Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aishah AF7 Syok kat Qhaud?

Isnin, 2 November 2009

Ntah lah apa yang berlaku kepada peserta Akademi Fantasia musim yang sudah-sudah. Episod mereka kali ini adalah dalam proses mencari jodoh aka teman hidup. Aishah yang dilabelkan sebagai pelajar yang seksi dahulunya pernah digossipkan dengan Akim, tapi sekarang Qhaud pulak yang menjadi pilihan di hatinya. Mungkin penampilan Qhaud yang nampak matang berbanding Akim menarik minat Aishah untuk dijadikan teman. Apa-apa pun terserahlah kepada Aishah kepada untuk pilih siapa dia nak. Ngeh3.

Qhauhd Pilih Wanita Berakhlak Tinggi

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jika dulu Qhauhd, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 yang mana kehidupannya hanya dikelilingi keluarga dan sahabat, namun kini ruang lingkup tersebut menjadi lebih lebar dengan kehadiran peminat yang ingin mengetahui perkembangan hidupnya. Mungkin ini berita baik untuk peminatnya apabila dikhabarkan mengetahui Qhauhd kini kembali solo/bujang.

"Hal ini terlalu peribadi untuk saya ceritakan. Cukuplah kalau saya beritahu kini saya dah single. Sebenarnya masalah timbul sebelum saya masuk AF lagi. Mungkin antara kami dah tak ada jodoh.
"Saya bukan seorang yang memilih, cukuplah bakal isteri saya seorang yang ikhlas, bersopan santun, amanah, lemah lembut dan jujur," ujarnya mengenai wanita pilihan.
Qhauhd kini juga sedang sibuk dengan perancangan mengeluarkan single terbaru dan pastinya konsep ketuhanan dan kehidupan menjadi pilihan. -ManggaOnline