Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Baju Sharifah Sakinah yang amat menyeramkan!

Rabu, 28 Januari 2015


Fesyen Paling Pelik Sharifah Sakinah Yang Menyeramkan
Pelakon dan model popular, Sharifah Sakinah sememangnya terkenal dengan idea-idea yang tidak masuk akal dan gila-gila. Kerana perkara inilah, beliau semakin dikenali ramai.

Terbaru, Sharifah Sakinah kembali menghangatkan suasana hiburan apabila tampil dengan fesyen teramat pelik. Menariknya, fesyen yang digayakan turut amat kelihatan menyeramkan.

Villa Nabila Akan Difilemkan

Jumaat, 22 November 2013

Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Ummi Nazeera Tidak Pergi Promosi Filem Penanggal Sebab..

Isnin, 18 November 2013

Isu Ummi Nazeera tidak mengikuti aktiviti promosi filem Penaggal dimana dia adalah pelakon dalam filem berkenaan telah menjadi satu bualan yang mencalarkan reputasinya.

Namun bukanlah sebab dia berhijab (bertudung) Ummi tidak dapat dapat, namun disebabkan dia sedang sibuk belajar di Australia. Orang mengatakan yang dia tidak datang sebab malu, kerana gayanya yang tidak bertudung dan berkemban dalam filem itu yakni sebelum dia berhijab.

Memetik portal mStar, pengarah filem berkenaan, Elly Suriati, menyangkal dan mempertahankan pelakon Ummi daripada dituduh bukan-bukan.

'Anak' Diana Danielle Parah Berdarah

Jumaat, 15 November 2013

Kenapa dengan 'anak' Diana Danielle dengan Farid Kamil ni? parah semacam je. Lihat wajah macam cool dan tenang sahaja Diana ni, tabah juga kan. Sampai berdarah-darah dengan keluar tali pusat seperti baru dilahirkan.

Rupanya Diana saje nak gambar dengan 'baby' untuk filem Penanggal. Jadi jangan risau lah ek, ini bukan anak dia. Haha.

Filem Highland Tower Kutip RM........

Rabu, 13 November 2013

Kalau dilihatkan filem Highland Tower yang berada di pawagam sekarang bersaing sengit dengan filem antarabangsa lainnya, seperti Thor. Namun sambutan filem ini juga amat mengalakkan dikalangan mereka yang kaki seram punya orang. Di Facebook dan Wechat ramai menyatakan filem ini tidak menghampakan.

Filem terbitan MiG ini dikatakan memetik portal Utusan telah mengaut keuntungan nak mencecah RM3.3 Juta dari 31 Oktober lalu, satu angka tidak disangka dengan kos yang rendah.

Gambar Remy Ishak Paling Hensem... Terliur Korang!

Khamis, 11 April 2013

Bukanlah gambar kacak sebenarnya, nampak seperti solekaan untuk babak sebuah filem Amukan Azazil yang sudah ditayangkan dipawagam saat ini. Memang agak lucu dan seram juga gambar Remy Ishak waktu ini. Haha. Layan. Tak sangka pula wajah Remy seperti ini. -Instagram Remy Ishak


Tara...




Filem Minyak Dagu Kutip RM1.2 Juta

Rabu, 9 Januari 2013

Siapa ada melihat filem Minyak Dagu yang bermula sejak 3 Januari lalu? filem ini merupakan filem seram yang pastinya menjadi tontonan.

Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain dengan dibantu lakonan oleh Fezrul Khan, Fizo Omar serta Yana Samsuddin ini dikatakan memetik portal Utusan! telah menerima keutipan RM1.2 Juta lebih sejak ditayangkan sehingga ke hari ini.

Satu kutipan yang memberangsangkan. Filem ini mungkin satu hasil yang terbaik untuk awal tahun 2013 ini. Tahniah diucapkan. kaki download pastinya tidak sabar menantikan uploader~

satu lagi filem paranormal bakal muncul

Rabu, 15 Jun 2011

Filem pertama paranormal di Malaysia yang pertama iaitu Penunggu Istana memberikan satu fenomena baru terhadap kejadian alam mistik. Filem ni kureng sikit info samaada ianya kejadian benar ataupun rekayasa. Wallahualam itu Allah sahaja yang tahu. Namun Episod ini belom lagi habis disini sahaja. episod baru paranormal bertajuk Wujud atau Tidak hasil kerjasama paranormal Malaysia dengan Singapura. Filem ini bakal mengegarkan panggung pada bulan Ogos 2011.

Zahiril kekasih baru Liyana Jasmay?

Isnin, 30 Ogos 2010

Cinta diantara dua pelakon muda yang berbakat besar dalam bidang industri lakonan, Liyana Jasmay dan Zahiril Adzim dikhabarkan kembali berputik. Berputik bunga-bunga cinta ke? atau yang bagaimana tue. Memang agak mengejutkan lah kalau berputik lebih daripada seorang kawan. Sebelum nie mereka pernah ditemukan/digandingkan dalam sebuah filem berjudul Kami The Movie tetapi itu cerita dahulu, kini dah tak menjadi perbualan lagi, apatahlagi Liyana masih bersikap positif terhadap kekasih lamanya, yang ehem2 tue.

Namun malangnya gosip kekasih baru kali ini adalah kerana mereka bercinta dalam filem Senjakala. Filem yang diarahkan oleh, aktor Ahmad Idham Ahmad. Menurut info filem berkenaan sedang menjalani pengambaran di sekitar Bukit Cerakah, Hulu Langat dan FRIM (Kepong), selama 30 hari bermula 8 Ogos lalu. Kiranya cerita mengenai seram lah, macan Saka gitu. Tunggu dan lihat jerk ler kepada sesiapa yang meminati filem Ahmad Idham