Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yuna is topnotch - Rihanna

Isnin, 13 Ogos 2012

Penyanyi antarabangsa popular Rihanna telah mengejutkan kita semua, apabila dia sendiri mengambil perhatian terhadap penyanyi kebanggan kita, Yuna. Dengan menulis di laman sosialnya berbunyi, 'Yuna is Topnotch' sudah pasti memberikan gambaran yang nama dan pencapaian bakat Yuna bakal dikenali ramai bahkan artis antarabangsa sudah mula mengenali dirinya.

Baguslah kalau begitu Yuna, teruskan usaha mu sebaik mungkin. Kami yakin pasti Yuna berjaya di negara orang, bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Rezeki ada dimana-mana, asalkan tahu membezakan halal dan haram. YoO!

Yuna dalam carta 25 selebriti asing terkenal di US

Rabu, 27 Jun 2012

Terbaca dalam laman http://ohnotheydidnt.livejournal.com/ yang menyatakan radio di Amerika menyenaraikan 'the 25 Sexiest International Singers (Complex Thinks) You've Never Heard Of' dengan pelbagai selebriti yang diminati di sana seperti Carly Rae Jepsen, Rihanna dan lain-lain dibawah umur 25 tahun. Yang paling membanggakan adalah Yuna diantara mereka dalam senarai itu. Yuna yang ke-5 mengungguli sebagai anak Melayu yang berbakat diantara wanita-wanita timur dan barat. Syabas!

Mizz Nina bakal berduet dengan Justin Timberlake, Rihanna!

Isnin, 14 Februari 2011

Cerita terbaru mengenai penyanyi, Mizz Nina yang juga merupakan tunangan Noh Hujan bakal berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal antarabangsa. Khabarnya selepas berpuas hati dapat berduet dan menimba ilmu bersama Colby O'Donis, Nina bakal bersatu dengan artis terkenal, Justin Timberlake dan Rihanna.

Siapa yang dapat menafikan, Mizz Nina punya jalan untuk memenuhi impiannya itu kerana Mizz Nina merupakan anak orang berada. Namun berwang atau tidak yang penting adalah inisiatif dan kerja keras seseorang itu dalam merealisasikan impian. -KosmoOnline