Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sara Ali buka tudung, ini respon keluarganya yang mengejutkan..

Rabu, 12 April 2017

Sara Ali semalam membuat kejutan apabila menyatakan yang dia tidak perlu berhipokrit dalam soal bertudung. Kini dia membuat keputusan untuk tidak bertudung dan kembali kepada penampilan asalnya dahulu.
"Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.

"Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan,

"Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan,

"Tak ada keluarga yang bangga dengan keputusan ini lebih-lebih lagi kita beragama Islam.

"Apa yang saya berani cakap memang keluarga saya menyokong seratus peratus walaupun mereka tidak setuju tapi mereka akur juga dengan keputusan ini,

"Sudah lama saya tak bertudung namun baru sekarang saya sedia untuk jelaskan dengan cara yang baik.

"Selama ini apabila saya keluar pun, saya rasa bersalah kerana kotorkan imej tersebut (wanita muslimah).

"Tapi saya rasa tak betul apabila lakukan sesuatu bukan untuk diri sendiri tapi kerana perkara lain. Saya pun tak nak menipu lagi," katanya.

Sara Ali buka tudung? ini jawapan ringkasnya..

Rabu, 5 April 2017

Dengar khabar pelakon Sara Ali membuka tudungnya setelah setahun bertudung. Gambar tidak bertudung berkenaan dimuatnaik oleh seorang lelaki ke dalam instagram milik Sara.

Lelaki berkenaan bersama-sama bercuti dengan Sara ke Shanghai China. Banyak persoalan yang timbul, adakah Sara kini sudah tidak bertudung, atau dia hanya membuka tudung ketika bercuti sahaja?

Respon terbaik Sara Ali soal memakai tudung..

Jumaat, 5 Februari 2016

Pelakon Sara Ali yang baru sahaja berhijab pada bulan Januari lalu, memberitahu memakai tudung adalah seperti menjaga maruah seorang wanita.
“Kalau sudah pakai tudung ianya seperti menjaga maruah kita sendiri. Benda tersebut sangat berharga dan wajib untuk kita ikut. Tetapi kalau hidayah tak sampai ke atas diri kita nak buat macam mana’kan?”

“Sebelum ini ada yang komen mengenai pemakaian tudung semua itu saya malas nak layan sebab ini semua ketentuan daripada Allah,

“Saya mendapat hidayah dan setelah itu jiwa saya untuk berlakon hilang serta merta, sudah rasa tidak mahu berlakon lagi,” katanya

Bila Sara Ali dah mula bertudung..(4 gambar)

Sabtu, 16 Januari 2016

Fazura bukan Tuhan! - Sara Ali

Isnin, 29 Disember 2014

Memang parah sudah hubungan akrab yang pernah terjalin dahulunya diantara Sara Ali dengan Fazura ni. Hubungan pergaduhan mereka menjadi perbualan beberapa media minggu lalu apabila di siarkan di sebuah rancangan tv.

Sara ada membuat kenyataan rasmi di dalam laman sosial miliknya. Ini adalah balasan komen daripada peminatnya yang cuba mahu tahu apa yang terjadi diantara mereka.





Diharap berbaik lah mereka semula seperti gambar di atas ni kan. :)

Panas! Sara-Fazura bergaduh, punca sebenarnya...

Jumaat, 26 Disember 2014

Panas!. hubungan diantara pelakon cantik Sara Ali dan Fazura dikatakan kini renggang. Ini didedahkan oleh Sara melalui program realiti Facing Up To Fazura terbitan E! Asia A (Astro 712) hujung minggu lalu.

Sara akui hubungan kawan yang mereka jalin selama ini tidak mungkin akan pulih semula, Sara enggan memberitahu punca sebenar mengapa mereka bergaduh.
"Saya tidak ok dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tiada ada apa hendak komen," -Sara petikan mStar
Sebelum itu, Fazura ada mendedahkan hubungan mereka di dalam program realiti, dimana Fazura tidak mempunyai niat untuk memburukkan sara melainkan mahu memberitahu umum yang hubungan mereka kini sudah tidak seperti dahulu lagi.

Sara juga turut diundang bersama oleh pihak produksi rancangan berkenaan bagi memulihkan keadaan mereka, namun Sara gagal untuk menghadirinya.

Fazura, Sara Ali berkawan rapat untuk...

Khamis, 20 Februari 2014

Memetik portal Murai semalam, Nur Fazura kini berkawan rapat dengan pendatang baru anak seni, Sara Ali. Keakraban mereka ini terserlah apabila selalu hang out bersama dimasa lapang.

Sara mahu menganggap Fazura sebagai idolanya yang akan membawa menjadi mentor menti dalam dunia anak seni dari sudut fesyen dan sebagainya.
“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.

“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,”-Sara Ali

Gambar Sara Ali seksi

Selasa, 26 Julai 2011

Pelakon muda dari Johor, Sara Ali yang berumur 21 tahun ni mula mendapat perhatian, apabila dirinya terlibat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya adalah filem Penunggu Istana (filem ni citer betul or tidak erk?) dan Nur Kasih The Movie yang telah ditayang di pawagam selain itu drama Wasiat di Astro Ria. Penampilan yang agak seksi dan memiliki pakej yang menarik. Soal kekasih masih lagi samar-samar, mungkin ada kot. Hehe.

Biasalah artis baru ni, nak seksi-seksi dulu, baru dah nama naik, baru lah nak insaf. Zzz. Apa-apa pun selamat datanglah Sara Ali, berhati-hatilah dengan diri kerana adakalanya gosip bakal melanda diri anda. hehe..

[via]