Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dikaitkan dengan Datuk Red, ini komen Ruhainies

Ahad, 27 Ogos 2017



Ruhainies meminta pemilik mana-mana laman blog dan netizen berhenti mengaitkan dia dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies berkata isu antara dia dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu sudah lama selesai.

Cemburu atau sakit hati oh Ruhainies, Azrel mahu kahwin..

Khamis, 4 Mei 2017


Baru-baru ini, Azrel telah tampil membuat kenyataan bahawa beliau bakal berkahwin pada tahun hadapan. Mendengar berita tersebut, Ruhainies yang sebelum ini digosipkan rapat dengan Azrel mengakui beliau agak sakit hati dengan kenyataan Azrel mahu berkahwin.

Rasa sakit hati Ruhainies sebenarnya kerana Azrel tidak memberitahu beliau berita gembira tersebut sedangkan mereka berdua berkawan baik. Namun sepertinya bersifat cemburu.

Sakit hati juga bila dapat tahu Azrel sudah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan tanpa memberitahu saya. Mana tidaknya, saya kawan baik dia tapi tak nak kongsi berita gembira ini.

Saya ada hubungi dia dan bertanya siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya. Sebagai kawan yang rapat dengan dia, sudah semestinya saya akan teruja kalau dia betul-betul sudah ada kekasih. -kata Ruhainies memetik portal THE MALAY MAIL ONLINE

Balik Umrah, Ruhainies belum sedia bertudung

Khamis, 27 April 2017


Ruhainies mengakui sering ditanya peminat bila agaknya mahu bertudung, Ruhainies menjawab yang dia belum bersedia lagi untuk menutup aurat di bahagian penting itu. Pertanyaan ini timbul apabila Ruhainies balik dari mengerjakan umrah Februari lalu.

Ruhainies berpegang tangan berpeluk mesra dengan Asyraf Aley? (gambar peluk)

Sabtu, 22 April 2017

Azrel Ismail akui sayang Ruhainies

Rabu, 19 April 2017

Azrel Ismail mengakui pernah meluahkan perasaan sayang kepada aktres Ruhainies. Menurut Azrel, ucapan istimewa itu hanyalah sebagai tanda persahabatan mereka yang telah lama terjalin.

"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.

"Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.

"Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah," katanya kepada mStar Online.

Aksi cium Ruhainies dikecam

Khamis, 9 Mac 2017

Kasihan Ruhainies kerana dikecam gara-gara memuatnaik video dicium mesra oleh seorang lelaki yang berstatus adik kandung. Namun kakaknya, Nur Risteena tampil memberikan penjelasan terhadap video berkenaan.

"Adik lelaki saya adalah adik yang paling bongsu dalam keluarga.

"Hubungan kami lima beradik memang rapat kerana kami membesar bersama-sama sejak dari kecil dan tak pernah berpisah.

"Jadi, video itu bukanlah satu isu yang perlu dipertikaikan," katanya.

Terdahulu, Ruhainies memuat naik video di Instagram yang memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluknya sebelum mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Ruhainies tunai Ibadah Umrah (cantik bertudung)

Isnin, 6 Februari 2017

Besarnya, Auww.... - Ruhainies

Rabu, 1 Februari 2017

Apa yang besar sampai meraung Auww ni kat Ruhainies. Video kat bawah tu ha..

Golongan VIP saya tolak sebab.... - Ruhainies

Selasa, 13 Disember 2016

Ruhainies mengakaui dirinya masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki kerana beliau ingin memberikan fokus kepada kerjayanya dahulu.
Jadual kerja saya juga sangat sibuk hingga Jun tahun depan. Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta.Ia memang mustahil.

Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia.
Menurut Ruhainies, beliau tidak memilih ataupun meletakkan sebarang syarat buat mana-mana lelaki. Ruhainies mengidamkan seseorang yang mempunyai sikap hormat kepada orang tuanya dan mampu membimbing beliau.
Saya mempunyai sasaran tersendiri untuk diri sendiri. Kalau saya berjaya mencapainya iaitu membelikan rumah untuk ibu bapa, baru saya boleh fikir untuk berkahwin.

Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya berserah kepada jodoh." -katanya memetik HarianMEtro

Ruhainies seorang yang manja - Hafiz Bahari

Rabu, 26 Oktober 2016

Pelakon baru (drama Papa Ricky di Astro Ria), Hafiz Bahari mengakui yang dia mengidami untuk berlakon dengan pelakon, Ruhainies yang juga kekasih hati, Azrel Ismail.

Memetik MediaHiburan, Hafiz berkata, Ruhainies memiliki bakat dan keistimewaannya yang tersendiri.

"Sebab dia ada ciri-ciri wanita yang mengambil berat terhadap seseorang dan manja. Lepas tu bila dia bercakap ada loghat Penang,"

"Bersyukur walaupun masih baru dalam industri. Insya-Allah kalau ada rezeki pada masa akan datang kenapa tidak kan," jelas Ruhainies.

'Kami tidak bercinta - Ruhainies', Azrel menipu?

Isnin, 19 September 2016

Ruhainies menegaskan bahawa dia dan aktor Azrel Ismail tidak pernah menjalinkan hubungan cinta seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Ruhainies juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan.

"Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.

"Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya,"

"Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.

"Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya kepada mStar Online

Siapa kekasih Ruhainies kini dah terjawab.. dia adalah...

Jumaat, 9 September 2016

Heboh apabila Azrel Ismail membuat pengakuan berani mati dimana dia mengakui yang dia dan Ruhainies kini sedang dilamun cinta, sejak setahun lalu.

Elak difitnah, ini yang Ruhainies lakukan..

Rabu, 7 September 2016

Ruhainies tidak pernah terkongkong apabila ditemani oleh ibu atau ahli keluarganya selepas dihimpit kontroversi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies berasa lebih selamat selain ia dapat mengelak daripada timbulnya fitnah seperti mana berlaku sebelum ini.
"Saya sebenarnya boleh menjaga diri sendiri tetapi sedar sebagai selebriti gerak-geri kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

"Kehadiran ibu, ahli keluarga atau pun pembantu peribadi ke mana sahaja saya pergi sebenarnya membuatkan saya berasa lebih selamat tambah lagi dengan kejadian berlaku sebelum ini.

"Kerjaya saya banyak bertemu dengan orang dan jika ada teman ia boleh mengelakkan fitnah," katanya kepada mStar Online.

Adira bakal diceraikan? kahwini Ruhainies? ini jawapan Datuk Red

Selasa, 30 Ogos 2016

Datuk Seri Adnan Abu aka Datuk Red menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan Adira Suhaimi untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Datuk Red menegaskan yang dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

Ruhainies rela kahwin duda Tapi bukan suami orang..

Rabu, 24 Ogos 2016

Pernah menjadi perhatian gara-gara kontroversi bersama dengan suami Adira AF beberapa minggu lalu, Ruhainies mengakui yang dia kini masih lagi bergerak secara solo.

Namun, Ruhainies mengakui tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain, rela kahwin duda daripada suami orang.

“Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima. Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya”

“Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan,” jelasnya kepada Kosmo! Online

Sebab Ruhainies enggan bekerjasama dengan Datuk Red lagi

Rabu, 3 Ogos 2016

Sebab Ruhainies Enggan Kerjasama Dengan Dato Red Lagi

Ruhainies yang namanya kini hangat bak pisang goreng panas menyatakan dia enggan terlibat dengan mana-mana projek lagi dengan ahli perniagaan Dato Red yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan dirinya sebelum ini.

Dato Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu merupakan suami kepada penyanyi Adira didakwa mempunyai hubungan dengan Ruhainies selepas penyebaran sebuah video menunjukkan aksi kemesraan di antara keduanya pada pertengahan bulan lalu.

Mengulas mengenai keengganannya untuk bekerjasama lagi, ini jawab Ruhainies, “Pertemuan kami untuk membincangkan projek filem pendek seperti iklan raya membabitkan saya dan dia baru-baru ini.”
“Sebelum berlakunya lebih banyak masalah, lebih baik saya batalkan dan menarik diri.

“Saya tidak mahu dihimpit kontroversi lain. Seboleh-bolehnya saya mahu bekerja dalam suasana tenang dan selesa,” katanya memetik Harian Metro.
Video kontroversi itu dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dan ia memaparkan aksi seolah-olah Dato Red merangkul pinggang aktres muda itu.


Adira berdendam dengan Ruhainies?

Selasa, 26 Julai 2016

Penyanyi Adira Suhaimi, 25, berharap kisah rumah tangganya tidak disensasikan selepas berlaku kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dan pelakon baharu, Ruhainies.

Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi itu berkata, dia tidak melayan komen di laman sosial namun isu dibangkitkan mengguris hati apabila dilakukan sendiri insan terdekat, sekali gus dianggap seakan serangan peribadi.
"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah.

"Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.

"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar," katanya.
Beliau yang sebelum ini enggan membuka mulut memberi komen mengenai kenyataan suaminya di media berhubung keintiman dengan Ruhainies selain kesediaan menambah kuota isteri akhirnya tampil membuat penjelasan. -BHarian

Teman Lelaki Ruhainies? (4 gambar)

Isnin, 25 Julai 2016

Datuk Red akui bakal kahwin lagi, tapi dengan wanita berciri ini..

Ahad, 24 Julai 2016

Melalui kenyataannya sebelum ini, memang gayanya Ruhainies bakal menjadi isteri ketiga namun bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Red (Datuk Seri Adnan Abu) menyatakan perkara sebaliknya.
“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,” jelasnya
Malah Datuk Red juga menyatakan rasa simpati terhadap Ruhainies di atas perkara tersebut. Bagaimanapun Datuk Red juga percaya terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej dirinya melalui rakaman video tersebut.
“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira”

“Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,” katanya.

Pelakon Ruhainies iras Nora Danish (video)

Jumaat, 18 September 2015


Memang iras lah wajah pelakon baru, Ruhainies ni dengan Nora Danish, sehinggakan dia sendiri merasakan hal demikian kerana ramai yang beranggapan demikian.

Namun Ruhainies tidak mahu meniru 100% apa yang ada pada Nora Danish dari semua segi. -video mStar