiarkan siri rakaman program tersebut di rangkaian televisyen, laman sesawang dan media miliknya dan program tersebut telah mendapat sambutan yang baik.

Selepas rakaman akhir program itu disiarkan, defendan masih tidak membayar dan gagal melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM265,600.

Sehingga tarikh pemfailan, tindakan undang-undang pihak defendan masih lagi belum menjelaskan jumlah tuntutan itu.

Berikutan itu plaintif menuntut bayaran sebanyak RM265,600 yang terhutang ganti rugi am, dan ganti rugi teladan serta kos tindakan dan faedah. -BharianOnline

Sekitar majlis akikah anak bongsu Sharifah Shahirah (75 gambar)

Isnin, 9 Januari 2017


Sabtu lalu, Sharifah Shahirah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul Adeena di rumah kelab Sunway Montana, Desa Melawati. Anak bongsunya itu dilahirkan pada November lalu. -gambar Ig ShieraIjoy

Sharifah Shahirah selamat melahirkan anak..

Ahad, 6 November 2016

Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, 42, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 2 petang Sabtu, semalam.

Suaminya, Ijoy berkata, Shiera melahirkan bayi mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di sini dan kedua-duanya sihat tanpa sebarang komplikasi.

Hasil perkahwinan bersama Ijoy, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7. -BH Online.

Sharifah Shahirah yang hamil 38 minggu, besarnya... (3 gambar & 2 video)

Jumaat, 21 Oktober 2016

Adik Sharifah Shahiran, Sharifah Sakinah hamil?

Khamis, 20 Oktober 2016

Gara-gara status yang dimuat naik kakaknya, Sharifah Shahirah, pelakon Sharifah Sakinah dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka dia hamil.

Sakinah menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram kakaknya tidak membawa sebarang maksud.

Shahrifah Shahirah hamil diusia 40 tahun.. Tahniah!

Rabu, 6 April 2016

Sharifah Shahirah yang berusia 40 tahun, kini mengesahkan beliau kini hamil dua bulan sejurus selepas pulang dari mengerjakan umrah pada hujung Februari lalu.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga baru-baru ini”

“Saya berasa seperti hamil anak sulung sebab sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Kaki Shahira patah, tapi mesti aktifkan diri sebab...

Selasa, 20 Januari 2015

Dengar khabar yang Sharifah Shahira telah menimpa musibah dimana tulang kaki kirinya patah akibat terjatuh basikal pada bulan Disember tahun lalu.

Namun buat Shahira yang memetik portal mStar semalam, dia tetap akan aktif seperti biasa untuk mempercepatkan semula proses pemulihan tulang yang patah itu.
"Sakit itu memang sakit kerana ia membataskan pergerakan saya tetapi doktor beritahu dengan pergerakan tulang tersebut akan bercantum semula secara semulajadi dan ia tidak membimbangkan.

"Saya hanya masuk hospital selama dua hari di KPJ Tawakal Kuala Lumpur sebelum menyambung semula aktiviti seni dan tugas di konti Ultra FM,"

"Saya tidak fikir ia serius biarpun sakit dan hanya berjumpa tukang urut kerana menyangka hanya terseliuh namun selepas mengetahui keadaan sebenar saya segera ke hospital," -Shahira

Sharifah Shahira kemalangan, keadaannya kini...

Jumaat, 28 November 2014

Amat malang menimpa Sharifah Shahira yang baru-baru ini dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital akibat dirinya jatuh dari basikal dan disahkan doktor yang tulang kecil di sebelah kaki kanannya retak.

Sharifah ditahan selama dua hari dan memakai kerusi roda selama 2 bulan mendatang. Menurut portal Murai, Sharifah menunggan basikal adalah untuk membeli barangan dapur rumahnya..

Azah Aziz naik Gunung Kinabalu (5 gambar)

Rabu, 9 April 2014

Beberapa hari yang lalu, selebriti terkenal era 90-an, Azah Aziz yang kini menetap di Kanada kerana berkahwin dengan Mat Salleh warga Perancis, Daud Leroy.

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 1995, Azah jarang kelihatan berada di Malaysia, mungkin kerana sudah mengikut suaminya.

Baru-baru ini, hujung bulan Mac lalu, Azah telah datang ke Malaysia selama 2 minggu, untuk memanjat gunung Kinabalu. Selain daripada itu, dia sempat bertemu dengan rakan baiknya seperti Sharifah Shahira dan Lynn.

Amyza Aznan Tak Kawan Dengan Orang Gemuk Sebab Jahat

Isnin, 2 Disember 2013

Tak pastilah kan samaada status laman sosial minggu lalu dari pelakon Amyza Aznan ni adalah gurauan semata-mata ataupun sudah menjadi prinsip dalam hidupnya bila berkawan dengan orang lain.

Ianya dikira sebagai satu bentuk kesensitifan bila orang gemuk terutama pelakon yang juga kawan kepada Amyza membacanya.

Tapi rasanya ianya satu gurauan je kot memandangkan Amyza saling ber tweet dengan pelakon Sharifah Shahirah (shieraijoy) kawan baiknya.

Hubungan Sharifah Dengan Ibu Mertua.....

Rabu, 6 November 2013

Pelakon Sharifah Shahirah yang juga isteri kepada Zulkifly Azari @ijoy memang seorang yang awet muda lah katakan. Dan penampilan dan gelagatnya seperti remaja bila berada di kaca TV.

Menurut portal Kosmo!, Petua kecantikan peribadi memang tidak ada. Tambahan pula sekarang Sharifah mengalami masalah tidur dan hanya lena selama 5 jam. Bila bangun pagi, Sharifah minum air kosong dan Nescafe.

Gambar Keluarga Sharifah Shahirah

Ahad, 31 Mac 2013

Pelakon Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bersama suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 38 yang mendirikan rumahtangga 10 tahun yang lalu, 28 Februari 2003 kini sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Iaitu Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3. Dan difahamkan Sharifah ingin mahu menambahkan anak sebelum usia 40 tahun.

Selain itu helmet Sharifah Shahirah juga memang unik, siap ada nama dengan suami lagi, kena hantar ke pejabat dengan menunggang motorsikal berkuasa besar. Memang masyuk zapp2. -gambar Instagram ShieraIjoy





Julia, Sakinah Gaduh Lagi?

Jumaat, 22 Februari 2013

Laman sosial kadang kala boleh menjadi tempat pergaduhan cara halus mengikut teknologi masa kini. Tidak ketinggalan juga selebriti kita bergaduh di alternatif seperti ini.

Julia Ziegler dikatakan bergaduh dengan Sharifah Sakinah (adik kepada Sharifah Shahirah) dilaman Twitter. Tidak tahu isu apa yang mereka gaduhkan, namun mengikut sumber, mereka bergaduh kemungkinan kerana hal yang sudah berlalu 2 tahun lalu.

Hal itu adalah ketika tahun 2011 dahulu dimana Julia dikatakan menyerang Sharifah Shahira ketika di majlis resepsi Norman dan Memey kerana marah dengan tindakan Sakinah. Ketika majlis tersebut, Julia meninggikan suara kepada Shahira serta menyerang dengan kata-kata kurang enak di mana melibatkan agama dan keluarga.

Punca perbalahan itu meletus apabila Sakinah memberitahu yang Gambit mendesak atau menyuruh Sakinah mengorek prihal Julia, sehinggakan Gambit sendiri pula memberitahu kepada Julia. Dan Julia berang sampailah kepada Twitter yang dibawah ini.  Wallahualam.

Rumah Sharifah Shahira, Ijoy diPecah Masuk Pencuri!

Selasa, 17 Julai 2012

Berita kemasukan pencuri kedalam rumah pasangan selebriti, Sharifah Shahira dan Ijoy baru-baru ini telah memeranjatkan pelbagai pihak dan juga peminatnya. Dimaklumkan bahawa Sharifah dan Ijoy tidak ada dirumah ketika waktu kejadian namun 3 anaknya dan juga pembantu rumah ada ketika itu.

Pencuri ni kiranya ada sifat berperikemanusian sikit, sebab otak dia nak barang kemas je, dan itulah yang terjadi, 3 orang anak Sharifah dan Ijoy serta pembantu rumahnya tidak diapa-apakan dan selamat.

Apa-apa pun nyawa adalah yang paling utama berbanding harta benda, dan difahamkan menurut laporan polis yang dipetik dari Bharian, Sharifah dan Ijoy kerugian RM1500 itu termasuk barang kemas dan duit Rupiah (yang ni tak tahu pesal apa pencuri tu nak kebas juga)

Petikan portal GUA: “Saya kerugian kira-kira RM1500 apabila perompak berkenaan melarikan aksesori yang digunakan untuk penggambaran. Mungkin mereka ingat aksesori itu barangan kemas. Saya memang tidak memiliki sebarang barangan kemas kerana tidak pernah membelinya. Walau apa pun saya rasa bersyukur dan lega kerana anak-anak saya tidak diapa-apakan oleh mereka. Mujur anak-anak dan orang gaji saya tidak sedar dengan kejadian yang berlaku sebab mereka sudah tidur..

“Saya tak suka hebah-hebahkan perkara ini sebab nanti pasti ada pihak yang buat kenyataan yang tidak sedap didengar. Kalau boleh saya tidak mahu langsung kejadian ini diketahui umum. Namun, pihak polis buat kenyataan terlebih dahulu. Sebagai mangsa, saya hanya boleh katakan, saya dan suami telah ambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan. Kami telah pasang kamera litar tertutup dan rumah kami tetap dicerobohi. Saya terima kejadian ini sebagai qada’ dan qadar,”.. ujar Shira

Nabil RL akan ke Suria FM?

Rabu, 4 Januari 2012

Nabil Raja Lawak memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi deejay stesen radio Suria FM pada Januari ini. Pemilihan Nabil dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen rahttp://www.blogger.com/img/blank.gifdio berkenaan pada hujung tahun lalu.

"Macam mana tahu ni? Saya tak nak komen. Tunggulah pihak Suria FM yang buat pengumuman. Tapi saya mengaku pernah dipanggil untuk diuji bakat sebelum ini," katanya.
Ditanya adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.
"Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti," ujarnya ringkas.
Selain Nabil, antara artis yang turut dipanggil diuji bakat oleh Suria FM adalah Azza (Elite) dan Amy Mastura. -Via

Gambar Sharifah Sakinah dilamar!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pelakon yang kini meningkat namanya, Sharifah Sakinah dikhabarkan telah bertunang/dirisik. Ini disahkan lagi oleh portal Gua yang menampakkan Sakinah sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita sambil disaksikan oleh abang iparnya, Ijoy. Memang agak mengejutkan Sakinah sebab gambar ini diambil oleh seseorang dan dikirimkannya tanpa pengetahuan Sakinah sendiri. Tapi jelas Sakinah, memang ini adalah waktu merisik tahun yang lepas.

“Kami bukan bertunang, tapi ada perancangan untuk berkahwin. Gambar itu diambil masa upacara merisik tahun lepas.

“Tapi sekarang dah tak jadi kahwin. Kami dah putus sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Walaubagaimanapun, cincin itu masih ada pada saya,” jelas Sakinah. -Via

Sharifah Shahirah kini bertudung?

Selasa, 2 Ogos 2011

Betul ke bulan Ramadhan ni merupakan satu titik permulaan seseorang untuk berubah kepada kebaikkan? mungkin iya, tapi tidak kebanyakkan daripada orang Islam itu sendiri. Salah satu yang memberikan gambaran tersebut adalah pengacara Sharifah Shahirah. Sharifah Shahirah dikatakan sudah bertudung, memang jarang kita melihatnya bertudung sebab hanya bermula bulan Ramadhan ini dia dah bertudung dalam gambar 'background' laman web Suria FM bersama-sama deejay wanita yang lain, tapi diharap ianya betul dan berkekalan dengan pemakaian tudungnya. :)

Ijoy dijangkiti demam denggi

Jumaat, 10 Disember 2010

Ijoy Azhari suami kepada Sharifah Shahira dimasukkan ke Hospital Gleanegles, Ampang, Kuala Lumpur, sejak Ahad lalu kerana dijangkiti demam paling menakutkan manusia sejagat iaitu demam denggi. Namun Ijoy dibenarkan keluar dari hospital pada hari Khamis (9/12). Setelah diberitahu doktor ianya denggi jenis biasa da.

Namun begitu, doktor menasihatkan Ijoy untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan karier seni seperti biasa. Ijoy juga terpaksa menangguhkan penggambaran drama Di Mana Isteriku buat masa ini. -mStar

Adik Sharifah Shahira Sosial

Rabu, 18 November 2009

Adik kepada pelakon Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda ini bernamanya Sharifah Sakinah (seindah makna dalam nama Islam). Tapi Mashallah, usia baru dalam lingkungan 20 tahun tapi gayanya sungguh sosial dan hampir nak lupa dunia. Semua lelaki dia mahu peluk. Memang 'naik' lah lelaki tu dibuatnya. Tapi biasa lah, adik kepada artis ni segolongannya memang ramai yang suka pergi clubbing daripada jadi alim.

Shira lahirkan Auddra pada 09.09.09

Isnin, 14 September 2009

Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 35, tidak terkira gembiranya setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh keramat 09.09.09. Malah, bayi perempuan yang baru berusia dua hari ini menurut Sharifah adalah antara yang paling kecil dan comel.

Sharifah bersama suaminya, Zulkifli Azhari (Ijoy), telah memilih untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Auddra.Auddra telah selamat dilahirkan dengan berat 3.34kg di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi. Sharifah yang dihubungi ditanya perasaannya apabila melahirkan Auddra pada tarikh 09.09.09 yang dianggap satu angka yang cantik.

Ditanya mengenai persiapan raya, Sharifah mengatakan dia bersama keluarga hanya akan beraya di rumah mereka di Taman Melawati dan segala persiapan sudah pun selesai dilakukan.