Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar baby comel Riz Amin sebulan (12 gambar)

Isnin, 6 Julai 2015

Inilah anak terkini Riz Amin dan isterinya, Syarifah Fazlina yang selamat bersalin pada 2 Jun lalu. Nama anaknya ini Putri Natalia Eryna yang kini genap sebulan usianya. -gambar The Photolicious.

Riz Amin timang anak sulong (gambar)

Khamis, 4 Jun 2015

Tahniah Riz Amin kerana bergelar bapa semalam. Isteri beliau Sharifah Fazlina telah selamat bersalin anak sulung mereka.

Jantina anak berkenaan adalah perempuan, dilahirkan pada jam 9.30 malam dengan berat 2.25 kg di Hostpital Umra, Shah Alam, memetik laporan Bharian.

Riz Amin bakal bergelar ayah, isteri hamil berusia...

Selasa, 18 November 2014

Dikhabarkan isteri kepada pelakon, Riz Amin, Sharifah Fazlina kini mengandung/hamil anak sulung mereka dengan usianya 3 bulan.

Ikut info, mereka kahwin pada 15 November 2013 yang lalu. Tahniah diucapkan.
"Alhamdulillah, ini yang dinamakan rezeki. Pada awalnya kami memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata selepas setahun berkahwin. Dan kini isteri saya telah hamil," -Riz memetik portal MediaHiburan

Gambar Sekitar Malam Berinai, Pernikahan Riz Amin

Rabu, 20 November 2013

Memetik portal MediaHiburan, Pelakon Riz Amin sudah selamat menjadi suami aka dinikahkan dengan pasangannya Sharifah Fazlina awal pagi Jumaat lalu bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Jelutong.

Mas kahwin bagi majlis bermakna itu dari Riz adalah jongkong emas berharga RM5,000, wang hantaran pula RM10,000 diiringi dengan 7 dulang barang hantaran. Manakala Sharifah membalasnya dengan 9 dulang.

Gambar Pra Perkahwinan Riz Amin, Fazlina

Khamis, 17 Oktober 2013

Inilah dia gambar pra perkahwinan pelakon, Riz Amin dengan wanita pilihanya, Sharifah Fazlina. Cukup cantik juga wanita pilihan Riz ni.

Gambar pra perkahwinan ini diambil di sekitar Putrajaya, jadual pernikahan mereka ada sebulan lagi iaitu pada 15 November nanti. -MediaHiburan