Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Riz AF tipu peminat?

Khamis, 15 April 2010

Kasihan dan pilu pula terasa melihatkan nasib yang menimpa keapda bekas pelajar Riz AF6 ni. Baru sahaja mahu kelihatan nampak high class dengan bergambar bersama Ferrari milik tiada bernama yang diketahui, sudah ada isu kantoi membuat kenyataan palsu mengenainya. Bermula pada sisipan pada akhbar Harian Metro beberapa hari lalu tentang mengenai kegilaan Riz AF6 terhadap kereta mewah dan sudah pun memiliki sebuah kereta berjenama BMW.

Bercerita mengenai kejayaan pembelian kereta itu, Riz AF6 telah pun menyebut yang sebahagian duit hasil pembelian kereta berkenaan adalah datang daripada hasil simpanan semasa bekerja sebagai pramugara satu masa dahulu. Seorang bekas rakan sekerja Riz telah tampil membuat pengakuan penafian yang Riz AF6 sememangnya pernah bekerja sebagai pramugara.

Menurut individu tersebut, Riz cuma hanya bekerja sebagai juru di kaunter tiket penerbangan MAS, bukan sebagai pramugara. Tak mengapalah kalau bekerja di kaunter dengan penghasilan yang halal, kalau kerja lama, tak mustahil dapat beli kereta BMW tu, cuma kenapa perlu malu/tipu mengatakan dirinya bekerja sebagai juru di kaunter berbanding pramugara yang cuma omongan kosong. -RotiKaya

Riz AF6 Miliki Kereta BMW 320i

Isnin, 23 Mac 2009

Baru melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah.

Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan.

Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.

Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelip mata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.

Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.

Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.

"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.

"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang saya bayar untuk beli kereta ini dengan hasil titik peluh saya selepas digelar naib juara AF6.

"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.

"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.

"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidak berasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

-Kosmo-