Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abam terlibat kemalangan, kereta remuk, keadaan Abam pula...

Khamis, 10 September 2015


Abam Bocey Kemalangan
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan kemalangan di Batu 10, Gombak.
“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” -Abam
Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Kereta Dany X-Factor dilanggar lelaki misteri~

Rabu, 21 Januari 2015

Apakah malang nasib pelakon Danny (X-Factor) apabila kereta Honda City milikknya yang diparkir di luar rumah dilanggar oleh individu tidak dikenali.

Lebih mencurigakan, selepas kejadian itu, individu berkenaan melarikan diri meninggalkan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Plat Nombor W1N Harga RM748,000!

Ahad, 26 Januari 2014

Hujung minggu ni kita bercerita mengenai orang luar pula, orang luar kali ni bukan calang-calang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berjaya mendapatkan nombor plat W1N (win) dengan harga yang membuatkan anda terbeliak biji mata, RM748,000.00!!.

Kereta Johan Remuk Terlibat Kemalangan

Jumaat, 13 Disember 2013

Diberitakan yang pelakon yang bakal menjadi suami Lana Nordin, Johan Asari baru-baru ini terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada 10 Disember yang lalu memetik portal SinarHarian.


Lokasi kejadian itu tidak dipastikan namun difahamkan dia dalam perjalanan ke tempat lokasi penggambaran. Syukurlah, tiada kecederaan yang terjadi kepada Johan, cuma kereta model Proton Inspira sahaja remuk.

Proton Inspira milik Johan Asari Remuk

Selasa, 23 Oktober 2012

Memetik daripada portal MediaHiburan semalam, kereta Proton Inspira yang dipandu oleh pelakon Johan Asari telah berlanggar dengan kenderaan lain ketika pulang selesai dalam aktiviti fotografi.

Malahan kereta yang dipandunya itu juga menju untuk ke sidang media Anugerah Skrin 2012 pada 17 Oktober yang lalu.

Dalam pada yang sama Nabila Huda juga bersama dengannya ketika kejadian itu berlaku. Kereta itu nampak teruk sekali di bahagian hadapan, namun nyawa lebih penting, Johan mungkin cedera ringan sahaja.

Zizan Raja Lawak tiada jodoh dengan 3 'makwe'

Jumaat, 7 Mei 2010

Pelawak Zizan baru-baru ni telah meluahkan apa yang terbuku selamanya dihati. Zizan bukan mengadu pasal kisah putus cintanya dengan Leez yang asyik digembar-gemburkan mana-mana media cetak/maya mahupun blog. Tapi Zizan kali ini mengadu mengenai ‘cinta’nya kepada satu hal lain iaitu kereta miliknya sendiri. Kata Zizan, dia dan kereta macam tak ada jodoh jerk sejak dibeli. Asyik bernasib malang dan terus malang sehinggakan...

“Sejak jadi pelawak lebih kurang tiga tahun lalu, saya sudah mempunyai tiga buah kereta. Saya bukan nak bangga diri sebab ada tiga kereta, tapi saya nak cakap, saya rasa saya ini sentiasa bernasib malang dan macam tak ada jodoh dengan kereta,” luahnya.
“Kemudian menggantikan kereta (satria-kereta pertama)itu, saya beli sebuah kereta baru. Malang betul, kereta kedua itu pun kena curi juga. Sekarang, saya baru memiliki sebuah kereta baru yang merupakan kereta ketiga saya dalam tempoh tak sampai 10 tahun, pun bernasib malang juga.
“Baru-baru ini, sewaktu saya bertugas di luar Kuala Lumpur, kereta itu kena pecah. Habis semua barang-barang dalam kereta kena curi. Nasib baiklah kereta ketiga saya ni tak dibawa lari,” katanya serius.
-hMetro

Rosyam Nor pemilik pertama the Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Rabu, 28 April 2010

Memang suatu yang membanggakan buat diri pelakon, pengarah, pengacara Tv, Rosyam Nor. Mungkin rasa puas itu ada dalam dirinya sekarang. Manakan tidak menjadi pemilik pertama keluaran kereta adalah satu-satunya idaman untuk pengila pemilik kereta. Kombinasi Proton dan Lotus dalam Satria Neo R3 ini cukup mengegarkan ibukota Kuala Lumpur. Kalau artis lain bangga dengan kereta jenama luar yang mahal, yang nie artis contoh yang baik, walaupun kaya tapi masih mengekalkan jenama Malaysia sebagai pilihan dihati. tapi mungkin bidaannya tinggi untuk memiliki kereta pertama ini.