Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kehidupan sedih selebriti sebelum berjaya

Isnin, 17 Oktober 2016

Jep: Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward (pramugara) nanti orang tanya “ni naik kapal ke feri” sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg. Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!

Rahim Sepahtu Pukul, Tendang Isteri?

Selasa, 18 Ogos 2015

Rahim Sepahtu mengakui yang kini kemelut dia dengan isterinya kadang-kala berselisih faham dan dalam pada masa yang sama menafikan sekeras-kerasnya yang dia telah memukul muka dan menendang belakang badan isterinya.
“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri). Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin”

“Masalah di antara kami sudah pun selesai,” katanya. Melalui Harian Metro.

Surat panas peminat kepada Sepahtu!

Ahad, 22 Februari 2015

Selepas Nabil, kali ini giliran kumpulan Sepahtu pula mahu menarik diri dari terus menyertai Maharaja Lawak Mega pada edisi akan datang.

Sepucuk surat dikirimkan yang didakwa seorang peminat MLM sejurus selepas Sepahtu mengumumkan persaraan tersebut. Surat itu berbunyi begini:

Surat mana ada bunyi, tetapi sebaliknya surat itu ditulis begini:

Kehadapan Sepahtu,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana akhirnya awak berdua mengambil keputusan untuk bersara dari Maharaja Lawak Mega di tahun-tahun mendatang. Saya memikirkan pada mulanya, mungkin saudara berdua bercadang nak buat kumpulan susulan Sepahtigasuku, atau mungkin kumpulan baru Bersepah-sepah selepas tak menang di Maharaja Lawak Mega tempohari. Nasib baik sangkaan saya meleset, seperti melesetnya ekonomi negara dan politik tempatan masa kini.

Namun begitu, ITU JE? Begitulah reaksi saya bila membaca berita yang ditulis di Rotikaya.com semalam.

Ya, ITU JE KE? (sound efek suara bergema di sini)

Sepahtu,

Selain dari bersara dari Maharaja Lawak Mega yang akan datang, saya juga mencadangkan awak berdua:

1. Bersara terus dari dunia lawak secara keseluruhan. Bila Sepahtu buat lawak, saya tengok orang lain semua ketawa begini:

“Hahahahahahahah kahkahkahkahakah adoyai kelakar betul. Fazura bagi lima bintang. Haahahahahahah”

tapi saya cuma mampu gelak satu harakat saja. ‘Ha’. Kadang-kadang ‘heh’.

Dengan kata lain, Sepahtu, awak tak kelakar.

2. Berdasarkan rupa paras dan bakat yang awak berdua ada, saya cadangkan supaya awak berdua masuk uji bakat menggantikan tempat peragut yang kerjanya hanya meragut Wan Maimunah. Bosan juga tengok peragut yang sama.

3. Bersara dari dunia hiburan secara keseluruhan. Kalau dah bersara dari dunia lawak, apa lagi yang tinggal selain menyanyi dan berlakon. Nak menyanyi, mampu ke awak lawan penyanyi hebat seperti Jaclyn Vector, Hafiz Suaip, kumpulan Fourteen, dan Siti Norhaliza? Tak mampu kan? Nak berlakon…. lakonan awak ok sikit je dari lakonan kayu Lisa Surihani. Dah tiada tempat untuk awak dalam dunia hiburan ni. Tumpukan saja pada menjadi ayah/suami/abang/anak/teman lelaki/ketua kaum yang baik. Ok?

Diharap, sekiranya Sepahtu menerima cadangan kami ini, berbaloilah bagi mereka yang melanggan Astro Warna untuk tengok Maharaja Lawak Mega tahun hadapan. Dapatlah mereka ketawa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, bukan gelak paksa dek kerana dah bayar bil Astro bulanan; rugi pulak kalau tak gelak.

Atau Sepahtu boleh mohon menjadi penulis laman web yang popular masa kini, Seterika macam tu nama laman web tu (tak ingat). Mereka pun tak kurang kelakar hambarnya.

Sekian, pecah cawan pegawai tadbir, kalau berkenan silalah share.

Punca sebenar Ilya tinggalkan Sepahtu untuk MLM 2014

Khamis, 25 Disember 2014

Kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Shuib dan Jep untuk Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini terpaksa menerima hakikat dimana ahli kumpulan baharunya, Ilya Buang menarik diri daripada mengikuti kumpulan itu.

Ilya berbuat demikian kerana mahu mengekalkan prestasi terbaik Sepahtu dan tidak mahu menjadi bebanan buat kumpulan itu.

Antara sebab mengapa Ilya mengundurkan diri adalah, tiada kerserasian dengan Jep dan penyakit kencing manis dimana beliau baru sahaja selemat menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisul memetik sumber portal mStar semalam.
"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,"

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,"

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," -Ilya

Tahniah kepada Sepahtu, Shiro dan Bocey

Sabtu, 8 Februari 2014

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu kerana berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) semalam yang berlangsungd di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sepahtu mendapat RM500,000 berserta tropi. Mereka mengalahkan 4 pelawak lain yang hebat-hebat belaka.

2. Shiro - RM250,000 & trofi
3. Bocey - RM150,000 & trofi
4. Jambu - RM50,000 & trofi
5. Nabil - RM15,000 & trofi

Secara pribadi, persembahan Sepahtu taklah selawak mana juga, mungkin faktor undian luar yang menyebabkan mereka menang. Bagi admin lawak Shiro dengan Bocey memang lagi best. Tapi itulah nasib mereka mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Namun cukup membanggakan pelawak baru boleh mengatasi kehebatan otai lama. :) -gambar mStar

Sepahtu Bawa Pulang Perodua Alza Baru

Sabtu, 11 Januari 2014

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu yang dibarisi oleh Jepp, Rahim dan Shuib kerana memenangi undian tertinggi pada Maharaja Lawak Mega 2013/2014 semalam (10/1).

Mereka menerima hadiah kereta Perodua Alza keluaran yang terbaru dengan undian 65%. Rancangan ini masih lagi belum berakhir dan kumpulan Wala telah tersingkir dengan undian 46%.

Kumpulan Shiro mendapat 57% dan Comey 56%, ahli lain tidak dapat dipastikan mungkin berada bawah daripada mereka. -gambar myMetro