Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gerimis Mengundang - Dyg Nurfaizah ft Harvey Malaihollo

Khamis, 2 Jun 2011

Lagu Gerimis Mengundang yang pernah top satu masa dahulu nyanyian kumpulan SLAM adalah satu-satunya lagu yang begitu asyik dan membawa mesej yang tersendiri. Namun baru-baru ini lagu ini akan dipopularkan dengan irama jazz oleh dua gandingan penyanyi Harvey Malaihollo dari Indonesia dengan Dayang Nurfaizah dari Malaysia. Lihat video dibawah ini sungguh tidak disangka version jazz Gerimis Mengundang amatlah terlena apabila mendengarnya, lebih-lebih lagi suara Dayang yang merdu. Korang cuba dengar erk..

Zamani Masih Bujang Lagi

Selasa, 4 Ogos 2009

Dulu heboh juga orang bercakap pasal penyanyi Zamani Slam sudah bernikah dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan. Selepas ia diperkatakan, Zamani menghilangkan diri beberapa bulan, minggu, hari dan jam. Ia semacam mengesahkan khabar itu sebagai ada kebenarannya. Tapi baru-baru ini, orang yang rapat dengan Zamani mengatakan Zamani masih membujang dan baru jumpa penyanyi itu beberapa minggu lalu. Macam mana timbulnya cerita dia sudah kahwin.

"Saya ada juga dengar pihak wanita itu sendiri yang menyampaikan cerita kepada pihak tertentu pasal pernikahannya dengan Zamani. Sejak itulah berita itu mula tersebar. Semasa Zamani hilang tu... dia sebenarnya cuba menghindari gangguan wanita tersebut. Memang ada juga wanita itu ikut Zamani ke beberapa majlis tidak lama dulu, tapi saya tak tahulah sejauh mana hubungan mereka," katanya.
Macam tahu pula kisah Zamani dan pernikahan dibualkan, tiba-tiba telefon bimbit sumber itu menerima satu mesej. Antara lain mesejnya berbunyi macam ini:
"You tahu ke Zamani dan gadis bernama J nak kahwin hujung tahun ini."
Eh! bila senyap gosip sudah berkahwin, timbul pula gosip bakal kahwin pula. Tak tahulah siapa pula yang sebarkan gosip itu. Agaknya dia mahu isu itu kembali hangat agaknya. -ManggaOnline Watever, Ngeh3.