Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Isteri Saharul Ridzwan selamat bersaling anak sulung berjantina...
Rabu, 7 Jun 2017
Tahniah diucapkan kepada Shahrul Ridzwan dimana isteri beliau iaitu Qaabila Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi berjantina lelaki pada Selasa, semalam.
Berita itu diumumkan oleh Saharul menerusi Instagram miliknya kira-kira pada pukul 5 petang.
Bagaimanapun Saharul tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak lelakinya itu namun mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan peminat kepadanya dan isteri.
"saharulridzwanAlhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn. 😊" tulisnya.
Saharul Ridzwan tinggal berasingan dengan isteri?
Ahad, 29 Januari 2017
Dengar-dengar timbul pula isu dimana sesetengah pihak mendakwa kononnya, Saharul Ridzwan terpaksa ‘berasingan’ dengan isterinya buat sementara waktu kerana sering diganggu makhlus halus ketika menjalani penggambaran telefilem Trauma.
Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika penggambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.
Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul menyifatkan ia satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.

"Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?
Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.
Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus…yang satu." -katanya memetik mStar Online
Ini yang terjadi dengan berat badan Saharul Ridzwan terkini!
Jumaat, 18 November 2016
Jika sebelum ini, peminat terkejut dengan pengakuan pelakon Saharul Ridzwan yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak sehingga 20 kg! Namun, kini melalui laman Instagram, pelakon itu dilihat sedang berusaha menurunkan berat badannya.
Menerusi gambar terbaharunya itu, Saharul berkata dia telah berjaya menurunkan sebanyak 3 kg!
Ini mungkin melalui kerja kerasnya di gymnasium, seperti yang diperkatakan oleh pelakon itu sebelum ini yang mahu kembali bergerak aktif.

Tempat bulan madu Saharul Ridzwan, isteri buat korang terkejut..
Rabu, 26 Oktober 2016
Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir yang baru mendirikan rumahtangga baru-baru in menyimpan hasrat untuk berbulan madu. Walaupun banyak destinasi popular bulan madu yang sering disebut namun Tanah Suci kota Mekah juga menjadi pilihan sekaligus menunaikan ibadah umrah yang dijangka pada tahun hadapan.
“Kalau nak cakap honeymoon betul-betul secara berdua belum lagi. Saya punya target nak pergi umrah. Baru sahaja lepas kahwin baru boleh daftar sebagai mahram.
Insya-Allah, kalau ada rezeki pergi Mekah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Melodi.
Sebab kenapa Mia Ahmad umum kahwinnya semalam...
Jumaat, 21 Oktober 2016
Semalam Mia Ahmad membuat pengakuan akan berkahwin dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan adalah untuk berharap tiada mana-mana pihak akan mengaitkannya dengan aktor Saharul Ridzwan .
Mia tidak mahu kisah lama yang mengaitkan dia dan Saharul akan terus menjadi bualan kerana aktor itu sudah pun berumah tangga.
Mia tidak mahu kisah lama yang mengaitkan dia dan Saharul akan terus menjadi bualan kerana aktor itu sudah pun berumah tangga.