Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yusry Mainkan Piano Untuk Lisa Surihani

Jumaat, 29 Mac 2013

Setiap pasangan selebriti punya cara yang berbeza untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat romantis. Begitu juga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim yang juga salah seorang anggota trio adik-beradik KRU.

Sebagai tanda cinta yang tidak berbelah bahagi buat, Lisa yang juga seorang aktres terkemuka, Yusry akan meluangkan sedikit masa dengan memainkan piano buat suri hati yang dicintainya pada waktu santai mereka.

Dan adakalanya, mereka juga akan habiskan masa dengan duduk berdua-duaan sambil bercerita dan bergurau senda di kolam renang yang dibina di kediaman mereka.

Menariknya, kata Lisa, kolam renang tersebut hanya dibina untuk perhiasan semata dan hanya sekali saja dia merasmikannya untuk aktiviti renang.
"Yusry takde langsung menggunakannya," kata Lisa. -Murai

Video Tiz Zaqyah Bermain Piano

Rabu, 2 November 2011

Tidak disangka selain berbakat dalam bidang lakonan, Tiz Zaqyah juga mahir dalam menggunakan alat muzik terutama piano. Piano ni bukan calang-calang alat muzik, jarang orang dapat memiliki atau pelajari, orang-orang kaya sahaja yang mampu, orang sederhana tu boleh la juga, tapi jarang lah dapat melihat orang sederhana memiliki sebuah piano. Kan kan. Video dibawah ni diambil ketika Tiz dan krew pengambaraan untuk drama Soffiya. Lihat Tiz ketika bermain piano, memang berbakat bukan? ke Tiz baru berjinak-jinak atau belajar ni? hikhik.


[video Via]

Video Yuna main piano di rumahnya

Selasa, 29 Jun 2010

Kalau sekarang yang kita tahu Yuna atau Yunalis ni ahli muzik Indie yang menggunakan gitar sebagai alat utama menyanyikan lagu. Tapi rupa-rupanya kat rumah dia, pandai pula bermain alat muzik piano. Boleh seimbangkan lagu dan suaranya ketika main alat tue lagi. Ada class sangat-sangat. Lagu yang dinyanyikan oleh Yuna masa itu adalah Yuna Polaroid (Oh Chentaku cover). Agaknya lagu dah lama, tapi tak pe lah, layan ja lah kepada sesiapa mereka yang masih tak tahu Yuna main piano. Ngeh3.