Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar seksi Puteri Balqis di IG, ayah tampil beri penjelasan

Isnin, 10 Julai 2017


Denagrnya Puteri Balqis Azizi, 10, telah menuutup ruangan komen di Instagram miliknya. Ayahnya, Azizi Aziz, memberitahu semuanya kerana dia tidak mahu emosi anaknya terganggu. Berdasarkan pengalaman sebelum ini terlalu banyak komen berbaur cacian, kejian dan hinaan dilempar netizen yang sekali gus menjejaskan emosi puterinya itu.

"Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.

"Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia,

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.

"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.

"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga," katanya kepada mStar Online.

Bakat Puteri Balqis, ini komen terbaik Mia Sara

Isnin, 28 November 2016

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa."
Pelakon cilik, Mia Sara, 11 menegaskan tidak pernah terlintas di hati mahu bersaing, sebaliknya mengagumi bakat yang ada pada rakannya, Puteri Balqis.

Komen ayah isu Puteri Balqis berbikini yang mengejutkan..

Rabu, 29 Julai 2015

Beberapa hari lalu, pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis ada memuatnaik gambar dia berbikini, dan ianya menjadi viral sehinggakan ramai yang tampil memberikan komen.

Ayah Balqis, Azizi Aziz pula tampil semalam di portal mStar dengan menyatakan yang mereka enggan peduli dengan komen-komen berkenaan anaknya itu.
"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.

Puteri Balqis berbikini, ramai tampil beri komen.. (5 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Pelakon kanak-kanak yang popular ketika ini, Puteri Balqis, 8 tahun, membuat kejutan apabila memuatnaik gambar berbikini dirinya ketika bercuti di salah sebuah peranginan dalam negara.

Ramai yang menasihati dan ada juga yang mengkritik cara ibu bapanya mendidik. Namun ada juga yang beranggapan sebaliknya, memandangkan Balqis masih kecil dan bukanlah perlu menjadi isu untuk diperbesarkan.

Bagi anda?

Puteri Balqis enggan ke sekolah sebab..

Selasa, 13 Januari 2015

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Aqish atau nama betulnya, Puteri Balqis difahamkan berhasrat tidak mahu bersekolah, bukan atas sebab popularitinya namun atas sebab pernah dibuli.

Balqis yang kini berusia 8 tahun mengakui, dia lebih selesa belajar di rumah dengan guru yang dibayar sendirinya sejak berusia 3 tahun lagi.

Panas! Ayah Puteri Balqis berlagak?

Rabu, 31 Disember 2014

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Puteri Balqis menjadi perhatian, apabila ada orang pengurusannya yang berlagak. Ini dibuktikan dengan sebuah perbualan text dari pengarah, Azman Yahya dengan kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dimana ayah Balqis membatalkan pengambilan anaknya itu untuk permintaan Azman.

Jawapannya agak menyedihkan, cara nya memang agak halus aka professional namun sepertinya cukup berlagak. Menurut sumber, Azman memberitahu yang Balqis belum lagi menemui pihak Azman untuk perbincangan lanjut, namun ayahnya sudah pun meminta deposit hampir 50 persen.

Mia Sara hipokrit terhadap Puteri Balqis?

Khamis, 27 November 2014

Baru-baru ini pelakon kanak-kanak, Mia Sara yang membuat kenyataan dimana dia mahu mencontohi kejayaan, Puteri Balqis yang menang pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang lalu.

Kenyataan Mia itu dipetik daripada sebuah akhbar harian tempatan yang memperlihatkan Mia kagum dengan Balqis. Memetik portal Hmetro, Mia dikatakan bersikap hipokrit.

Ini disebabakan..