Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofa pakai seluar jeans koyak lutut?

Khamis, 21 September 2017

Percutian Neelofa dengan ahli keluarganya ke Itali bukanlah sesuatu yang biasa. Namun ada yang luar biasa yang telah ditangkap oleh follower di Instagram.

Neelofa dikatakan memakai seluar jeans yang koyak, dan ramai menyangka ianya seakan-akan betul sehinggakan menampakkan bahagian dalaman kakinya.

Namun kakaknya Noor Nabila menafikan hal ini sekeras-kerasnya.

Lisa Surihani berseluar pendek? (2 gambar)

Khamis, 10 Ogos 2017

Jarang Lisa Surihani tampil seksi selepas kahwin dengan Yusry Halim. selalunya imej sopan lebih ditonjolkan oleh Lisa. Namun baru-baru ini kecoh apabila gambar Lisa berseluar pendek muncul di Instagram.

Namun bukan Instagram miliknya, tapi dari milik orang lain. Gambar berkenaan dikatakan Yusry dan Lisa sebenarnya menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan baik mereka di sebuah resort peranginan.

Ramai yang mengecam dan ramai juga yang sekadar memberikan pandangan sahaja.

Awak rasa saya dah gila ke? -Rozita Che Wan (pakai jeans koyak)...

Rabu, 20 April 2016

Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.

Rozita enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata.

Video Arja Lee pakai seluar dalam.. ini komen dia yang mengejutkan..

Khamis, 21 Januari 2016

Dengarnya pelakon Arja Lee tidak terkesan sangat mengenai video dia berseluar dalam yang menjadi viral di laman sosial yang didapati melalui laman Instagram miliknya sendiri.

Emma Maembong dikritik pakai seluar ketat (gambar)

Ahad, 14 Jun 2015

Emma Maembong akui dirinya bukanlah sempurna lagi, masih dalam dalam proses ke arah itu dalam pemakaian. Kadang kala dia melakukan kesilapan.

Namun akibat kerana terlalu alpa kerana di kelilingi oleh komuniti alam siber, ramai yang kritik dan menegur dia di dalam laman sosial.

Ini berikutan Emma memuatnaik gambar dia memakai seluar ketat yang tidak sesuai dengan penampilannya bertudung.

Rozita Che Wan pakai 'sluar pendek' wow! (gambar)

Isnin, 1 Jun 2015


Seluar Pendek Che Ta
Agak mengejutkan apabila Rozita Che Wan dikhabarkan memakai 'seluar pendek' ketika bercuti bersama keluarga di London baru-baru ini. Gambar yang dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya itu mengundang rasa kurang selesa buat pertama kali yang melihatnya apabila Rozita memakai 'seluar pendek' bersama sepasang kasut boots.

Che Ta sebenarnya tidak memakai 'seluar pendek' tetapi skinny pants yang berwarna kulit yang memperlihatkan beliau seperti tidak berseluar. Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.

ha ha ha.. macam-macam fesyen..

Sharifah Sakinah berani tayangkan paha (4 gambar)

Isnin, 17 November 2014

Kalau dah pakai seksi, terimalah komen panas daripada peminat/pengikut kan. Sharifah Sakinah dikecam baru-baru ini gara-gara memakai seluar pendek yang menampakkan pahanya.

Fesyen berkenaan juga dikenakan Sharifah ketika hadir di sebuah majlis majalah tempatan. -gambar HotlipsCorner

Bila Siti Saleha pakai legging (2 gambar)

Rabu, 29 Oktober 2014

Dengarnya Siti Saleha memakai pakaian yang 'seksi' dikhalayak umum. Pakainnnya ini cukup ketat sehinggakan menampakkan bentuk badannya. Seluar legging ni biasanya cukup popular, namun tidak kena tempatnya untuk dipakai. Bahkan kalau diri tu masih mempunyai agama.

Bukan nak blame atau mengongkong pemakaian yang dipakai oleh Saleha sebenarnya, tapi pemakaian yang elok akan diikuti oleh orang lain, artis ni kan boleh dijadikan idola, apa yang dia buat, peminat dia juga ingin rasa mahu ikut.

Jadi pakai pakaian baik juga dapat saham akhirat untuk diri sendiri dan kepada siapa yang ikut, pakai sendat-sendat, nah fikir lah sendiri kan. Keh keh. -gambar Kamithemedia.Blogspot.com

Anzalna Nasir tayang spender lelaki di Instagram!

Rabu, 1 Oktober 2014

Tidak dipastikan apa motif Anzalna Nasir memuatnaik gambar seluar dalam lelaki di dalam laman sosial miliknya. Namun kemungkinan untuk suka-suka dan menjadi trend yang semakin menular buat masa ini.

Akhir sekali gambar berkenaan diserupakan umpama Azw** Al*. Dengan caption, 'Tengah Cari Sender' itu mengundang ramai reaksi kelakar dari pengikutnya.

Pengikutnya pula kebanyakkan ada lelaki (mengomen).

Video Tanya Spender oleh Sharifah Sakinah

Rabu, 21 Ogos 2013

Ada lagi video yang ntah apa-apa ntah dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di dalam laman sosial Keek. kali ini melibatkan pelawak Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.

Video bukan alang-alang, bercakap pasal seluar dalam atau spender yang mereka pakaikan. Giler siot punya soalan, korang nak jawab dengan jujur atau tidak? atau enggan menjawabnya lagi bagus.

Liyana ada lebih 50 seluar ketat!

Isnin, 27 Disember 2010

Terbaca dalam sisipan Kosmo kelmarin, tergelak juga melihat pengakuan pelakon Liyana Jasmay yang mempunyai lebih daripada 50 seluar ketat (legging) dan sarung kaki. Memang tidak dinafikan lagi. Tiap kali muncul Liyana pasti berseluar ketat. Kata Liyana lagi, dia tak mahu berselindung daripada apa-apa kepunyaan dirinya, kedua-dua 'item' itu ada bermacam jenis dan warna tetapi warna yang paling banyak ialah hitam.

Liyana dikatakan jatuh cinta dengan legging sejak dua atau tiga tahun yang lepas, ketika dirinya merasakan lepas balik dari London. Maka disanalah Liyana terjumpa satu butik yang menjual bermacam-macam jenis legging dan lalu terfikir dalam fikirannya yakni ianya satu fesyen yang hebat.