Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Salih Yaacob nasihatkan lelaki yang mahu berpoligami!

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bila sebut sahaja tentang poligami tentu lelaki-lelaki diluar sana senyum lebar sampai ke telinga bukan? Dalam hati, “alangkah bestnya kalau dapat berbini lebih dari satu.”

Berbicara mengenail hal berkenaan, Salih Yaacob menasihatkan lelaki yang ingin berhidup poligami untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Menurut Salih, meskipun seseorang itu mempunyai kewangan yang kukuh ia belum tentu menjamin kebahagiaan rumah tangganya.

"Kehidupan yang saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama. Cuma, saya nak berpesan agar mendalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu berpoligami. Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi.

Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja. Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.

Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing.

Diakui memang ramai bertanya kepada saya mengenai hidup berpoligami. Jawapan saya kepada mereka adalah apa dilalui ini berdasarkan pengalaman. Jadi terpulang kepada individu itu untuk menjadikan saya mentor. Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan." -kata Salih memetik Harian Metro

Top 6 selebriti bahagia berpoligami

Isnin, 13 Jun 2016

Enam artis yang telah mengamalkan poligami memetik portal MediaHiburan.

1. Salih Yaacob

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.

Duit Salih Yaakob bagi tak cukup dan melebih-lebihkan isteri lain - Raha

Khamis, 4 Februari 2016

Raha dedah duit Salih Yaakob bagi tak cukup dan melebih-lebihkan isteri lain
Bekas isteri kedua Salih Yaakob me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu.

Nor Raha Hamad, 47, mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.

Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, 55,sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama lapor Utusan Online.

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,

“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia

Bekas isteri dakwa Salih Yaacob menipu..

Selasa, 2 Februari 2016

Sebelum ini Salih Yacob mendakwa perceraian yang terjadi terhadap isteri keduanya, Nor Raha Hamad berpunca daripada majlis 'reunion' sekolah.

Namun buat Nor Raha, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas suaminya itu.
“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya”

“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,
Tambah Raha, dia mula berjumpa dengan suami barunya adalah selepas daripada dia diceraikan oleh Salih selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.
“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelas memetik Kosmo!

Salih Yaacob bakal timang anak ke-13

Selasa, 30 Jun 2015

Tahniah pelawak, Salih Yaacob yang dikhabarkan isteri ke-4 beliau bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Isteri ke-4 Salih iaitu Samihah berusia 28 tahun itu kini sarat mengandung anak ke-13 Salih.

Menurut sumber selain anak ini, Salih juga sudah bergelar datuk kepada 6 orang cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

Bini Salih Yaacob terasa hati....

Khamis, 30 Jun 2011

Lah dah nasib orang berpoligami ni, mesti sahaja yang ada tak kena punya, melainkan dia memiliki akhlak yang tinggi. Belum apa-apa lagi rumahtangga Salih Yaacob kelihatan sedikit goyah apabila isteri-isterinya daripada pertama hingga ke-3 terasa hati aka kecil hati menurut Salih Yaacob sendiri. Memang tidak dinafikan, isterinya ke-4, Emi sering dibawa kemana-mana dan yang terbaru di pentas akhir Maharaja Lawak yang lalu. Erni memang mendapat perhatian ramai apabila ada skesta yang ditampilkan sendiri Salih Yaacob dan Mek Klate.

Dan kelihatan Emi sahaja yang nampak ketika itu, mungkin disebabkan itu kot, membuatkan isteri-isteri Salih Yaacob yang lain kecil hati. Hai, kita doakan sahajalah mereka berlima berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat, jangan berhenti dipertengahan highway dah lah.. Zzz

PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.

"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.

Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.

"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih. -mStar

gambar pernikahan Salih Yaacob, Emi

Selasa, 31 Mei 2011

Akhirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.

gambar pernikahan salih yaakob

gambar persandingan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

Video bakal isteri ke-4 Salih Yaacob

Sabtu, 14 Mei 2011

Jeng-jeng inilah dia bakal si isteri kepada pelawak Salih Yaacob. Budak uitm tu ha. Nama dia Emi jerk, simple kat video ni. Mereka berdua diwawancara oleh portal HarianMetro baru-baru ni. Memang lah buat liputan meluas sebab ini bakal isteri ke-4 Salih. Jarang selebriti berbini 4 ni. Title-title Datuk pun susah nak kahwin 4 ni. Hai dunia-dunia, asal mampu zahir dan batin cukuplah..


Sehati Berdansa 3, Salih Yaacob Masuk

Khamis, 27 Ogos 2009

Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru dapat didengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal. Dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..


Kenapa dicakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!

Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.