Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Sarah potong usus untuk kelangsingan badan?

Isnin, 21 Ogos 2017

Kasihan Siti Sarah, apabila ada pihak mengatakan yang dia sengaja memotong usus untuk berbadan langsing dan memiliki tubuh badan yang cantik.

Namun itu semua dinafikan oleh Sarah, dia sebenarnya mengambil ubat produk yang di usahakannya sendiri, Monsta Lab.
"Saya tidak takut untuk membuat ujian bagi membuktikan tidak pernah melakukan pembedahan memotong usus untuk kurus.

"Apabila produk saya laris di pasaran, pelbagai tohmahan yang saya dapat.

"Kali ini, saya tidak boleh berdiam diri kerana berpendapat biadap sungguh orang yang memfitnah saya. Mengapa perlu saya potong usus untuk menipu orang?

"Ramai orang lain yang berjaya dengan produk ini. Jangan tipu orang. Hanya kerana awak nak jual barang awak, saya difitnah," katanya kepada BH Online

Enot semakin kurus, berat badan turun 29kg! (7 gambar)

Jumaat, 18 Ogos 2017



Dengar khabar yang Enot sekarang dah kurus dan langsing. Ini dibuktikan dengan gambar-gambarnya yang dimuatnaik ke dalam laman sosial miliknya.

Mengalami penurunan berat badan sebanyak 29 kg, Enot meminta peminat di luar sana supaya jangan membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan perubahan ini dengan masalah kesihatannya yang dialaminya sebelum ini (penyakit misteri tapi sekarang dah kembali sihat).

Enot memberitahu penurunan berat badannya ini adalah hasil mengamalkan suplemen yang dijualnya di Instagram.

Catriona Ross susut berat badan 17kg!

Isnin, 20 Februari 2017

Pelakon Catriona Ross dan ibu kepada 3 cahaya mata ini katanya kini memiliki badan yang ideal. Penurunan dari 75kg ke 58kg dalam masa terdekat membolehkan dirinya kini menjadi perhatian ramai terutama suaminya.

"Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang.

"Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

"Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.

"Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan.

"padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah," katanya kepada Astro Gempak

Dilabel sebagai 'kaki menunjuk', ini jawapan Aliff Syukri..

Isnin, 9 Januari 2017

Ramai yang mengkritik dan dikecam sikap Datuk Aliff Syukri kerap memuatnaik pelbagai gambar dan video hasil perniagaannya di laman sosial sebagai tanda munjuk-nunjuk.

Terbaharu, Aliff ada berkongsi sebuah video meluahkan rasa tidak puas hatinya dan kecewanya terhadap tuduhan segelintir pihak seperti itu

Sementara itu, Aliff memaklumkan bulan Mac depan, dia memperuntukkan RM250,000 kepada sesiapa yang memerlukan seperti fakir miskin dan golongan kurang upaya

Tudung terbaru Nora Danish, WAJIB beli! (video)

Isnin, 21 November 2016

Tudung terbaru keluaran Nora Danish, tapi jenis apakah ni? Macam pelik je kan ada tak yang nak pakai atau teringin nak beli?

Jawapan Datuk Seri Vida yang cool bila dibandingkan dengan Datuk Aliff

Isnin, 14 Disember 2015


Respon Mengejutkan Datuk Seri Vida apabila dibandingkan dengan Datuk Aliff Syukri
Dah ramai yang kenal mengenai dua orang pengasas produk anak tempatan ni, Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri. Kemajuan perniagaan serta hasil daripadanya membuatkan mereka menjadi idola bagi sesetengah rakyat Malaysia.

Bagi Datuk Seri Vida dengan slogan Qu Puteh, dan Datuk Aliff dengan slogan Terlajak Laris sering dibandingkan memandangkan kedua-duanya dalam sektor perniagaan yang sama.

Jangan terkejut harga Mahkota Dato Seri Vida (gambar)

Jumaat, 30 Oktober 2015


Harga Mahkota Dato seri Vida Didedahkan
Pengasas produk dengan tagline ‘Qu Qu Putih, barulah putih’, Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih terkenal dengan nama Dato seri Vida kini telah menjadi perhatian kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.

Pemakaian aksesori seperti mahkota kata beliau adalah kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak 5 tahun lalu.
“Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah,” katanya.

Malah, Dato seri Vida mendedahkan, mahkota paling mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM100,000 lebih manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.

“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya dipetik Media Hiburan.
Tambahnya lagi, dia kebiasanya akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang memerlukan untuk tampil menarik.

Almy Nadia dah langsing.. Wuyoo (2 gambar)

Ahad, 11 Oktober 2015

Selepas kahwin dulu, Almy Nadia dikatakan mengalami berat badan, dan ramai yang perasan akan hal itu. Namun baru-baru ini Almy sekarang makin slim aka langsing.

Ini sendiri dipuji oleh rakan-rakannya di laman sosial. Tak dipastikan apa tips sebenar Almy ini, makan ubat? bersenam? diet seimbang? ha korang rasa apa. :)

Coffee di Kafe Elfira Loy bercorak babi?

Sabtu, 8 Ogos 2015

Elfira Loy diberitakan telah membuka kafe ‘lovemesevendayscafe’. Tahniah buat Elfira kerana berani menceburi bidang perniagaan dalam usia yang muda. Tapi ada yang tak kena dengan resipi dan gambar produk kafe nya baru-baru ini iaitu corak coffee macam babi. Ramai follower di Instagram yang tak senang dengan perkara tu. Elfira juga sempat membalas kenyataan mereka.

Rahsia Enot hilang 40kg dalam masa 4 bulan!

Jumaat, 29 Mei 2015

Satu perkembangan terbaik daripada Enot dimana berat badannya menurun sebanyak 40 kilogram. Rahsianya dengan pengambilan produk berjenama Izeara sejak 4 bulan yang lalu.

Kini Enot dengan rasminya menjadi duta produk berkenaan.
“Sebelum ini, berat badan saya adalah 138 kilogram. Pada awalnya, saya hanya menggunakan Izeara selama seminggu sahaja, secara suka-suka. Selepas itu, saya merasakan perubahan atas tubuh badan saya. Saya rasa lebih ringan. Jadi saya menggunakannya Izeara 6 Inch Body Serum Extra Power secara konsisten dan kini berat badan saya turun kepada 98 kilogram. Kini saya mahu mendapatkan kembali berat saya semasa di zaman anak dara dahulu, 75 kilogram,”

“Syukur saya dipilih sebagai duta Izeara. Selain itu, saya juga menjadi stokes. Saya tahu dengan keadaan badan saya yang berukuran ‘tembam’ sebegini, pastinya akan ada kata-kata negatif yang singgah apabila saya dipilih menjadi duta produk sebegini. Tetapi bagi saya, mudah sahaja. Saya hanya membiarkan keyboard warrior ini melakukan kerja mereka dan saya hanya menjalankan kehidupan saya seperti biasa,” kata Enot memetik portal Murai

Nubhan AF6 bakal bergelar jutawan muda?

Jumaat, 27 Februari 2015

Wah bukan main sukses dah Nubhan Ahmad sekarang. Katanya dia kini dah jadi CEO untuk syarikat atas namanya, Nubhan Ventures.

Syarikat dia ini mengeluarkan produk bedak asas untuk lelaki dan juga wanita dengan diberi nama, Juwita Divine Sexy Foundation.

Ramli MS pertahankan Qu Puteh kena hina!

Rabu, 21 Januari 2015

Belum lagi redah isu rumahtangganya dengan Alyah, kali ini Dato Ramli MS telah membuat satu kenyataan berlainan daripada hal rumahtangganya itu. Ini adalah episod dimana satu paparan video penaja produk Qu Puteh dimana pengasasnya Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Vida elah muncul.

Ramai yang tidak berkenan dan merasakan kehadiran paparan iklan berkenaan sebagai berlebihan sehinggakan ada selebriti yang enggan melihatnya. Ramli pula lain ceritanya, dia membela akan kelibat Dato' Vida berkenaan.

Dan ini adalah kenyataan Ramli mengenai Qu Puteh.

Rosma isteri Khai kini bertudung (15 gambar)

Isnin, 1 Disember 2014

Awal bulan lalu, isteri Khai AF, Rosma telah memakai tudung, dan kelihatan ianya bukanlah untuk sebarang model atau mempragakan barangan tudung, namun sepertinya kekal.

Bahkan pemakaiannya ini juga mungkin satu penghijrahan yang baik yang harus ditiru oleh mana-mana pihak.

Mereka berdua kini sibuk dengan perniagaan pelangsingan badan yang boleh ditempah melalui laman sosial Instagram milik mereka, @khai_rosma.

Seksi ketat giler pakaian Nora Danish (5 gambar)

Khamis, 13 November 2014

Pakai baju ketat atau mengancam maka siap sedialah pekena komen-komen negatif, Islamik dan lucah. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Nora Danish apabila penampilannya memperagakan fesyen buatan Rizman Ruzaini untuk sebuah pelancaran produk kesihatan baru-baru ini.

Pakaiannya kalau tidak silap agak menjolok mata dan sesiapa yang terpandang pasti juling mata. keke. Nora seperti biasa enggan ulas lanjut mengenai komen-komen terhadap gambar berkenaan. -Gambar Murai

Awal Ashaari berang dengan Lazada

Sabtu, 8 November 2014

Dengarnya bukan sahaja pengiklan spam yang menjadi keberangan Awal Ashaari namun ada cerita lain yang turut Awal bongkarkan.

Iaitu perniagaan atas talian, Lazada. Nak tahu lebih lanjut biar gambar dibawah ini berbicara. Keke.

Aliff Telajak Laris tayang bulu ketiak (3 gambar)

Isnin, 3 November 2014

Siapa tidak kenal dengan usahawan yang bernama Dato' Aliff Syukri yang selalu dengar dengan nama, Terlajak Laris di kaca-kaca tv tempatan.

Namun baru-baru ini Aliff telah membuat satu kejutan yang menimbulkan kontroversi iaitu menayangkan bulu ketiak di Instagram miliknya.

Produk kecantikan Rita Rudaini selamat digunakan..

Khamis, 2 Oktober 2014

Menurut laman sosial Instagram milik Rita Rudaini produk yang dibawah naugan pengedarnya. RS Cosmetic and Health Care kini sudah dibubarkan.

Rita mensyorkan yang pembelinya agar tidak membeli lagi produk keluaran pengedar ini. Dengar ianya dibubarkan sebab tiada persefahaman dan tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebab mengapa tidak diluluskan? tak pasti pula.. Tapi Rita yang mengeluarkan dua produk sendirinya tetap meneruskan jualan seperti biasa, cuma menjadi pengedar dan juga pembekal.

Bekas tunang Shahz Jaszle jadi duta produk

Rabu, 14 Mei 2014

Bekas tunang kepada pelakon, Shahz Jaszle iaitu Redzwani Puteri kini lebih dikenali dan familiar apabila difahamkan dia kini menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan wanita.

Beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang menjadi model dengan raut wajahnya yang berseri-seri cantik.

Memang sayanglah mengapa Shahz memutuskan tali pertunangan mereka, tak lama lagi Redzwani akan bergelar doktor, maka siap sedialah untuk ramai yang datang melamar. Keke.

Aura White hentikan Hanez Suraya?

Isnin, 17 Mac 2014

Dengarnya memetik sebuah blog hiburan, syarikat kecantikan wanita, Aura White telah memberhentikan atau menamatkan kontrak duta produk mereka, Hanez Suraya berkuatkuasa serta merta beberapa hari yang lalu.

Ini adalah keputusan yang diambil untuk mengelakkan jualan syarikat berkenaan diboikot atau tidak laku di pasaran gara-gara kontroversi yang melanda Hanez Suraya dengan hubungannya terhadap suami orang lain.

Kalau diikutkan selagi termaktub sebagai duta, seorang selebriti tu kena bersih daripada segala kontrovesi dan sekaligus tidak menjejaskan nama baik syarikat yang melantiknya sebagai duta.

Cara Mendatangkan Rezeki Yang Tidak Terduga

Sabtu, 25 Januari 2014


Tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang? - usah risau!, kami ada penyelesaiannya. Tahukah anda, orang yang dicukupkan rezekinya tidak akan merasa sedikitpun kesan dari apa-apa aktiviti ekonomi. Biar harga barang naik setinggi manapun anda tetap akan dicukupkan rezeki dan peliknya ia hadir secara tidak diduga. Inilah yang digelarkan REZEKI LAA YAHTASIB.