Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Mentera Filem Munafik dikatakan benar, ini komen mengejutkan Syamsul Yusof!

Sabtu, 14 Mei 2016


Pelakon Syamsul Yusof menafikan dakwaan mengatakan mentera yang sebut dalam satu adegan filem Munafik adalah ayat sebenar.

Dakwaan yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook itu telah menjadi viral sehingga ramai yang bertanyakan hal tersebut melalui akaun Instagram (IG) Syamsul sendiri.

Syamsul yang juga merupakan pengarah filem Munafik tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dan mengatakan ayat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Shamsul Yusof, Puteri Sarah bercuti di Australia (7 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015

Baru-baru ini Shamsul Yusof dan isternya, Puteri Sarah telah pergi bercuti di Australia. Dan ini merupakan ulangtahun pertama perkahwinan mereka sebagai suami isteri.

Sangat bahagia pasangan ini, kita doakan agar mereka dikurniakan zuriat kelak. Amin.

Adegan Panas Shamsul dan Nabila Huda?

Selasa, 14 April 2009

Shamsul dan Nabila Huda bersama? wah. Panas ni. Manakan tidak Nabila Huda dicop sebagai pernah bergaul dengan budak bohsia! Masih tidak serik lagikah Nabila yang banyak kontroversi sebelum berkahwin dulu?

Jangan salah anggap.... Nabila bercampur dengan budak-budak bohsia dan mat rempit untuk mendapatkan feel wataknya dalam filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.

"Untuk menjiwai watak bohsia, saya bergaul dengan mereka. Apabila bercampur dengan mereka, kita akan tahu bagaimanakah cara mereka bercakap.

"Saya akui cara mereka bercakap agak kasar, jadi untuk belajar, kita kenalah bercampur dengan mereka," kata Nabila.Nabila juga memberanikan diri melakonkan sendiri adegan lasak sebagai pembonceng motosikal yang dipandu laju.

Filem tersebut dapat klasifikasi 18PL kerana memuatkan dialog dan babak yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ia ada unsur seks dan ganas.

Lihatlah adegan berkemban lakonan Nabila sebagai Tasya dalam filem terbitan bersama Skop Production dan Grand Brilliance ini.

-ManggaOnline