Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kekasih hati Saida Tarudin?

Khamis, 1 September 2016

"Biasalah, dalam mana-mana perhubungan ada fasa turun dan naiknya. Ketika ikatan itu hampir terlerai, ia akhirnya dapat diselamatkan. Kami mengambil keputusan menyambung semula perhubungan.

"Saya tidak menafikan dia (Apit) antara lelaki yang rapat dan istimewa di hati saya. Kami juga sudah saling mengenali lebih empat tahun lamanya Begitupun, dalam soal perkahwinan, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan," katanya kepada BharianOnline

Gambar anak gadis Saida, sangat cantik (6 gambar)

Rabu, 28 Januari 2015

Wah tak sagka yang Saida Taruddin mempunyai seorang anak gadis yang cukup manis dan cantik. Wajahnya seiras pelakon sensasi, Nora Danish. Nama anaknya itu adalah Nisa. Cuba perhatikan betul-betul..

Gambar Kekasih Saida Tarudin?

Rabu, 22 Januari 2014

Dengarnya kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Tarudin, 38 tahun, yang berstatus janda kini sedang mengenali seseorang lelaki yang juga berstatus duda.

Nama lelaki itu adalah Apit dan berusia 34 tahun dan hubungan perkenalan mereka sekarang dah dua tahun menurut sumber memetik portal GUA. Namun Saida belum terfikir untuk berkahwin dan hanya mahu berserah kepada Allah soal jodoh, namun kini dia hanya memfokuskan anaknya yang mahu mengambil SPM tahun ini.

Saida kantoi dengan seorang lelaki dalam kereta..

Khamis, 12 Mei 2011

Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai. Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu. Mohd Ghazali. Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja. Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata:
"Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".
Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.
Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil. Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi. Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci. Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Ps: Tidak semestinya tindakan cerai itu sesuatu yang wajar. Masih ada khidmat nasihat, kaunseling dan ceramah yang boleh dilakukan. Yang penting adalah taubat, kembali kepada jalan yang benar. Tapi kalau betul-betul terbukti curang, admin pun tak nak kacau daun ha.

Gambar perkahwinan adik dato' Siti Nurhaliza

Rabu, 9 Mac 2011

Mungkin adik Siti Nurhaliza yang bernama Muhammad Ali yang berusia nak 30 tue kot yang nikah. Sebab kurang info mengenai gambar ni. Sekadar gambar yang diberikan kepada penulis. Tapi penulis 'confirm'kan yang Muhammad Ali lah yang kahwin tu. Hehe. Seperti biasa, seluruh ahli keluarga Siti termasuk suami, Datuk K, Saerah dan Saida serta suaminya turut hadir. Apa-apa pun semoga berbahagia kepada adik Siti sehingga selamanya.







































Ulang tahun ke-15 Siti Nurhaliza

Selasa, 20 April 2010

Alkisah Siti Nurhaliza lagi, kang ada movie 'lagi lagi Siti' penulis terbitkan, hehe. Pada jam 8 malam pada 16 April 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Album Duo Sairah dan Saida berjudul Apresiasi di mana majlis ini diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni. Memang sungguh meriah acara ini, dihadiri ramai rakan artis, keluarga, dan juga media-media. Mana taknya menampilkan anak beranak kat pentas dan luar pentas, tapi napa Datuk K tak ikut sekali bila 'keluarga' berkenaan nyanyi bersama-sama atas pentas? malu kot Datuk K ni. hehe.
























Saida dan anak-anaknya

Jumaat, 29 Januari 2010

Baru-baru ini Saida ditemui ketika majlis sidang media Konsert Satu Suara Faizal Tahir dan Aizat yang turut dijayakan oleh Siti Nurhaliza. Memang makin lama makin cun nampak Saida ni walaupun dah bergelar isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak yang semakin membesar panjang. Kalau nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza memang lah tak boleh lawan punya kecantikan dan juga harta, cuma Saida dah boleh menewaskan Siti Nurhaliza dari segi mendapatkan anak sahaja kot. Apa-apa pun tahniah kepada Saida dan Sairah kerana berjaya merakamkan album yang diberi judul, Duo Apresiasi.

Gambar Saida Dan Sairah di WHI

Jumaat, 1 Mei 2009

Saida dan Sairah telah dijemput di dalam rancangan WHI kelmarin (30/4). Mereka diundang adalah atas dasar perbincangan isu yang melibatkan tajuk 'Bahana Fitnah' yang dihostkan oleh Ruhil Shafinaz, ceritanya mengenai gossip dan fitnah yang melanda mereka berdua di laman-laman web, almaklumlah artis baru dalam dunia seni. Selain itu Kedua-duanya kelihatan berseri-seri. Namun Siti Nurhaliza tak dapat datang sama, kalau datang bersama mesti lebih lagi berseri-seri.