Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siapa wanita ini, kekasih baru Raja Afiq?

Rabu, 24 Mei 2017


Wah dengar khabar yang Raja Afiq kini rapat dengan seorang wanita jelita dimana gambar mereka bersama tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Raja Afiq juga turut meninggalkan komen romantik kepada wanita yang dipercayai bertugas sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Namun wanita berkenaan sebenarnya adalah..

"Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik.

"Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja.

Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat," ujar Afiq yang tidak memendam sebarang perasaan pun terhadap Sharifah n mStar Online.

Raja Afiq kurang ajar! - Razaisyam Rashid

Selasa, 28 Mac 2017

"Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia." kata pengarah, Razaisyam Rashid yang kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang sebab, semalam.

Razaisyam berasa terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dianggap sebagai kurang ajar.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.

"Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,

"Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.

"Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,” katanya.
Sementara itu, Raja Afiq menafikan dakwaan Razaisyam dia sengaja meninggalkan lokasi penggambaran.
"Saya ralat dengan cerita yang tersebar ini. Dalam drama itu, saya hanya buat kemunculan istimewa dalam satu babak.

"Sudah tentu saya terkejut apabila pihak produksi minta saya menjayakan satu lagi babak tambahan sedangkan pengurus memaklumkan hanya satu babak sahaja,

"Saya kecil hati apabila dimarahi walhal bertanya secara baik.

"Justeru, selepas babak selesai saya terus meninggalkan lokasi itu kerana mereka yang tidak profesional,” katanya.
-sumber HarianMetro

Dayana Roza, Raja Afiq bercinta? ini komen Dayana..

Khamis, 15 Disember 2016

Pelakon Dayana Roza dan Raja Afiq dikatakan sedang hangat bercinta. Mereka difahamkan bersama-sama pergi ke majlis Anugerah Melodi 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung baru-baru ini.

Namun Dayana menafikan mereka sedang bercinta, dan menganggap Afiq sebagai kawan biasa sahaja.

Putus cinta dengan Raja Afiq, ini yang terjadi kepada Anis al-Idrus

Jumaat, 4 November 2016

Anis Al-Idrus berkata, kisah putus cintanya dengan Raja Afiq benar-benar memberi tamparan sehingga memburukan reputuasinya sebagai seorang selebriti.

Anis berkata, dia kesal apabila terdapat pelbagai andaian khusunya segelintir masyarakat Melayu yang gemarkan cerita-cerita gosip.

Anis Al-Idrus akan dedah punca putus cinta dengan Raja Afiq

Rabu, 19 Oktober 2016

Anis Al-Idrus meminta diberi ruang dan masa bagi menjelaskan pekara sebenar di sebalik perpisahannya dengan Raja Afiq.

Tambah Anis buat masa sekarang dia lebih memilih untuk berdiam diri bagi menghormati keluarga dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini.

Mereka difahamkan menjalinkan hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.

"Saya akan menjelaskan perkara sebenar kenapa perpisahan ini berlaku beserta bukti tertentu pada masa dan ketika yang sesuai.

"Buat masa sekarang, saya tak mahu beri sebarang komen untuk menghormati keluarga, dan 'pihak-pihak' yang terlibat," ujarnya kepada mStar Online

Raja Afiq, Anis Al-Idrus hot bercinta!! Kisah bermula dari...

Rabu, 20 Julai 2016

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus, 28, sejak sebulan lalu.

Afiq berkata, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisyen TV3 pada Ramadan lalu.