Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pelakon pegang hp sahaja dapat RM17.85 juta!

Rabu, 22 April 2015

Bintang filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Daniel Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Sony Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera “EWA FLIGHT 226 9pm” yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Pelakon lelaki dengan aksi comolot.. dia adalah..

Khamis, 27 November 2014

Wah bahaya sangat ni, kalau handphone tak dijaga dengan rapi. Memang kes-kes photo pribadi tersebar atas kecuaian pemilik sering berlaku.

Baru-baru ini seorang selebriti lelaki tempatan sudah kantoi apabila gambar panasnya bercium aka bercomolot di dalam memory card telefon bimbitnya terlupa hendak diambil apabila dia pergi membuat servis di salah sebuah kedai membaiki telefon.

Gambar Liyana Jasmay mengandung terkini

Jumaat, 4 April 2014

Beberapa hari lalu, Liyana Jasmay ditemui ketika satu majlis pelancaran Samsung Galaxy S5 di ibu negara. Kelihatan Liyana jasmay yang hamil nak 7 bulan datang sekaligus nak beli satu, jadi kesempatan itu diambil dirinya untuk mengambil beberapa gambar. -instagram LiyanaJasmay

Penyanyi Malaysia Ditangkap Mencuri

Jumaat, 20 November 2009

Seorang penyanyi rock popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura. Telefon bimbit terpakai yang lesap itu yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.

Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang. Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.

Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang. Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.
'Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya. Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,' ujarnya.
Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi. Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.
'Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,' kata pelakon Singapura itu lagi.
Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.