Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Safee Sali selamat menimang anak sulung, nama dan jantina ialah... (gambar)

Khamis, 18 Jun 2015

Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali telah menimang anak sulung bayi perempuan beliau bersama isteri, Fitria Elfina.

Bayi berkenaan diberi nama Sanika Salsabila itu telah dilahirkan dengan berat 2.8 kg pada jam 9.22 pagi Isnin semalam di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru.
Alhamdulillah..semua nye selamat..wife saya melahirkan seorang bayi perempuan..tiada apa yang lebih bermakna dalam dunia jika kita bersama keluarga yang sudah sempurna.." -Safee petikan Instagram miliknya
Safee Sali bernikah dengan Fitriana Elfina seorang warganegara Indonesia pada 21 Disember 2013. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Safee dimana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012. Hasil perkahwinan terdahulu, Safee dikurniakan dua orang cahaya mata.

Aidil, Zarema tunai umrah. Kena maki hamun..

Rabu, 2 Julai 2014

Pemain bola sepak dan juga bekas suami kepada pelakon, Rita Rudaini, Aidil Zafuan telah berangkat pergi menunaikan umrah dengan isterinya, Zarema Zainal bersempena bulan Ramadan hujung bulan lalu.

Turut mengikuti jejak pemergian mereka ke Tanah Suci Makkah itu juga adalah, rakan seperjuangan Aidil, Safee Salie dan juga isteri beliau.


Namun dalam kepermergian Aidil dan isteri baharunya itu menunaikan umrah, ada juga pihak-pihak lain yang tidak berpuas hati dengan memberikan komen mengenai kes nya yang kini masih tiada jalan penyelesaian mengenai tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini yang banyak kali ditangguhkan.

Manusia ke Tanah Suci biarlah kita tanggapi dengan berfikiran positif sebagai melatih diri kita menjadi manusia yang berakhlak walaupun individu yang menunaikan umrah itu menghadapi masalah pribadi, jangan lah diungkit mengenai hal yang melanda dirinya, pergi umrah adalah atas jemputan Allah SWT sang Maha Pencipta Alam Semesta ini, doakan terbaik agar semuanya boleh selesai dengan cara yang di redhai.

peace yo..

Isteri Safee Sali Yang Baru

Isnin, 23 Disember 2013

Baru-baru ini kalau tidak silap 21 Disember yang lalu, Safee Sali yang juga pemain bola sepak senior kebangsaan telah selamat diijabkabulkan oleh pasangannya bernama Sasha seorang yang berasal dari indonesia.

Namun majlis mereka yang berlangsung awal pagi itu diadakan di rumah pengantin perempuan delat Bidor, Perak. Tahniah diucapkan. -gambar instagram.com/feverpictures

Emma Maembong Sindir JDT

Isnin, 7 Oktober 2013

Pada hari Sabtu yang lalu, satu perlawanan suku akhir ke-2 diantara Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) telah berlangsung dimana Kelantan membenam JDT dengan 6-1 dan sekaligus agreget 8-5 membawa pasaukan Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Namun Emma Maembong ada post satu artikel menarik di laman sosialnya menurut portal Cari. Boleh rujuk gambar diatas. Gara-gara tindakan Emma ini, dia dikecam hebat oleh fan JDT di laman sosial mereka. Difahamkan, post itu sebenarnya sudah ada sebelum Emma post di laman sosialnya. Dan Emma sudah 'remove' post itu kerana tidak menimbulkan banyak spikulasi lagi.

Gambar Anak Ayu, Zaquan Edisi Julai

Selasa, 9 Julai 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan juga adik kepada Rozita Che Wan yang juga seorang pelakon, Ayu Raudhah yang terkini, Muhammad Aisy Qaiser. Usianya kini dah 3 bulan lebih dan untuk edisi Julai ini Zaquan sempat memuatnaik gambar anaknya ini ke dalam laman sosial Instagram miliknya. -Instagram zaqone_08

Safee Sali dalam Majalah Maskulin

Isnin, 4 Jun 2012

Kepada mereka yang meminati sukan bola sepak terutama kepada peminat Safee Sali, mesti menantikan kelibat orang ini dalam mana-mana majalah sukan atau pun hiburan. Pemain yang kini boleh dianggap seorang pemain yang mahal pernah dimiliki Malaysia dengan menjadikan bola sepak sebagai satu punca rezeki pendapatan yang melimpah ruah. Apa-apa pun semoga berjaya dalam bidang yang anda ceburi Safee.

Safee Sali cerai talak satu dengan isterimya

Rabu, 4 April 2012

Memetik daripada sumber Utusan, Pemain bola sepak negara, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

Tidak dapat dipastikan apa sebab utama keretakan rumahtangga berkenaan, adakah ianya menyangkut soal kerjaya Safee sendiri atau pun hal pribadi yang lain. Safee dan Sabarina mempunyai 2 anak perempuan (Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1)

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika Safee beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.