Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Raja Ilya sudah bertunang? ada cincin di jari manis?

Jumaat, 10 Februari 2017

Ada ebentuk cincin di jari manis Raja Ilya menimbulkan cerita yang dia sudah dilamar oleh kekasihnya dari Australia.

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia sekadar tanda kenalan dan bukanlah cincin pertunangan.

"Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya.

Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu. " kata Raja Ilya memetik AstroGempak

Top 5 Selebriti tempatan seiras muka

Rabu, 9 November 2016

Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.

Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras.

Wawa Zainal dan Ayda Jebat

5 Selebriti Malaysia Dengan Wajah Seiras
Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik.

Maya Karin dan Marissa Yasmin

adik Ayda Jebat, Datuk Rafiena Ezanee bergaduh sebab Raja Ilya?

Jumaat, 21 Oktober 2016

Dengar cerita dimana duta kepada produk wangian Dre Charisma Luxury iaitu Ayda Jebat seperti ada masalah dengan pengasasnya, Datuk Rafiena Ezanee.

Memetik portal Medihiburan, ianya bermula apabila Rafiena memuatnaik sekeping gambar bersama pelakon, Raja Ilya.

Ekoran itu membuatkan adik Ayda Jebat kurang berpuas hati dan mengundang spekulasi kononnya duta rangkaian minyak wangi Dre selepas ini akan ditukar kepada Raja Ilya.
"Oh sebenarnya antara saya dan adik kami tak ada apa-apa yang berlaku pun.

Cuma masa di acara Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini tak berkesempatan berjumpa dengan adik.

"Mengenai Raja Ilya pula saya ambil dia untuk berlakon dalam drama terbaru berjudul Syurgaku Tak Sempurna 30 episod.

Saya percaya dengan bakat yang ada padanya mampu membawa watak antagonis," ujar Datuk Rafiena Ezanee.

Raja Ilya tak kisah lakonkan babak ghairah..

Khamis, 15 September 2016

Pelakon Raja Ilya telah menerima tempias apabila filem lakonannya Luqman yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dikatakan mengeksploitasi wataknya dengan babak ghairah untuk menarik perhatian penonton.

Filem tersebut merupakan sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat dan Raja Ilya melakonkan watak sebagai penari jelita bernama Ayu Kencana.

Melalui Harian Metro, Raja Ilya berkata dia tidak menganggap dirinya dipergunakan atau dieksploitasi melalui watak ghairah itu.
“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita.

Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”

“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.

Teman lelaki warga Australia, ini harapan Raja Ilya

Khamis, 18 Ogos 2016

Pelakon, Raja Ilya yang kini bercinta dengan lelaki warga Australia berharap agar lelaki berkenaan memeluk agama Islam untuk mengakhiri zaman percintaan mereka dengan indah.

"Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.

"Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur,"

"Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam.

"Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.

"Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan," ujarnya kepada mStar Online.

Anak Shahz Jaszle yang comel (video)

Selasa, 15 Mac 2016


Comelnya telatah anak pelakon Shahz Jaszle yang videonya dimuatnaik di Instagram pelakon Raja Ilya berdasarkan kapsyen di video tersebut.

Untuk makluman nama dan umurnya tak diketahui lagi kerana Shahz Jaszle semdiri masih belum memperkenalkan anaknya itu kepada media dan peminat.

Raja Ilya dedah siapa kekasih dia sebenarnya..

Khamis, 15 Oktober 2015

Pelakon jelitawan, Raja Ilya mengakui dia dengan Syafie Naswip hanya lah kawan biasa seperti adik dan kakak serta ada juga timbul gosip mereka bercinta adalah tidak benar sekali.

Ilya mengakui dirinya kini sudah berpunya, dan jejaka bertuah itu adalah seorang yang berketurunan Mat Salleh yang menetap di Perth, Australia memetik portal ManggaOnline.
“Saya rasa itu gosip paling kelakar. Saya dan Syafie bila baca gosip tersebut, kami gelak besar. Saya dan dia dah macam adik dengan kakak,”

“Dia ada perniagaan sendiri di sana dan di masa lapang turut menjadi model sambilan. Kami mula bercinta awal tahun ini.

“Saya boleh katakan ini hubungan cinta jarak jauh kerana dia di Perth sedangkan saya di sini. Pasal kahwin belum fikir lagi. Untuk hubungan ini saya dan dia go with the flow. Belum ada perancangan serius tentang kahwin.

“Dia sibuk dengan urusan kerjanya di sana. Begitu juga saya. Dia bukan beragama Islam, namun keluarga kami sudah tahu hubungan cinta ini. Saya pula minta masa daripada dia sebelum fikir serius ke fasa seterusnya.

“Dia pula tidak mendesak dan sangat memahami. Walaupun saya sudah 30 tahun dan dia 34 tahun, kami tidak terburu-buru bincang soal kahwin.

“Semuanya saya serah pada takdir. Andai kuat jodoh saya dengan dia, akan adalah nanti. Doakan sajalah,” jelas Ilya.

Raja Ilya dibenci dan dibaling dengan kerusi sebab.. (5 gambar)

Selasa, 11 Ogos 2015

Biarpun dibenci dan diugut akan dibaling dengan kerusi namun pelakon Raja Ilya tetap gembira dan bersyukur dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya. Menurut pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini, dia menerima positif perkara tersebut dan menganggap lakonannya sebagai Che Alin dalam drama ‘Syurga Nur’ yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 itu sebagai satu kejayaan kerana dapat meninggalkan kesan di hati penonton serta diterima ramai.