Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Suasana Hari Raya Jep, Sari Yanti (6 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Sari Yanti manis bertudung, ini ucapan sweet Jep Sepahtu (11 gambar)

Isnin, 5 Jun 2017


Dengar khabar yang Sari Yanti kini dah bermula belajar memakai tudung. Hal itu mendapat perhatian suaminya, Jep Sepahtu yang tidak menyangka isterinya akan berubah dalam masa terdekat.

Jep Sepahtu ditahan di wad sakit, tanda nak dapat anak?

Selasa, 9 Mei 2017

Baru-baru ini dengar khabar yang pelawak, Jep Sepahtu telah dimasukkan ke hospital kerana faktor kesihatan yang kurang baik. Berita ini telah dikongsi daripada akaun instagram Sinar Fm.

Foto yang dikongsikan di akaun instagram itu memaparkan gambar Jep terlantar di katil hospital dan sedang tidur.
“Kesiannya @jepsepahtu kena tahan di hospital. Jom sama - sama kita doakan supaya Jep cepat sembuh dan sihat ye. Aminnnnn.. #sinarkongsi #sepahtusinar,” tulis admin Sinar.

Di ruangan komen gambar ini terlihat banyak komen yang mendoakan kesihatan Jep tapi ada juga komen-komen yang turut mengusik pelawak terkenal ini sakit kerana pembawakan budak.

@batrisyia_zulkefli: Semoga abg @jepsepahtu cepat sembuh dan sihat seperti biase...

@joeanna7576: Orang rumah ada isi kot ....yea @jepsepahtu

@xulhaini: demam ke pembawak budak kot

@iskandar_markovic__: Syafakallah. Semoga @jepsepahtu dan isteri @sariyanti diberi kemudahan , kesembuhan dan kesihatan berpanjangan....Amiin Ya Rabbal Alamiin....salam dari Singapore

@sohailasamsulbahri: Pembawakn baby ni kot.. pe2 pn.. moge cpt smboh dgn izinNya.. aminn.

Kemesraan Sari Yanti, Jep Sepahtu (7 gambar)

Rabu, 19 April 2017

Sekitar harijadi Jep yang romantik dari Sari Yanti (11 gambar)

Sabtu, 8 April 2017

Isu Jep lari dari wartawan masih lagi menjadi perhatian...

Selasa, 7 Mac 2017

Isu Jep Sepahtu dan Sari Yanti lari daripada wartawan masih hangat lagi diperkatakan. Difahamkan mereka lari dari wartawan disebabkan isu perkahwinan mereka.

Namun ada yang bersependapat salahnya untuk Jep dan Sari memberikan sedikit kenyataan berkaitan perkahwinan mereka kerana ia adalah benda baik yang seharusnya dikongsi kepada umum apatah lagi mereka adalah “public figure” yang mempunyai jumlah peminat yang agak ramai.

Ramai pengikut media sosial berang kenapa Jep dan Sari bertindak sedemikian.

Kenapa Jep, Sari Yanti lari dari wartawan? (video)

Selasa, 28 Februari 2017

Selepas sehari diijabkabulkan sebagai suami-isteri pada 25 Februari 2017 yang diadakan tanpa kehadiran pihak media, pelawak Jep
dan Sari Yanti mengelak untuk ditemubual wartawan apabila ditemui sehari selepas itu.

Insiden berkenaan berlaku apabila mereka melarikan diri pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-enam Shuib dan Siti Sarah yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya pada Ahad (26 Februari 2017). -mStar

Jep Sepahtu, Sari Yanti sah bergelar suami isteri (35 gambar HD)

Sabtu, 25 Februari 2017


Akhirnya pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti selamat bergelar suami isteri sebentar tadi. Majlis pernikahan/perkahwinan mereka diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi. Turut hadir rakan rapat, Shuib, Rahim, Elya, Tauke Jambu dan lain-lain lagi. -gambar Instagram SinarFM

Arja Lee dikecam bergambar dengan Sari Yanti...

Selasa, 21 Februari 2017

Dengar khabar yang pelakon Arja Lee dikecam peminat di laman sosial kerana bergambar dengan Sari Yanti dengan busana pengantin. Arja memberitahu yang dia tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

Bahkan, katanya, beliau memuat naik gambar mereka berdua, yang lengkap berbaju songket berwarna biru, sekadar mempromosikan drama Sekali Kulafazkan Cinta.

Mengikut portal BharianOnline, Arja sudah memadamkan foto berkanaan namun penerbit drama berkenaan, David Teo,telah memuatnaik semula gambar berkenaan pada hari Ahad lalu, dengan kaption: 'Eh, kami dah selamat disatukan bersama.. Eh? Gurau je'.
"Jujurnya, saya tidak tahu mengenai perhubungan Sari dan Jep sehinggalah membaca beberapa komen pengikut saya. Malah, ada yang memarahi saya kerana gambar itu.

"Tambahan pula, Sari dan Jep mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka terus meletakkan pelbagai reaksi kerana foto yang dimuat naik itu. Lantas saya memadam foto berkenaan, tetapi ia dimuat naik semula oleh David. Begitupun, mungkin niatnya adalah sekadar gurauan, jadi saya tidak menyalahkan beliau.

"Apapun, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan foto berkenaan," katanya kepada BH Online.

Jep sedia terima Sari Yanti sebagai isteri..

Khamis, 16 Februari 2017

Memetik Bharian, Jep mengakui akan menerima Sari Yanti sekiranya dia adalah jodohnya yang dicari. Namun bagi Jep, dia menganggap Sari hanya sebagai teman baik sahaja buat masa ini.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

"Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.

"Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,

"Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," kata Jep

Jep Sepahtu, Sari Yanti bakal bertunang bulan ini?

Selasa, 7 Februari 2017

Dengar khabar yang Jep Sepahtu dengan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini memetik sebuah akhbar tempatan. Namun Jep yang dihubungi menafikan perkara itu.
"Bertunang? Tak adalah, mana ada."

"Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Kami memang tiada perancangan untuk bertunang," jelas Jep kepada Astro Gempak.
Khabar angin itu diperkukuhkan lagi dengan sebuah komen ditulis Sari menerusi laman sosial Instagram Jep.
"I love you," tulis Sari



Sari Yanti cakap 'i love you' kat Jep Sepahtu (video)

Ahad, 29 Januari 2017

Bukan main lagi kisah dua merpati sejoli ni. Dalam video ini, mereka tengah lepak di sebuah restoran dengan kawan-kawan yang lainnya. Namun dengan aplikasi SnapChat ini, mereka kelihatan sangat mesra, sehingga satu babak mengatakan 'i love you' menjadi bualan.

Minit 5.54 okey pembaca. Tak payah dengar sampai habis pun. hihi

Jep sepahtu & Sariyanti ada apa-apa ke? (3 gambar)

Selasa, 1 November 2016

Dengar cerita yang dorang berdua ni, Jep sepahtu dan Sariyanti sedang hangat-hangit dilamun bercinta, tapi tak tahu kebenaranya gosip itu.

Kalau ikut dilaman sosial mereka memang rapat dan sweet giler. Kalau betul, nah cepatkan masuk meminang Jep, tak usah tunggu dan memilih lagi, duit dah banyak dah tu. Hehe.

Tiada lelaki nak mengurat kat saya - Sari Yanti

Khamis, 28 Julai 2016


*klik untuk besarkan dan baca artikel.

Sari Yanti di tahan di China sebab... (14 gambar)

Isnin, 6 Julai 2015

Menurut portal Utusan, Sari Yanti ditahan polis aka penguat kuasa di salah sebuah daerah di China sekitar bulan Jun lalu diatas salah faham.

Oleh kerana untuk menjalani satu set pengambaraan drama berjudul Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang yang dilakukan dekat dengan tanah perkuburan atas dakwaan menceroboh

Gambar sekitar karpet merah Anugerah Lawak Warna (20 gambar)

Ahad, 21 September 2014

Beberapa keping gambar karpet merah Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor.

Antara selebriti yang hadir adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi. -gambar RotiKaya

Sari Yanti tak jadi bercerai?

Khamis, 1 Mei 2014

Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009.

Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.

Sari Yanti minta cerai, Eddy tidak setuju!

Jumaat, 21 Mac 2014

Tiada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja Sari Yanti sudah memfailkan percerainnya pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Suaminya, Mohd Edy yang ditemui semalam oleh wartawan enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan isterinya itu.

Bahkan Edy masih mahu mempertahankan lagi tiang rumahtangganya.
"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,

"Saya tidak bersetuju dengan penceraian". -Edy
Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu. Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan. -sumber mStar

Sari Yanti bercerai?

Isnin, 10 Mac 2014

2014 sepertinya musim perceraian bagi segelintir pasangan selebriti tempatan. Terbaru gosip yang didengar memetik daripada portal Utusan, ruamhtangga Sari Yanti kini bergolak, dan desas desus mengatakan hubungan dia dengan suami, Mohd. Eddy, sudah tamat (cerai).

Bahkan sumber itu menyatakan, Sari Yanti ada memfailkan perceraiannya itu di mahkamah syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Agak terkejut juga kita apabila mendapat berita seperti ini, kalau benarlah kan. Melihat Sari bukanlah seorang selebriti yang selalu menimbulkan masalah, malah amat jarang gosip yang timbul darinya.

Editor Utusan itu juga gagal untuk menghubungi Sari, SMS dan 'calling' tidak dijawab. Adakah ini petandanya? kita nantikan sahaja la kan. :(

Gambar Terkini Anak Sari Yanti Edisi Julai

Selasa, 9 Julai 2013

Dah besar panjang dah dua anak Sari Yanti, Barr al Aliy dan yang bongsu, Basit al Haq. Untung la Sari ni kan, dapat dua anak yang comel-comel, sat lagi nak masuk Ramadan mesti seronok berbuka bersama anak-anak dan juga suami. -Instagram Sari Yanti