Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Indah Ruhaila tukar warna rambut lagi.. (2 gambar)

Selasa, 2 Februari 2016

Indah Ruhaila ada buat kejutan dan perhatian di AJL 30. Mana tidaknya dia berani dengan mewarnakan rambutnya kepada blonde (putih emas).

Kali ini dia bertukar selera kepada warna ungu gelap.

"Saya sempat berambut keemasan untuk dua hari saja. Rambut saya kini berwarna ungu gelap selepas proses melunturkan tona rambut asal bagi mendapatkan hasil terbaik.

Saya tidak kesal hadir ke AJL30 dengan imej rambut keemasan, walaupun sedar risiko dan reaksi orang ramai."
Kita doakan je la semoga Indah insaf satu hari nanti. huhu..

Sebab mengapa Syatilla Melvin kini berambut pendek.. (37 gambar)

Jumaat, 24 Julai 2015

Ramai tertanya-tanya kenapa Syatilla Melvin kini berambut pendek. Namun Syatilla menafikan dia berbuat demikian atas sebab putus cinta kepada seorang pelakon popular iaitu Shaheizy Sam tapi kerana dia sudah lama berhajat demikian.

15 Gambar Tiz Zaqyah masih warnakan rambut

Rabu, 21 Mei 2014


Ingatkan isu rambut Tiz Zaqyah (yang sebelum ni kecoh di Instagram) ni sudah tidak berlarutan lagi, tapi nampaknya dia masih mewarnakan rambutnya. Dalam bentuk kekal atau sementara tak dipastikan lagi. Tapi rasanya kekal kot.

Kalau warna tu sedang-sedang takpelah kan, ni pekat sangat warnanya. Takpelah, dah kemahuan Tiz, nak wat macamana, tahulah dia nak menguruskannya kan. :)

Tiz ditemui baru-baru ini bersempena majlis sidang media drama ‘Kusinero Cinta’ bersama-sama hero Malaya, Aaron Aziz dengan pelakon terkenal Filipine, Jericho Rosales. -gambar portal GUA

Gambar Anak Nabil Terkini

Isnin, 22 Julai 2013


Nah ini lah dia gambar anak terkini pelawak Ahmad Nabil, Naira Mikayla. Siap dikasihkan rambut grebo ala Allycats gitu. Jahat juga papa dia ni kan. Hhee.


Rambut Fizz Fairuz Yang WOW!!

Jumaat, 26 April 2013


Apa jadi dengan pelakon Fizz Fairuz punya rambut ni. Umpama sarang tabuan yang besar giler. Harap-harap lah kan tak kekal, mungkin hanya untuk show atau event penting untuk bergaya dengan fesyen atau tema ketika itu. Apa-apa pun memang cukup kelakar.



gambar Dafi di Kuala Terengganu

Khamis, 26 Mei 2011

Gambar terbaru Dafi ni diambil ketika Dafi mengacarakan sebuah majlis pertandingan syarikat swasta di Maydin Kuala Terengganu baru-baru ni. Dafi menjadi sepertinya menjadi host kepada peserta-peserat yang bertanding, ingat belia2 yang join, rupa-rupanya beliau2 pula yang join. Hehe. Rambut Dafi pun nak jadi macam Justin Bibir ker, stylo nampaknyer, nanti ada lah filem 'neber say neber ll' hehe.. gurau2 jerk.. :)

Gambar Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Rabu, 11 Mei 2011

Berderau darah melihat gelagat mesra, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ni. Almaklumlah dah bergelar suami isteri, nak peluk pun orang takkan pot pet pot pet dah. Yang haram dah jadi halal. Hehe. Nilah saat penampilan pertama mereka selepas berkahwin pada Januari 2011 yang lalu. Tengoklah kemesraan mereka berdua, memang cocok dan sungguh bahagia sekali. Baguslah kalau berterusan macam ni. Tapi pesal dengan rambut Ayu tu, adoii jah~

Gambar rambut terbaru Maya Karin lebih 'simple'

Selasa, 12 April 2011

Rambut terkini Maya Karin lebih 'simple' dan bersahaja. Mungkin ini fesyen terbaru Maya Karin yang mahu lebih sederhana. Soal rambut, tak perlu lah menjadi isuhangat, sebab apa-apa pun itu diatas kehendak Maya sendiri juga. Hehe. Dengar-dengar Maya Karin nak berhasrat untuk menerbitkan sebuah filem tetapi ia masih lagi dalam perancangan.

“Memang perkara itu (menerbitkan filem) ada terlintas dalam fikiran saya dan ia masih lagi dirancang. Cuma hasrat saya hanya mahu membuat yang terbaik dalam setiap lakonan saya,” kata Maya kepada mStar.
Baguslah Maya, kadang-kadang mimpi itu bakal menjadi kenyataan. Tapi nak lebih cepat realisasikannya, kahwin dengan Datuk. Hehe. Main-main sahaja k. Peace!

Rambut Tomok di Muzik-Muzik 25

Khamis, 25 November 2010

Baru-baru ini ada Saringan Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang diadakan di Sri Pentas. Tapi penulis tak tengok, jadi tak tahu siapa artis yang bertanding ketika itu. Yang pasti kehadiran Tomok sudah dinantikan. Tomok ketika itu menyanyikan lagu Berlari. Yang menjadi tarikan ketika itu, bukan sahaja nyanyian dan persembahan Tomok tapi rambutnya yang dikhabarkan baru sahaja di 'upgrade'. Wah tak tahulah nak kata apa, jarang sekali lihat fesyen rambut Tomok ni, sekali tengok macam kuih muruku. Hehe.. Jangan marah erk.

Rambut Punk Pasha Ungu

Rabu, 24 November 2010

Penyanyi utama/vokalis band Ungu iaitu Pasha kini tampil dengan potongan rambut versi Punk. Kata Pasha potongan rambut Punk tersebut tidak disukai oleh beberapa teman rapatnya kerana kemungkinan mengubah kekacakkannya yang sediaada. Namun Pasha kata dia hanya teringin mengubah imej untuk rasa lebih selesa. Namun begitu, Pasha menolak gaya rambut tersebut akan mempengaruhi muzik kumpulan Ungu.

Imej terbaru Dafi AF5

Sabtu, 6 November 2010

Siapa peminat Dafi mesti ternanti-nanti imej terbaru daripada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ni. Kalau mengikutkan imej terbaru Dafi ni sedikit rock beb, rambut diwarnakan, sepertinya tiada kehitaman sudah. Tidak dipastikan samaada ianya berkonsep kekal ataupun sementara untuk studio photo. Apa-apa pun imej Dafi, Dafi yang juga anak orang berada (VVIP) tetapi dia seorang yang berbudi bahasa, tingkah laku yang sopan, dan pandai menghormati. Itu yang diakui ramai peminatnya.

Perangnya rambut Nurul Syuhada

Ahad, 19 September 2010

Tengok tak rancangan berbentuk info, Majalah Tiga baru-baru ni, mengisahkan penderitaan rakyat di Pakistan. Memang sedih dan terharu sungguh dengan nasib mereka. Tapi tiba-tiba pla tak jadi sedih, sebab terlihat pengacaranya Nurul Syuhada Nurul Ain. Bukan nak menyibok apa, tengok Nurul ni rambut dia makin berwarna perang lah, kalau ada hitam sikit2 kira ok lah, tapi macam dah tak dah, semua perang macam minah salleh. Kalau kekal warna tue, xbleh rasanya Nurul nak solat, tapi harap2 tak kekal warna tue.. sebab warna hitam rambut Nurul lagi manis, apatah lagi kalau pakai tudung. Pergh.. Peace no War..

Anak Que Haidar, Tengku Ratu macam rock!

Isnin, 16 Ogos 2010

Anak kepada pelakon Que Haidar yang baru beberapa bulan ini, Tengku Ratu sudah mengikut jejak langkah ayahnya. Bukan dari segi akhlak tapi dari segi penampilannya. Fesyen rambut seaakan-akan konsep rock gitue. Menarik dan cantik juga fesyen nya. Mungkin fesyen rambut 'extension' jerk kot tak pun rambut fesyen bulu ayam tak pun 'headband'. Semoga berbahagia senantiasa. :)

Rambut tocang Fasha Sandha

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ha yang ni sorang lagi artis kita nak buat rambut ala-ala Karate Kid, Fasha Sandha buat rambut tocang. Sebelum ni Jue Aziz yang pernah berbuat demikian. Rambut fesyen ni memang agak menarik dan unik, payah gak nak buat rambut macam ni, pengurusannya juga amat rumit. Kalau Fasha Sandha tak pa lah, dia kan ada juru solek sendiri, kasih duit semua boleh jadi. Tapi cantik ke Fasha Sandha buat macam ni kat rambutnya? kalau rebonding kan cantik. Haha.

Rambut tocang Jue Aziz

Sabtu, 24 Julai 2010

Lama dah tak dengar khabar pelakon kita yang seorang ni, Jue Aziz. Perkembangan terbaru dia ada berlakon untuk drama 'Janji Kekasih'. Dalam drama itu, Jue merupakan seorang budak nakal yang mahu mencari jalan kebenaran untuk berubah. Tapi sayangnya ianya hanya lakonan semata-mata. Tidak dalam dunia realiti yang sebenar. Di dunia luar pula, Jue dengan rambut terbarunya yang di tocang kan. Apa motifnya, penulis pun tak tahu. Mungkin sekadar suka-suka. hehe.

Siti Nurhaliza warnakan rambut?

Selasa, 22 Jun 2010

Luahan Peminat: straight to the point, ni hah uols tgk sundirik, penyanyi no 1 a.k.a DCT a.k.a Datuk Siti Nurhaliza telah mewarnakan rambutnya. Dulu berudung litup, pastu tudung ditiup angin, makin lama makin nak tercabut, now jambul itu telah berkaratzzzz...perang uols..malas nak citer, tgk jer gambar kat bwh ni dan sebagai tambahan pic no 2 tu, kalo pencahayaan, kenapa rambut Shahir tak perang...

Rambut Rebonding Faouziah Gous

Isnin, 15 Mac 2010

Jika sebelum ini, aktres jelita Fouziah Gous sanggup tampil melekat persis kembar Siam dengan pasangannya, Yasmin Hani dalam filem 2 Hati 1 Jiwa demi tuntutan skrip filem itu. Terbaru, aktres yang cukup sinonim dengan identiti rambut panjang mengurai dan serba ayu itu sekali lagi membuat kejutan untuk filem terbarunya, Hantu Bukit Cina. Menurut Fouziah, dia sanggup memotong mahkotanya semata-mata kerana watak Johanna dalam filem seram itu. Keputusan memotong rambut adalah inisiatifnya sendiri dan bukan diminta produksi filem.

Fesyen rambut Stacy yang baru

Sabtu, 16 Januari 2010

Setelah selesai majlis AJL ke-24 baru-baru ini, Stacy makin memper-cute-kan dirinya dengan rambut fesyennya yang baru. Walaupun tidak memenangi apa-apa kategori dalam AJL, namun persembahan Stacy adalah yang paling bertenaga. Maka tidak hairanlah jika berada di atas pentas. Semangat Kadazan Dusunnya telah menyerap ke dalam tubuhnya. Mungkin perubahan rambut ini sebagai petanda awal dia mahu masuk ke Universiti Lim Kok Wing nanti.

Fesyen Rambut Didi Alias Sehati Berdansa

Rabu, 23 Disember 2009

Pelakon berpengalaman, Didi Alias memang jarang-jarang membuat sebarang kemunculan di kaca tv tidak berbayar, cuma bergiat aktif dalam rancangan realiti Sehati Berdansa musim ke-3 bersama pasangannya, Sham. Dalam tidak disangka kemunculannya Didi di satu Expo telah mengejutkan orang-orang disana dengan fesyen rambutnya yang tidak tahu nama fesyen berkenaan apa. Bersama-sama juga Enot yang merupakan pasangan Sehati Berdansa.

Nadia AF6 Sibuk Soal Rambut

Ahad, 11 Oktober 2009

Jika ramai wanita idamkan rambut yang lurus dan panjang mengurai, namun berbeza dengan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim 6 ini. Nadia Haswani Binti Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Nadia AF lebih suka mengekalkan rambut big curly bersesuaian dengan imej rock yang dibawa. Dan imej itulah yang membezakan Nadia daripada penyanyi wanita yang sedia ada.

"Ramai juga yang suruh Nadia tukar imej, ada yang suruh luruskan rambut namun Nadia selesa dengan imej sekarang. Rambut Nadia memang lurus sebelum ini, cuma untuk album terbaru, Nadia pergi ke salon untuk cantikkan lagi curl rambut ni," ujar penyanyi genit ini.