Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tahniah! Salleh Yaacob timang anak ke-13 (gambar)

Jumaat, 10 Julai 2015

Salleh Yaacob, 54, telah menimang cahaya mata yang ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isterinya yang ke-4 iaitu Samihah Sheikh Amy, 29.

Untuk rezeki kali ini, Salleh dikurniakan bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Samihah. Bayi perempuannya dilahirkan secara kaedah Caesarean Section di salah sebuah hospital di ibu negara.

Menurut Salleh Yaacob, bayi perempuannya ini ingin diberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih namun masih belum diputuskan lagi sama ada mahu menggunakan nama ini atau pun tidak.

Selain Samihah, Salleh mempunyai 3 isteri yang lain iaitu iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46 dan Norfara Wahida Sulaiman, 36, yang hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia. -Sinarharian

Gambar terbaru isteri ke-4 Salleh Yaacob

Isnin, 21 April 2014

Kata orang berpoligami itu menyakitkan hati, tapi rasanya melihat kebahagian Salleh Yaacob yang berbini 4 ini pastinya bahagia apatah lagi dengan bininya yang ke-4 yang sentiasa dibawa kemana sahaja.

Bini ke-4 nya itu, masih muda lagi, berusia 26 tahun. Setelah berkahwin sejak 2011, kini belum ada khabar gembira yang isteri ke-4 nya itu hamil/mengandung. Apa-apa pun semoga berbahagia lah Salleh. :)


Salleh Yaacob berbulan madu bawa 4 isteri

Jumaat, 17 Jun 2011

Perkahwinan Salleh Yaacob dengan isterinya yang ke-4 membuatkan ramai yang masih terkejut akan jodoh Salleh ini. Beruntung badan dapat berbini 4. Tapi berbini 4 bukan semudah yang dikata, yang penting berlaku adil. Hehe. Macam baru-baru ni Salleh pergi honeymoon ke China bersama-sama 4 orang isterinya sekali. Memang bagui sungguh Salleh ni, adil kepada yang lain-lain.

Salih Yaacob nak berbini lagi..

Selasa, 10 Mei 2011

Hai, kalau dah jodoh tak kemana juga, memang dah nasib si Salih Yaacob berbini 4. Dipetik daripada laman web, HarianMetro baru-baru ni. Khabarnya yang ke-4 ni dalam proses perkenanlan lagi, namun si isteri-isteri serta 11 anak Salih pun dah berkenaan dan merestui hubungan mereka. Bakal isteri ke-4 ni kiranya masih lagi budak U di Uitm Shah Alam, umur baru 24 tahun. Hai dah basi ker jejaka di Uitm tu, haha, takde la, main-main jerk. Oklah semoga dipercepatkan pernikahannya nanti. Salih memang ada auranya tersendiri jah~. Cayok!

Dengarnya anda memang akan melengkapkan kuota tidak lama lagi? Insya-Allah... saya dalam proses membimbing dan setakat ini dia boleh ikut cara saya. Saya sudah pun pertemukan dia dengan semua isteri saya dan hubungan kami direstui. Jika tertulis dia jodoh saya, insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini.

Sebelum ini ada juga wanita cuba mendekati saya tetapi mereka ada agenda tersendiri, termasuk mahu kejar glamor dan duniawi. Ada juga yang mengaku sanggup bermadu termasuk anak orang besar, tetapi firasat saya dapat rasakan individu itu bukan orang yang sesuai untuk saya.

Saya berpengalaman jaga keluarga besar, bukan harta benda yang saya pandang tetapi kesanggupan orang itu untuk mengikut cara saya dan hidup dengan harmoni.

Berbeza dengan dia, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersedia hidup bermadu. Saya kini menunggu kelulusan permohonan poligami di Mahkamah Syariah dan dia sudah ikuti kursus kahwin.

Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Isteri dan anak saya boleh menerima dia dan saya pun mencari masa sesuai untuk bertemu keluarganya. Maklumlah dalam waktu terdekat, jadual saya sibuk dengan rakaman program SY I Follow. Kalau boleh, saya nak buat majlis ringkas dan jika diizinkan Allah, saya mahu raikan semua isteri saya. Semua akan duduk sebaris di tempat pengantin dan dapat hantaran.