Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Top 5 selebriti cemerlang SPM

Selasa, 21 Mac 2017

NEELOFA

Keputusan SPM: 10A
Tahun: 2006


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Nor, merupakan seorang pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR dan menyambung pendidikan ke peringkat menengah di sekolah MRSM Langkawi dan keputusan 10A dalam SPM. Selepas itu dia melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Sunway dalam jurusan, Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.


MIRA FILZAH

Keputusan: 8A
Tahun: 2010


Pelakon dan pengacara, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan antara bekas pelajar cemerlang di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 8A. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya di dalam jurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA.


EZLISA LOY

Keputusan: 7A, 2B
Tahun: 2013


Ezlisa Loy, 21, adik kepada pelakon wanita popular Elfira Loy ini merupakan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya dan keputusan SPM yang diperolehinya juga sangat memberangsangkan. Kini Ezlisa sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti.


SOO WINCI
Keputusan: 7A, 2B

Tahun: 2002


Bekas pelajar sekolah SMK Damansara Utama, Soo Winci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.


JANNA NICK
Keputusan: 6A, 2B

Tahun: 2013


Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali dengan nama Janna Nick merupakan seorang pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri seni. Bukan sahaja cemerlang di dalam bidang lakonan namun Janna juga merupakan pelajar cemerlang ketika di bangku persekolahan. Janna adalah bekas pelajar MRSM Pendang dan memperoleh keputusan SPM, 6A 2B.

Anak dapat 9A SPM, Ajai belikan hadiah 'gempak' tapi cukup sederhana

Isnin, 7 Mac 2016

Seperti sedia maklum, anak selebriti yang mendapat keputusan terbaik SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini adalah anak Ajai dan bekas isterinya, Nurul Wahab.

Walaupun ibu bapanya sudah tidak bersama lagi sebagai suami isteri, namun kasih sayang kedua-duanya setelah berpisah diberikan cukup merangsang anaknya untuk terus berjaya.

Nama anaknya Ayu Nazirah memperolehi 9A dalam semua subjek yang diambilnya. Sebagai hadiah, Ajai memberikan hadiah untuk Ayu.

Hadiahnya adalah..

Hadiah SPM anak ke-2 Che Ta yang mengeliurkan..

Sabtu, 16 Januari 2016

Anak sulung dah diberikan hadiah kereta BMW oleh Rozita CHe Wan bersempena keputusan SPM nya yang terbaik. Namun buat anak ke-2 nya pula, Aniq Ezzra dikhabarkan akan jua dibelikan kereta yang bukan calang-calang hebatnya.

Iaitu kereta jenis Nissan GTR yang menjadi idaman setiap lelaki.
“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran”

“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” jelasnya kepada Harian Metro.

Emma Maembong komen isu 'boleh berjaya tanpa SPM' (9 gambar)

Rabu, 8 Julai 2015

Beberapa minggu lalu, Emma Maembong ada tampil memberitahu yang dia boleh berjaya tanpa ada sijil SPM dan kenyataan itu telah menimbulkan banyak komen.

Ada yang bersetuju kerana tidak semestinya belajar tinggi-tinggi akan mendapat pendapatan yang menjamin masa depan melainkan usaha mencari duit itu ada.

Ada yang tidak setuju kerana kanak-kanak akan terpengaruh dengan kenyataan Emma itu dan seterusnya enggan belajar bersungguh-sungguh.

Dan ini komen Emma mengenai kenyataannya sebelum itu. Nak sokong atau tidak?

Emma Maembong akui tiada SPM, tapi...

Ahad, 21 Jun 2015

Emma Membong mengakui tidak mempunyai kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan ini dijadikan bahan kecaman segelintir pihak yang melihat Emma tidak mempunyai masa depan.

Namun bagi Emma tanpa SPM dia juga mampu menyara kehidupannya seharian tanpa bergantung kepada orang lain.
“Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara”

“Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai,” -Emma petikan portal Kosmo!

Punca sebenar anak Rosyam tidak dibenarkan bekerja di Hamleys

Isnin, 22 Disember 2014

Memang banyak kedai-kedai di Malaysia ni yang rasis dan mengikut kemahuan mereka bukan kualiti yang diperlukan. Terbaru mengenai Hamleys sebuah kedai permainan kanak-kanak yang menjadi bualan hangat apabila tidak membenarkan anak kepada aktor terkenal, Nur Lisa Rosyam Nor untuk bekerja di syarikat berkenaan gara-gara anak Rosyam bertudung sahaja.

Hamleys telah pun meminta maaf dan inilah punca sebenar daripada hal itu berlaku melalui portal mStar.
"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini,"


"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama,"
Dan ini komen Rosyam Nor mengenai syarikat berkenaan.
"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!,"

"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.

"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," katanya.

Rozita tunai janji, belikan Ammar kereta BMW berharga...

Khamis, 2 Oktober 2014

Memang super kaya kalau melihatkan ROzita Che Wan menunaikan janjinya untuk anak sulungnya yang berjaya mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu Ammar dengan kenderaan mewah jenis BMW Series 6.

Dengar info harga kereta berkenaan di pasaran tempatan mencecah lebih RM500,000!. Aduiya. Gila mahal hadiah seperti ini, rasanya rekod bagi hadiah daripada pemberian ibu kepada anaknya di negara ini.

Hadiah BMW X6, Mengarut! - Ammar Effendy

Khamis, 10 April 2014

Cerita mengenai hadiah mewah BMW X6 dari Rozita Che Wan kepada anaknya, Ammar Effendy yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2013, sudah pun tersebar luas bahkan ianya juga tidak dikomen oleh Rozita sendiri.

Namun anaknya, Ammar Effendy sepertinya menafikan cerita itu dan menganggap ianya sebuah cerita yang mengarut memandangkan mereka bukan dari keluarga golongan VIP mahupun VVIP mahupun golongan perniagaan yang boleh diberikan hadiah sebegitu hebat.

Tapi iPhone 5S Gold Ammar boleh dikatakan mewah juga.. kuikui.

BMW X6 RM300k hadiah untuk anak Che Ta

Selasa, 8 April 2014

Dengarnya anak Rozita Che Wan akan dibelikan satu kereta mewah model BMW X6 disebabkan mendapat keputusan cemerlang SPM 2013 walaupun sekadar mendapat 8A.

Sebelum peperiksaan itu, anak Rozita menginginkan kereta sport sebagai pendorong untuk berjaya dalam SPM nanti. Rozita sepertinya dapat merealisasikan impian anaknya itu, dan kemungkinan besar model BMW x6 adalah kereta yang hendak dihadiahkan bernilai sekitar RM300,000 lebih.

Namun pembelian itu ditangguhkan disebabkan mahu mengurus terlebih dahulu pembelian kereta miliknya untuk kegunaan seharian memandangakn Rozita kini hamil.

Adik Elfira Loy, Ezlisa dapat SPM....

Jumaat, 21 Mac 2014

Dan ini pula adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy yang juga menduduki ujian SPM 2013 lalu, telah mendapat keputusan yang cukup membanggakan juga, iaitu 7A dalam subjek sains tulen.

Apa-apa pun tahniah lah juga ye. :)

Anak Rozita Che Wan dapat SPM ....

Semalam keputusan SPM 2013 telah diumumkan, dan peningkatan sedikit semua pelajar yang mendapat A.

Anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy telah mendapat 8 A dalam ujian itu, sekaligus merupakan anak selebriti yang cemerlang dalam SPM 2013.

Tahniah lah kalau seperti itu, minta papa belikan hadiah, paling tidak Mercedes. keke.

Najwa Latif Dapat 4A SPM

Jumaat, 22 Mac 2013

Tahniah! dengar khabar penyanyi, Najwa Latif mendapat keputusan yang dianggap baik dalam SPM 2012 yang diumukan keputusannya semalam.

Najwa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dengan aliran sains mengambil sepuluh (10) subjek akhir SPM dengan mendapat 4A sedikit tersasar daripada targetnya untuk mendapat 6A sebelum ini. Lain-lain subjek tidak dapat diketahui apa keputusannya.

Namun Najwa tidak dapat menhadiri untuk mengambil keputusan SPM berkenaan.

Cita-cita Najwa Latif Adalah........

Rabu, 6 Februari 2013

Walaupun ada yang beranggapan Najwa Latif adalah seorang yang buta fashion namun hakikatnya anak seni muda ini berjiwa besar, dan memendam cita-cita besar dalam hidupnya.

Menurut laporan Utusan semalam, Najwa akui dia minat dalam bidang pengajaran, yakni dia mahu menjadi setidak-tidaknya seorang pensyarah atau pendidik.

Najwa kini dalam proses menunggu keputusan SPM yang dijadualkan pada Mac 2013 ini. Dan berharap dapat keputusan yang cemerlang.

Jika keputusan SPM-nya baik, dia akan sambung belajar di IPTA tempatan dan mahu mengambil bidang dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).  :)





Komen Najwa Latif Kontroversi Pengakuan Ayah

Sabtu, 8 Disember 2012

Najwa Latif semenjak dikenali ramai memang tiada kontroversi yang melanda dirinya, namu beberapa hari yang lalu apabila sebuah akhbar memaparkan penampilan seseorang yang bergelar ayah kepadanya yang membuat kenyataan berani mati.

Pelbagai dakwaan ayah Najwa dilemparkan kepada Najwa sehinggakan Najwa sendiri merasakan dirinya diaibkan. Oleh itu Kosmo! semalam telah menemu bual Najwa berhubung dengan kontroversi itu. Jom baca..
K: Najwa baru hendak membuat kemunculan semula setelah lama cuti menyanyi. Adakah Najwa kecewa apabila terdapat cerita kurang baik tentang anda yang telah dipaparkan dalam media?

Sama ada saya kecewa atau tidak, saya terpaksa berhadapan dengan segala apa yang berlaku. Bagaimanapun, apa yang lebih penting saya perlu terus menjadi seorang yang kuat dan bersemangat untuk menghadapi semua itu.

Dalam perkara ini, saya cuma menganggap setiap perkara yang telah terjadi ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Jadi, lebih baik sekiranya saya kembali fokus kepada kerjaya sahaja tanpa memikirkan perkara peribadi.

K: Najwa sudah bersedia untuk menceritakan hal yang sebenar?

Saya minta maaf kerana tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau saya buka mulut dan bercerita, sudah tentu saya akan mengaibkan keluarga dan itulah perkara yang saya mahu elakkan sekarang.

K: Dengan cerita yang didedahkan itu, adakah Najwa fikir ia akan menjejaskan kerjaya dan periuk nasi anda sebagai penyanyi?
Sebenarnya saya lebih percaya bahawa setiap rezeki yang diperoleh itu semuanya telah ditentukan oleh Allah. Sekiranya terdapat sebarang tawaran membuat persembahan ditarik balik, saya anggap itu bukan rezeki dan terima dengan hati terbuka.

K: Apakah reaksi peminat terhadap cerita berkenaan?

Saya berasa sangat lega dan gembira kerana para peminat masih tetap menyokong saya, malah ada antara mereka yang turut memberi pandangan supaya saya tidak memberikan sebarang komen terhadap isu tersebut.

Najwa Latif beli kereta Myvi CASH!

Ahad, 12 Februari 2012

Najwa Latif kini berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini. Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila Najwa telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran popularitinya kini.

“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar. -Via
-dah ada lesen ke Najwa ni, ke untuk pulang alik tuisyen jerk.. huhu.

Komen Nur Amalina isu gambar tersebar!

Khamis, 5 Januari 2012

Isu Nur Amalina yang tersebarnya gambar miliknya di internet dimana gambar berkenaan menunjukkan Nur Amalina seperti sudah sosial hidup diluar negara. Penafian telah dinyatakan oleh Nur Amalina sendiri dan juga ibundanya melalui sidang media berita tempatan beberapa jam yang lalu, penafian dibuat kerana mungkin ada yang cemburu mengenai kejayaan Nur Amalina. Bagi kami rakyat Malaysia, itu bukan persoalan asas yang harus dibangkitkan, yang menjadi persoalan adalah perubahan fizikal Nur Amalina, kan lebih baik dan molek jika image Nur Amalina sebagai anak Malaysia dikekalkan seperti bertudung atau berbaju kurung.

Maka tidak hairanlah 2 buah video perbualan Nur Amalina dengan orang penting untuk menjelaskan kepada seluruh orang Malaysia akan gambar berkenaan. Yang pelik pon, lihat sahaja kedua video pengakuan ni di laman YouTube, bukan ramai orang 'like' tapi banyak lagi 'dislike'. Sebab apa???

Kita tidak mengharapkan ulasan panjang lebar mengenai gambar pribadi tersebar luas, itu semua berpunca dari kelalaian empunya badan meletakkannya dilaman sosial. Yang sekarang adalah, kita seharusnya bangga memiliki Nur Amalina yang genius ini menerapkan budaya Malaysia kedalam diri, apatahlagi budaya Islamic dalam dirinya. Namun malangnya, bukan itu yang kita impikan. Memang betul kata orang, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, tapi lagi betul kata Allah, dimana bumi dipijak, Islam tidak pernah berubah dalam setiap hati orang yang mahu berfikir.

Admin bukan mahu mengentam Nur Amalina, tidak sama sekali, malah meminati dan menjadi ikon admin sejak dulu lagi, tapi begitulah episodnya, nasi sudah menjadi bubur. Wallhaualm

Perubahan Pada Diri Nur Amalina Che Bakri

Selasa, 3 Januari 2012

Kenal masih dengan Nur Amalina Che Bakri? seorang pelajar pintar dalam SPM pada 2004 yang lalu. Amalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran. Dan difahamkan Amalina bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. Namun tahu tak anda, apa yang terjadi kepada dirinya baru-baru ini yang heboh diperkatakan? perubahan dirinya yang begitu jelas apabila berada diluar negara. Tapi biasalah, manusia senang berubah, kawan admin pon macam tu gak, SPM power giler, tapi sosial tetap ada.











Tahniah! Miera Liyana cemerlang SPM 2011

Khamis, 24 Mac 2011

Miera Leyana yang kini namanya hangat diperkatakan ekoran kontroversi baju seksi yang diperagakan pada majlis baru-baru ini, cukup puas dengan keputusan SPM yang diumumkan kelmarin (23/3), dengan mendapat kebanyakannya A dalam mata pelajaran yang diambilnya. Jumlah sebenar "A" yang diperolehinya tidak didedahkan kepada umum. Miera sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cukup memuaskan, tambahan dia agak sibuk menjalani pengambaran filem juga drama.

'Mungkin, antara kunci kejayaan saya adalah pembahagian masa di antara pelajaran juga kerjaya dalam bidang seni. Keluarga saya juga menjadi pendorong kejayaan ini dengan memberi sokongan dan mereka bersyukur dengan keputusan yang diterima," tambah Miera lagi. -Gua!